Topik pasang bearing pada zakar ini bukan benda baru di Malaysia. Ia adalah “rahsia terbuka” di kalangan sesetengah kelompok lelaki yang obses nak jadi “jantan terpaling agung” dalam memuaskan kaum wanita.
Mungkin anda juga pernah terdengar cakap-cakap kosong di kedai kopi, atau di group Telegram mahupun di Facebook yang kononnya memasukkan bebola besi atau bearing di bawah kulit zakar boleh buat isteri mengerang kenikmatan yang luar biasa.
Tapi, jauh di sudut hati, saya tahu kenapa anda mencari info tentang bearing pada zakar ini. Ia bukan sekadar suka-suka. Ia datang dari rasa insecure yang mendalam.
“Teringin juga nak bagi bini aku kepuasan yang dia tak pernah rasa dari zakar aku sendiri”
Kami, para doktor di SuamiSihat faham perasaan itu. Niat anda murni, anda nak bahagiakan isteri. Anda nak jadi suami yang mampu menundukkan isteri di kamar tidur.
Tapi, berbaloikah sampai perlu melukakan zakar dan mengubah ciptaan Tuhan?
Realitinya di Malaysia, tindakan memasukkan objek asing ke dalam alat sulit sering berakhir dengan tragedi.
Daripada nak beri nikmat, akhirnya membawa mudharat. Kita lihat banyak kes di mana zakar bengkak bernanah, jangkitan kuman sampai ke darah (sepsis), dan akhirnya zakar terpaksa dipotong sebahagiannya.

Akibatnya? Suami kemurungan, hilang fungsi lelaki sepenuhnya, dan isteri yang “tak puas” tadi mungkin mula tawar hati.
Rumahtangga yang ada kereta besar dan rumah cantik pun boleh runtuh kalau tiang serinya (suami) tumbang menyembah bumi.
Ini laporan media tentang pasang bearing pada zakar :
“Tindakan segelintir lelaki memasukkan bendasing pada alat sulit kononnya untuk memberi kepuasan seks kepada pasangan mengundang padah apabila ‘senjata’ mereka terpaksa dibedah akibat jangkitan kuman yang serius dan bernanah.” — Harian Metro
Jadi, sebelum anda buat keputusan yang bakal disesali seumur hidup, baca artikel ini sampai habis. Kita kupas dari sudut hukum agama dan sains perubatan.
Hukum Pakai Bearing Pada Zakar Dari Ulama
Sebagai lelaki Muslim, kita terikat dengan hukum syarak. Persoalan utama, adakah bearing pada zakar ini dibenarkan? Merujuk kepada penjelasan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), serta ijmak ulama fiqh, hukum asalnya adalah HARAM.
Kenapa ia jatuh hukum Haram?
1. Mengubah Ciptaan Allah (Taghyir Khulq Allah)
Zakar diciptakan Allah dengan fungsi dan bentuk yang spesifik. Memasukkan besi, guli, atau bearing adalah tindakan mengubah kejadian asal tanpa keperluan perubatan (bukan dharurat). Ia dianggap perbuatan melampau batas.
2. Mendatangkan Mudharat (Bahaya)
Dalam Islam, kaedah fiqh menyebut “La darara wa la dirar” (Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan orang lain). Memasukkan besi karat ke dalam daging sensitif adalah mengundang penyakit.
Jika ia menyebabkan kesakitan kepada isteri (luka pada faraj), maka dosanya bertambah kerana menyakiti pasangan.
3. Menyerupai Perbuatan Fasik
Budaya ini sering dikaitkan dengan budaya penjara atau kelompok yang tidak mementingkan syariat, yang mana kita dilarang untuk mengikutinya (tasyabbuh).
Jika anda sebenarnya nak memuaskan isteri dan membahagiakan isteri, sebenarnya ada banyak cara lain.
Contohnya membelai isteri, foreplay dengan betul.
Bukan dengan cara memasukkan tali nylon, tindik batang zakar atau memasukkan besi dalam kulit zakar anda!
Baca : Cara Puaskan Isteri Dengan Cepat (Tanpa Tahan Lama)

