Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

3 Serangkai

Anda ada penyakit 3 serangkai?

.

Kalau anda tak ada, mesti ada salah seorang ahli keluarga atau saudara mara anda yang menghidap salah satu penyakit ni kan?

.

Saban hari, makin banyak pesakit yang menghidap penyakit 3 serangkai di hospital.

.

3 serangkai

.

Maklum lah, disebabkan banyak makanan2 tak sihat yang tular sejak dua menjak ini, makin ramai yang tak jaga pemakanan.

.

Lagi-lagi di musim PKP dan lockdown ni, lagi lah ramai yang makan tidur je duduk rumah kan?

.

Nak bersenam memang jauh sekali lah.

.

.

So pada artikel kali ini, kami nak terangkan serba sedikit mengenai penyakit 3 serangkai yang sangat bahaya kepada kesihatan.

.

.

.

.

.

.

Apa Itu Penyakit 3 Serangkai?

.

.

Penyakit tiga serangkai ialah penyakit yang berkaitan dengan kencing manis, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung koronari.

.

Punca penyakit 3 serangkai daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat, dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.

.

Jika ketiga-tiga penyakit ini tak dikesan lebih awal dan dirawat, ianya boleh menyebabkan serangan jantung dan menyebabkan kematian.

.

.

Walaupun begitu, ketiga-tiga jenis penyakit ni boleh dielakkan.

.

Untuk tahu cara nak cegah penyakit ini, anda kena tahu dulu apa punca dan tanda-tandanya terlebih dahulu.

.

Teruskan membaca, min akan explain satu persatu.

.

INFO TAMBAHAN LELAKI: Pakar mendapati, mereka yang menghidap penyakit 3 serangkai kebanyakkannya pasti akan mengalami kesan sampingan seperti mati pucuk, pancut awal, dan kurang ereksi sekali gus, atau salah satu daripadanya. Hati-hati ya tuan-tuan!

.

.

.

.

Penyakit 3 Serangkai: Penyakit Jantung Koronari

.

.

Penyakit jantung adalah salah satu daripada penyakit 3 serangkai.

.

Dari segi penyakit jantung, ada banyak jenis penyakit jantung yang boleh terjadi akibat gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat.

.

Yang lebih berpotensi untuk berlaku ialah penyakit jantung koronari.

.

.

Baca Selepas Ini: Tanda Kencing Manis – Antaranya, Batang Anda Susah Tegang 

.

.

Apakah Tanda Penyakit Jantung Koronari?

.

.

Simptom penyakit jantung koronari (Coronary Artery disease) atau jantung tersumbat boleh dikenalpasti jika anda mengambil langkah awal.

.

Pemeriksaan kesihatan sekali setahun sangat-sangat membantu dalam mengenal pasti segala jenis penyakit termasuk penyakit 3 serangkai.

.

Tetapi ada beberapa tanda awal yang boleh anda perhatikan jika penyakit jantung koronari berlaku.

.

.

Contoh tanda-tanda tersebut boleh anda baca bawah:

  • Sakit dada/Rasa sesak dibahagian dada
  • Selalu mengah atau tak cukup nafas
  • Rasa sakit, kebas atau rasa lemah dan sejuk dibahagian kaki dan tangan yang disebabkan oleh salur darah tersumbat
  • Rasa sakit dibahagian tekak, rahang, leher atau bahagian belakang

.

.

Punca Penyakit Jantung Koronari

.

.

Punya sakit jantung koronari daripada pembentukan plak yang tersumbat didalam salur darah yang dipanggil Atherosclerosis.

.

Pembentukan plak yang berlebihan ini mengecilkan salur darah dan menghalang darah untuk lalu dibahagian tersebut.

.

Akhirnya, ini menyukarkan oksigen untuk dibekalkan kepada seluruh badan.

.

Ini lah salah satu punca serangan jantung berlaku kepada pesakit.

.

.

Secara umumnya, antara punca-punca penyakit ini boleh berlaku ialah

  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Kurang bersenam
  • Obesiti
  • Merokok

.

Sebab lain yang boleh jadi punca kepada penyakit ini ialah penghidap diabetes dan hipertensi.

.

.

Cara Cegah Penyakit Jantung Koronari

.

.

Sudah tentu setiap penyakit ada punca, setiap punca ada pengubatnya.

.

Jika anda amalkan cara pencegahan yang betul, sudah tentu anda pun boleh elakkan penyakit 3 serangkat ini berlaku.

.

Dibawah ini merupakan cara mencegah penyakit jantung koronari yang berkesan untuk anda.

  • Berhenti merokok
  • Elakkan mendapat penyakit lain seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, dan kolesterol tinggi
  • Rajin bersenam dan aktiviti berat sekurang-kurangnya 30 minit setiap
  • Makan makanan yang kurang kandungan garam dan lemak
  • Kekalkan BMI yang normal dan elakkan
  • Elak stress dan masalah
  • Amalkan memakan makanan dan persekitaran yang bersih.

.

.

.

