Fraud Blocker Pam Zakar - Kenapa Zakar Anda Boleh Rosak! Kebaikan & Keburukan

Pam Zakar – Ini Sebab Kenapa Zakar Anda Boleh Rosak. Kebaikan & Keburukan.

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Pam zakar merupakan salah satu daripada cara rawatan yang ada untuk merawat masalah mati pucuk.

.

Kesukaran untuk zakar mengeras atau kekalkan ereksi biasanya akan dikaitkan mati pucuk atau erectile dysfunction.

.

Pam Zakar

.

Pam ini merupakan sebuah tiub plastik yang akan memuatkan zakar anda.

.

Ada dua jenis pam iaitu:

  • Pam tangan
  • Pam yang menggunakan bateri

.

Kedua-dua pam tersebut akan bersambung dengan tiub dan juga sebuah cincin yang akan melingkari zakar sebaik sahaja zakar anda mengeras.

.

Cincin tersebut bertujuan untuk mengekalkan kekerasan tersebut.

.

Pump zakar biasanya turut dikenali sebagai vacuum pump atau vacuum erection device dan ia perlulah mendapat kebenaran daripada doktor terlebih dahulu sbeelum anda menggunakannya.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Masalah Mati Pucuk

.

Pam Zakar

.

Mati pucuk merupakan masalah yang kerap dialami oleh lelaki terutamanya buat mereka yang baru menjalani pembedahan prostat dan juga mereka yang berusia.

.

Namun, ada juga faktor-faktor lain yang mendorong kepada masalah mati pucuk ini.

.

Antaranya ialah:

  • Faktor psikologi
  • Corak pemakanan
  • Gaya hidup
  • Tahap kesihatan

.

Mati pucuk tidak semestinya akan berlaku kepada lelaki yang berusia sahaja.

.

.

Banyak kes yang mencatatkan pesakit berusia dalam lingkungan awal 20-an.

 

Jadi, sentiasa pastikan kesihatan zakar anda terjaga.

.

Baca Juga : Bentuk Zakar Lelaki – Anda Punya Jenis Yang Macam Mana?

.

.

Rawatan Mati Pucuk

.

Pam Zakar

.

Jika anda mendapatkan rawatan untuk mati pucuk dalam bentuk ubat, biasanya anda akan diberikan:

  • Sildenafil (Viagra)
  • Vardenafil (Levitra, Staxyn)
  • Tadalafil (Cialis, Adcirca)
  • Avanafil (Stendra)

.

Rawatan lain yang biasanya dilakukan juga adalah:

    • Ubat yang dimasukkan kedalam lubang zakar
    • Suntikan zakar (Penile Injections)
    • Penile implants

.

.

Kenapa Gunakan Pam Zakar?

.

Pam Zakar

.

Pam terbaik biasanya akan menjadi pilihan untuk merawat mati pucuk sekiranya segala jenis rawatan yang disebutkan tadi:

  • Berikan kesan sampingan
  • Tidak berkesan
  • Tidak selamat untuk anda

.

Pump terbaik untuk merawat masalah mati pucuk disebabkan oleh:

.

.

1. Pam besarkan zakar adalah sangat efektif

.

Pam Zakar

.

Dengan penggunaan yang kerap dan betul, majoriti lelaki yang mengalami masalah mati pucuk akan berjaya dapatkan ereksi yang sebaiknya untuk seks.

.

.

2. Pam zakar tidak merbahaya

.

.

Mungkin anda pernah mendengar ada yang kata pam zakar bahaya. 

.

Sebenarnya pam adalah yang paling rendah risikonya berbanding dengan rawatan mati pucuk yang lain dari segi kesan sampingan dan juga komplikasi.

.

3. Kos yang lebih murah

.

Pam Zakar

.

Bukan semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan mati pucuk.

.

Jadi, pam yang mampu bertindak sebagai pam besarkan zakar ini merupakan pilihan terbaik kerana ia lebih menjimatkan.

.

.

4. Tidak mempunyai risiko jangkitan

.

.

Pam tidak akan merisikokan zakar untuk terkena jangkitan.

.

Tidak seperti pembedahan, memasukkan ubat menerusi lubang zakar dan juga suntikan yang mana kesemuanya ada risiko untuk anda terkena jangkitan.

.
.

5. Pam boleh digunakan bersama rawatan lain

.

Pam Zakar

.