Risiko Kesihatan: Realiti Ngeri Di Sebalik “Bearing”
Mitos kata isteri akan sedap. Realiti perubatan kata sebaliknya. Apa yang berlaku apabila anda memasukkan objek asing (foreign body) ke dalam tisu zakar?
1. Reaksi Bendasing & Granuloma
Tubuh badan kita bijak. Bila ada benda asing (besi/plastik) masuk, sistem imun akan menyerang benda tu. Tisu parut keras akan terbentuk di sekeliling bearing tersebut (Granuloma). Lama-kelamaan, zakar akan nampak berbenjol hodoh, keras, dan mungkin zakar bengkok apabila ereksi.
2. Jangkitan Kuman & Gangrene
Kebanyakan prosedur pasang bearing dibuat di belakang lorong, bukan di klinik. Alat tak steril. Risiko kuman Staphylococcus masuk sangat tinggi. Bila nanah mula berkumpul, ia boleh mematikan tisu zakar (Necrotizing Fasciitis). Kalau lambat, doktor tiada pilihan selain potong bahagian yang busuk itu. Masa itu, menyesal air mata darah pun tak guna.
3. Kesakitan Pada Isteri (Trauma Vagina)
Ini fakta yang lelaki selalu lupa. Faraj isteri adalah organ mukosa yang lembut. Geseran dengan bearing keras di bawah kulit zakar boleh menyebabkan luka, melecet, dan pendarahan pada dinding faraj. Isteri mungkin “menjerit”, tapi bukan sebab sedap, tapi sebab sakit! Lama-kelamaan, isteri boleh trauma dan menolak hubungan intim.
4. Gangguan Fungsi Ereksi (Mati Pucuk)
Pembedahan haram ini boleh merosakkan saraf sensitif pada zakar. Akibatnya, anda mungkin susah nak rasa nikmat (kebas) atau lebih teruk, mati pucuk sepenuhnya kerana aliran darah terganggu oleh tisu parut.
Alternatif : Besarkan Zakar Cara Klinikal
Jka saiz atau prestasi adalah isu sebenar, jangan ambil jalan pintas yang Haram dan berbahaya. Perubatan moden ada solusinya.
Anda perlu faham punca sebenar. Adakah anda rasa kecil sebab perut buncit (lemak menimbus pangkal zakar)? Atau adakah sebab kurang hormon testosteron?
Di klinik pakar, kami ada kaedah seperti P-Shot (PRP) atau terapi rawatan shockwave yang boleh memulihkan pembuluh darah, menjadikan ereksi lebih padu dan firm secara semulajadi tanpa memasukkan besi buruk dalam badan. Ini cara yang Halal, selamat, dan terbukti secara sains.
Baca : Jenis Kondom Berduri & Cara Guna
1. Perempuan suka kalau suami pakai bearing?
Mitos semata-mata. Kebanyakan wanita mengadu sakit dan tidak selesa. Geseran objek keras boleh melukakan dinding faraj dan menyebabkan jangkitan pada isteri. Kepuasan wanita datang dari emosi, teknik, dan ketegangan ereksi yang padu, bukan dari benjolan besi. Jika anda risau tentang prestasi, lebih baik buat pemeriksaan kesihatan lelaki untuk tahu tahap kesihatan sebenar.
2. Dah pasang bearing, boleh buang balik?
Boleh, dan WAJIB buang jika ia mudharat. Tapi ia memerlukan pembedahan minor di klinik atau hospital. Doktor perlu bedah, keluarkan bearing, dan buang tisu parut (fibrosis) yang melekat. Selepas buang, anda perlu rehat untuk sembuh dan pastikan tiada tanda jangkitan kelamin yang tersisa.
3. Beza pakai bearing vs cincin zakar?
Bearing adalah implan kekal di bawah kulit (tanam). Cincin zakar adalah alat luaran yang dipakai sekejap untuk tahan lama dan kekalkan darah. Dari segi risiko, implan bearing jauh lebih berbahaya berbanding alat luaran. Namun, penggunaan alat bantuan seks juga perlu panduan doktor agar tidak mencederakan masalah kulup atau menyekat darah terlalu lama.

Pakar Urologi sering mengingatkan tentang bahaya bendasing ini :
“Penile foreign body injections or implantation often result in severe complications including granuloma formation, infection, and deformities, requiring surgical intervention to restore function and appearance.” – World Journal of Men’s Health
Ini membuktikan bahawa dunia perubatan mengiktiraf amalan ini sebagai satu krisis kesihatan, bukan satu enhancement.
Rawatan Besarkan Zakar 100% Klinikal
Cukup-cukuplah dengar cakap kawan yang tak ada tauliah doktor. Tubuh badan tuan adalah amanah Allah. Jangan rosakkan zakar anda sebelum sampai masanya dengan bearing pada zakar.
Di SuamiSihat Clinic, kami pernah merawat warga emas berumur 80 tahun dengan kualiti kekerasan zakar yang mantap dan mampu beristeri tiga tanpa perlu menggunakan bearing pada zakar!

Jika tuan betul-betul serius nak bahagiakan isteri, nak saiz yang optimum dan nak prestasi yang padu:
1. Jangan buang masa. Matikan niat untuk pasang bearing pada zakar.
2. Dapatkan rawatan sebenar. Solusi besarkan zakar atau kuatkan ereksi di SuamiSihat Clinic.
3. Tiada paksaan. Kami diagnos dulu punca masalah tuan. Adakah sebab hormon, aliran darah, atau psikologi. Rawatan adalah custom-made untuk tuan.
Ketahuilah, isteri perlukan suami yang sihat dan berfungsi, bukan suami yang zakarnya bengkak dan bernanah.
Bertindak sekarang sebelum terlambat. Jumpa kami untuk sesi konsultasi peribadi.
Sumber Rujukan :
- KKM – Bahaya Ubahsuai Alat Sulit.
- Harian Metro (2018) – Padah Tanam Bebola Besi
- Gempak (2023) – Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan?
- World Journal of Men’s Health (2020) – Penile Foreign Body Granuloma
Penafian : Maklumat ini bukan pengganti konsultasi perubatan. Sila berjumpa doktor untuk diagnosis & pelan rawatan.




