Penyakit 3 Serangkai: Kencing Manis / Diabetes

.

.

Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang berpunca daripada jumlah gula yang berlebihan dalam darah. Ia juga salah satu penyakit 3 serangkai.

.

Penyakit ini bukan sahaja orang yang mempunyai masalah berat badan sahaja yang alami.

.

Orang yang berbadan kurus pun boleh menghidap penyakit kencing manis, sama ada tahap I atau pun kencing manis tahap II.

.

.

Apa Tanda Kencing Manis?

.

.

Simptom kencing manis boleh terbahagi kepada dua peringkat:

  • Peringkat Awal
  • Peringkat Akhir (Kronik)

.

Antara tanda awal yang boleh dialami oleh mereka yang menghidap penyakit ini ialah seperti dibawah:

  1. Sering rasa lapar – Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, tapi gula tersebut tak dapat digunakan sebagai tenaga kerana tiada hormon insulin untuk menukarkan gula tersebut kepada tenaga. Inilah sebabnya pesakit mudah berasa lapar.
  2. Cepat rasa haus & kerap buang air kecil – Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga acap kali berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus.
  3. Turun berat badan – Insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tak dihasilkan. Kesannya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai sumber tenaga.
  4. Alami jangkitan kulit – Pesakit kencing manis juga selalunya mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman terutama pada kulit.

.

.

Jika anda ada simptom kencing manis ini, cepat-cepat pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

.

.

Punca Penyakit Diabetes

.

.

Masalah kencing manis jenis I terjadi apabila hormon insulin yang berfungsi mencerna kandungan gula, gagal untuk dihasilkan oleh badan

.

Pankreas pula ialah organ yang bertindak menghasilkan insulin.

.

Antara punca masalah diabetes yang boleh berlaku ialah:

  • Kerosakan pada organ pankreas
  • Keadaan autoimmune kepada antibodi dalam badan dan menyerang sel pankreas.
  • Minum minuman beralkohol
  • Merokok
  • radang pankreas atau jangkitan kuman 

.

.

Manakala diabetes jenis kedua ialah masalah sel badan tidak dapat bertindak balas terhadap insulin yang dipanggil sebagai insulin resistance. 

.

Ini menyebabkan gula tidak dapat dicerna dan digunakan sebagai tenaga.

.

Antara faktor yang menyebabkan ini terjadi ialah:

  • Pengambilan makanan yang tidak sihat dan tak cukup zat.
  • Kurang melakukan aktiviti bersenam
  • Masalah berat badan

.

.

Baca Juga: Tanda Darah Tinggi – Tanda Dan Punca Darah Tinggi Semua Perlu Tahu.

.

.

Pencegahan Kencing Manis

.

.

Untuk anda yang belum menghidap penyakit 3 serangkai jenis diabetes ini, atau takut penyakit ini terjadi kepada anda.

.

Anda boleh lakukan langkah-langkah pencegahan yang min sediakan ini.

.

Semua lapisan masyarakat terutama pesakit diabetes dinasihatkan supaya:

  • Berhenti merokok
  • Periksa kandungan gula dalam darah secara berkala.
  • Jangan ambil minuman yang mengandungi alkohol
  • Amalkan pemakanan yang seimbang, dan cut makanan atau minum yang mengandungi gula kepada yang lebih sihat.
  • Kurangkan berat badan ke tahap normal bagi pesakit yang mengalami obesiti.

.

Setiap pesakit akan diberikan ubat oleh doktor. Pastikan anda mengikut segala saranan daripada doktor untuk mengawal kadar gula dalam darah anda.

.

.

.

Penyakit 3 Serangkai: Darah Tinggi / Hipertensi

.

.

Jika anda ambil berat, selalunya tanda-tanda darah tinggi boleh sahaja dikenal pasti diperingkat awal melalui pelbagai saringan kesihatan.

.

Penyakit ini dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana simptom penyakit ini kadang kala susah untuk dikenal pasti di peringkat awal jika tidak berjumpa dengan doktor.

.

Sesetengah orang akan merasakan tanda-tanda darah tinggi sebagai penyakit biasa sahaja.

.

.

Cuma kalau individu yang tak tahu dan bukan salah seorang daripada penghidap darah tinggi, mungkin pada mereka ianya adalah penyakit biasa sahaja.

.

Hakikatnya, ia adalah salah satu tanda darah tinggi.

.

.

Tanda Penyakit Darah Tinggi

.

.

Untuk penyakit ini, ada beberapa tanda-tanda yang boleh kita lihat jika seseorang itu menghidap penyakit darah tinggi.

.

Ini kami senaraikan 7 tanda darah tinggi yang boleh berlaku kepada anda, cuba periksa satu persatu mana yang padan dengan anda:

1) Sakit Kepala – Kebanyakkan individu yang berpotensi menghidap penyakit darah tinggi mula-mula sekali mereka akan berasa sakit kepala yang agak kerap.