Ada beberapa rawatan pemulihan masalah mati pucuk boleh digunakan bersama-sama dengan pam.

.

Antaranya adalah dengan penile implant sebab bagi sesetengah lelaki, gabungan beberapa rawatan adalah lebih berkesan.

.
.

6. Ereksi kembali normal

.

.

Pam juga biasanya digunakan untuk memberikan semula ereksi secara normal.

.

Biasanya ia digunakan oleh mereka yang baru saja menjalani pembedahan prostat dan juga terapi radiasi bagi pesakit kanser prostat.

.

Apapun, pastikan anda mendapat kebenaran dan pemantauan berkala daripada doktor pakar.

.

Baca Juga : Saiz Zakar – Adakah Saiz Batang Anda Normal? Cukup Besar & Panjangnya?

.

.

Risiko – Pam Zakar Bahaya?

.

Pam Zakar

.

Walaupun pam boleh dikategorikan sebagai selamat hampir kepada semua lelaki, namun ia masih mempunyai beberapa potensi risiko.

.

Sebagai contoh:

  • Ia akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami masalah pendarahan yang berlebihan jika anda mengambil ubat jenis blood-thinning seperti warfarin (Coumadin, Jantoven) dan juga clopidogrel (Plavix).
  • Pam zakar juga akan menjadi merbahaya jika anda mempunyai masalah sickle cell anemia.

.

Pastikan anda memberitahu doktor anda terlebih dahulu berkenaan keadaan kesihatan anda dan juga sebarang ubat yang anda ambil.

.

Dengan cara ini, anda mampu untuk mengelakkan sebarang masalah namun apapun anda tetap perlu memastikan anda mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

.

.

Kesan Sampingan Pam Zakar

.

.

Penggunaan pam zakar juga akan memberikan beberapa kesan sampingan dan disebabkan oleh hal ini, anda perlu pastikan anda mendapat kebenaran serta dipantau oleh doktor pakar sepanjang anda menggunakannya.

.

Antaranya ialah:

  • Bintik merah (petechiae). Ia adalah disebabkan oleh pendarahan dibawah permukaan kulit zakar.
  • Kebas, sejuk atau kulit kebiruan. Ia disebabkan oleh cincin pam yang melingkar pada zakar.
  • Sakit atau lebam. Jika anda tidak tahu cara guna pump zakar yang betul, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada zakar anda.
  • Rasa air mani tersumbat. Ia boleh berlaku ketika berlakunya ejakulasi. 

.

Pam Zakar

.

Walaupun ia turut mempunyai kesan sampingan, namun ia bergantung sepenuhnya terhadap cara guna pump zakar oleh anda.

.

Ada beberapa lagi kesan lain yang mungkin anda akan alami terutamanya pada bahagian dasar zakar anda.

.

Kesannya? Zakar anda mampu dipusing dan diposisikan lebih daripada sewaktu anda mengalami ereksi secara normal.

.

Selain itu, anda juga akan mengalami:

  • Rasa kekok. Penggunaan pam zakar memerlukan kesabaran dan juga persefahaman daripada pasangan anda. Ia akan mengambil sedikit masa untuk benar-benar selesa.
  • Koordinasi manual. Pam zakar memerlukan penggunaan tangan dan jari secara manual, yang mana akan menjadi masalah sedikit buat sesetengah lelaki dan juga pasangannya.

.

.

Apa Persediaan Anda?

.

Pam Zakar

.

Bila anda dah bercadang untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang soal masalah mati pucuk anda ini, anda perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan.

.

Biasanya soalan-soalan ini akan berkisar lebih kepada keadaan kesihatan anda dan juga simptom yang mungkin anda alami.

.

Bagi sesetengah kes, masalah mati pucuk ini biasanya ada punca yang pesakit sendiri pun tak perasan.

.

Bila doktor dapat kenal pasti punca ini, lebih mudah untuk rawatan dilakukan.

.

Bergantung pada keadaan anda, ada kemungkinan untuk anda berjumpa dengan doktor yang sememangnya pakar dalam bidang urinary and reproductive disorders.

.

.

Okay. Istilah mudah untuk pakar tersebut adalah pakar urologi dan sangat penting untuk anda bertemu dan mendapatkan nasihat mereka sebelum anda menggunakan pam ini.

.

Sebelum doktor memberikan keputusan samada pam zakar sesuai atau tidak untuk anda, doktor akan bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:

  • Anda pernah atau sedang menghidap sebarang penyakit
  • Ada kecederaan atau pembedahan yang anda pernah lakukan, terutamanya yang melibatkan zakar, prostat dan juga kantung zakar.
  • Apa ubat yang anda sedang ambil, termasuklah suplemen berasaskan herba
  • Apa rawatan mati pucuk yang anda dah cuba dan setakat mana keberkesannya

.

.

.

.

Kemudian, doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap anda yang biasanya akan melibatkan:

  • Pemeriksaan zakar
  • Pemeriksaan denyutan pada beberapa bahagian tubuh anda

.

Pam Zakar

.

Kemudian, anda juga berkemungkinan besar akan menjalani digital rectal examination (DRE), untuk memeriksa kelenjar prostat anda.

.

Sewaktu DRE, doktor akan memasukkan jari bersarung tangan dan berpelincir kedalam rektum anda untuk merasai permukaan prostat anda.

.

Jika sewaktu perjumpaan dengan doktor dan punca masalah mati pucuk anda dah dikenal pasti, mungkin pemeriksaan yang akan dilakukan tidak melibatkan proses yang banyak.

.

.

Pemilihan Pam Zakar

.

Pam Zakar

.

Sesetengah pam dijual tanpa ada sebarang arahan dan cara penggunaan. 

.

Jadi, penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum anda membelinya.

.

Biasanya doktor anda lebih tahu pam zakar jenis mana yang sesuai dengan keadaan dan masalah anda.

.

Dengan cara ini, pam yang anda gunakan akan lebih efisien dalam membantu anda.

.

Pam ini juga ada dijual secara online namun, ia belum tentu lagi selemat dan efektif untuk anda.

.

Pastikan pam zakar yang anda pilih mempunyai vacuum limiter, yang mana akan menghalang tekanan daripada menjadi terlalu tinggi dan membahayakan zakar anda.

.

.

Peringatan “Mesra”

.

.

Sebelum anda menggunakan pam, suka untuk kami ingatkan anda supaya shave atau trim dulu bulu-bulu pada kawasan zakar anda.

.

Bukan apa. Anda pun mesti tak nak ada bulu yang tersangkut pada cincin pam tersebut kan?

.

.

Pam Besarkan Zakar

.

.

Kalau anda tengok di internet, anda boleh jumpa macam-macam jenis pam besarkan zakar.

.

Macam biasa. Semua claim produk mereka mampu membesarkan zakar dan macam-macam lagi.

.

Tapi, sebenarnya tiada satu pun bukti yang pam mampu besarkan zakar.

.

Penggunaan pam ini juga mampu meningkatkan risiko untuk zakar anda mengalami kecederaan dan tanpa kebenaran serta pantauan daripada doktor pakar, jangan sesekali anda menggunakannya.

.

Baca Juga : Cara Panjangkan Zakar – Boleh ke Anda Besarkan Zakar Sebenarnya?

.

.

Cara Guna Pump Zakar

.

.

Cara gunakan pam ni sangat mudah. Anda cuma perlu:

  • Letakkan tiub plastik pada zakar anda
  • Gunakan pam tangan atau pam elektrik yang dihubungkan dengan tiub untuk menghasilkan keadaan vakum didalam tiub dan menarik darah ke zakar
  • Sebaik sahaja anda mengalami ereksi, sarungkan cincin pada sekitar zakar anda. Ia akan membantu untuk mengekalkan darah didalam zakar anda.
  • Tanggalkan alat vakum tersebut. Ereksi tersebut biasanya cukup lama untuk anda melakukan seks.

.

Jangan biarkan cincin tersebut berada lebih dari 30 minit pada zakar anda kerana ia akan terus menyekat darah daripada mengalir dan akan turut mengakibatkan kecederaan.

.

.

Apapun, anda kena tahu yang pam zakar tidak akan membantu untuk 100% merawat masalah mati pucuk.

.

Ia dapat membantu anda untuk mendapatkan ereksi yang mencukupi untuk anda melakukan hubungan seks.

.

Anda juga berkemungkinan besar perlu menggabungkan pam zakar dengan rawatan lain untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi merawat masalah mati pucuk.

.

Sekian sahaja perkongsian kami berkenaan pam zakar dan sekali lagi kami ingin ingatkan anda supaya mendapatkan kebenaran dan pemantauan daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum anda menggunakannya.

.

Jangan lupa untuk turut baca perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat!

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.