2) Sesak Nafas – Banyak punca sesak nafas yang boleh berlaku, boleh jadi anda mungkin menghidap pulmonary hypertension. Pulmonary hypertension merupakan salah satu penyakit darah tinggi yang mengganggu sistem pernafasan.

3) Hidung Berdarah – Bahagian dalam rongga hidung mempunyai permukaan tisu yang lembab dan penuh dengan salur darah. Apabila tisu ini luka atau pecah akibat tekanan darah tinggi, hidung akan mula berdarah.

4) Kulit Kemerah-Merahan – Kulit kemerah-merahan atau Flushing merupakan salah satu simptom darah tinggi yang boleh berlaku apabila tekanan darah meningkat lebih dari kadar biasa. 

5) Sakit Dada – Seperti penyakit darah tinggi yang sangat berkait dengan penyakit jantung, boleh jadi ia merupakan salah satu tanda yang anda akan rasa bila penyakit darah tinggi anda menjadi semakin serius.

6) Penglihatan Kabur – Penyakit darah tinggi yang tidak dirawat juga boleh menjadi penyebab kepada gangguan penglihatan, dan lebih teruk penyakit mata. Penyakit darah tinggi boleh menyebabkan kerosakkan saluran darah yang disalurkan pada retina dibahagian dalam bola mata.

7) Kencing Berdarah (Hematuria) – Umumnya kencing berdarah (atau hematuria) berlaku disebabkan oleh masalah buah pinggang atau pendarahan dalaman yang berlaku pada sistem perkumuhan. Tanda darah tinggi ini selalunya terjadi kepada pesakit yang mempunyi masalah yang serius.

.

.

.

.

Apakah Punca Darah Tinggi?

.

.

Dari segi punca pula, banyak yang boleh terjadi. 

.

Kebiasaannya punca darah tinggi ialah akibat pengambilan garam yang berlebihan dalam darah.

.

Tetapi ada juga faktor lain yang boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit ini kepada seseorang.

.

Ini antara senarai faktor seseorang itu menghidap penyakit darah tinggi:

  • Persekitaran, budaya pemakanan dan gaya hidup masyarakat yang tidak sihat.
  • Diet yang tidak seimbang, kerap ambil makanan yang mengandungi garam berlebihan
  • Tidak membuat aktiviti fizikal dan jarang bersenam 
  • Banyak merokok dan mengambil bahan-bahan tembakau
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan dan membahayakan kesihatan
  • Stress yang berlebihan dan rehat serta tidur yang tidak mencukupi
  • Sejarah keluarga atau keturunan mempunyai masalah penyakit yang sama.
  • Akibat penyakit lain seperti buah pinggang, jangkitan kuman pada salur darah dan lain.

.

.

.

Cara Mencegah Darah Tinggi

.

.

Ada usaha, pasti ada penyelesaiannya. Anda ikhtiar mesti ada hasilnya.

.

Antara cara menurunkan darah tinggi dan cara untuk mencegah penyakit darah tinggi daripada berlaku ialah seperti dibawah:

1. Kurangkan Berat Badan – Pesakit darah tinggi yang mempunyai berat badan yang lebih ddisarankan untuk kurangkan berat badan sebanyak 5 %.

2. Kurangkan Makanan Masin/Bergaram – Pengambilan garam yang melampau boleh meningkatkan lagi risiko penyakit angin (stroke) dan serangan jantung kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah pesakit. 

3. Minumumkan Atau Berhenti Minum Alkohol – Pengambilan alkohol meningkatkan tekanan darah dengan mendadak. Pesakit dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan alkohol ataupun berhenti terus.

4. Senaman Konsisten – Kajian menunjukkan senaman yang sesuai dan dilakukan secara konsisten boleh menurunkan tekanan dan bacaan tekanan darah.

5. Diet Yang Seimbang & Sihat – Pengambilan diet yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan produk rendah lemak boleh mengurangkan tekanan darah pesakit.

6. Berhenti Merokok – Dengan berhenti merokok, anda berupaya untuk mengelakkan tekanan darah anda daripada meningkat dan ianya juga menjaga kesihatan jantung anda.

.

Perlu diingatkan, jika anda pernah mengambil ubat darah tinggi daripada doktor, anda perlu ambil ubat tersebut seumur hidup anda. 

.

Jika anda miss, tekanan darah anda akan jadi lebih tinggi.

.

.

.

Kesimpulan

.

.

Setiap penyakit ada punca dan cara untuk mencegahnya.

.

Apa yang min maksudkan disini termasuk penawar penyakit 3 serangkai.

.

Caranya dengan amalan gaya hidup sihat, kerap pergi membuat pemeriksaan kesihatan setahun sekali.

.

Serta mendapatkan rawatan yang segera jika pesakit mendapati mengalami penyakit berkenaan.

.

.

Jika langkah seperti ini tidak dilakukan, sudah tentu tahap kesihatan anda tidak akan pulih dan akan kekal merosot.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Tanda Sakit Jantung – (List Lengkap) Anda Perlu Berhati-Hati, Takut Diserang Mengejut.

.

.