Fraud Blocker Kursus Kahwin Negeri - Daftar, Lokasi, Persediaan & Harga

Kursus Kahwin mengikut Negeri – Ini Cara Daftar, Lokasi, Persediaan & Harganya

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Kursus Kahwin

Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, kursus kahwin merupakan diantara kursus wajib yang perlu dihadiri.

.

Anda tak perlu risau kerana hampir setiap kawasan pasti akan ada badan tertentu yang menganjurkannya.

.

.

Penganjurannya pula ada hampir setiap minggu.

.

Jadi, mudah untuk anda cari masa free untuk menghadirinya.

.

Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding

.

.

Apa Itu Kursus Kahwin?

.

Kursus Kahwin

.

Kursus nikah/kahwin merupakan kursus pra-perkahwinan, yang bertujuan:

  • Memberikan input dan ilmu berkenaan tanggungjawab suami isteri didalam rumahtangga
  • Menyediakan individu supaya ada ilmu asas berkaitan agama sebelum mendirikan sebuah perkahwinan
  • Menjadi langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko penceraian
  • Memberikan informasi berkenaan prosedur yang perlu dilalui oleh bakal pengantin untuk mendirikan rumahtangga

.

Sebenarnya tujuan utama kursus nikah ini adalah untuk memastikan setiap individu mendapat informasi, pendedahan dan sedar akan tanggungjawab mereka terhadap pasangan.

.

Hal ini kerana masih ramai individu muslim di Malaysia pada hari ini yang masih tidak mempunyai asas yang kukuh baik dari segi agama dan ilmu kekeluargaan.

.

Ia sebenarnya amat merbahaya kerana ia sedikit sebanyak menjadi punca utama kepada berlakunya penceraian.

.

Jadi, kursus kahwin bertujuan untuk membuka mata, fikiran dan menyedarkan kesemua individu bahawa ilmu agama dan ilmu rumahtangga adalah sangat penting.

.

Baca Juga : Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Kenapa Perlu Kursus Kahwin?

.

permohonan kahwin sarawak

.

Jika dahulu, kursus kahwin sangat digalakkan bagi mereka yang mahu berkahwin.

.

Namun kini ia telah dijadikan satu kewajipan bagi mereka yang bakal berkahwin.

.

Suka atau tidak, anda tetap perlu untuk menghadiri kursus kahwin.

.

Jika anda merasakan kursus ini bakal membuatkan anda bosan, anda silap sebenarnya.

.

Pihak penganjur setiasa mendapatkan feedback daripada para peserta kursus dan mereka sentiasa berusaha untuk menambah kualiti kursus yang dianjurkan mereka.

.

Anda perlu tahu bahawa para penganjur sebenarnya sedang melakukan bisnes.

.

.

Anda sendiri boleh lihat berapa ramai yang menganjurkan kursus ini jadi saingan adalah tersangat tinggi.

.

Jadi, para penganjur akan memastikan kursus mereka adalah yang terbaik supaya lebih ramai peserta akan menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran mereka.

.

Kalau anda kata anda masih belum ingin berkahwin atau belum mempunyai pasangan, anda tak perlu risau.

.

Kursus ini boleh dihadiri secara individu juga.

.

.

Apa Yang Diajar Dalam Kursus Kahwin?

.

.

Seperti apa yang kami terangkan awal-awal tadi, kursus kahwin biasanya akan cover bab berikut:

  • Prosedur perkahwinan
  • Asas rumah tangga dari segi aqidah, ibadah dan akhlak
  • Pengurusan kewangan dan masa
  • Bentuk komunikasi antara suami isteri
  • Pengurusan stress dan konflik rumahtangga
  • Hal berkaitan talaq, takliq dan fasakh
  • Pengurusan kesihatan

.

Jangan risau kerana anda akan mendapat banyak input baru dalam setiap sesi dalam kursus tersebut.

.

Kebanyakan penceramah juga merupakan pakar dalam bidang mereka dan cara penyampaian mereka juga sangat menarik.

.

Jika anda merasakan diri anda seorang yang serba tahu sekalipun, anda pasti akan tetap mendapat informasi baru yang belum pernah anda dengar.

.

Baca Juga : Pengurusan Kewangan Keluarga (Checklist Lengkap 2020) – Formula Mudah untuk Anda

.

.

Kursus Kahwin Berapa Hari?

.

Kursus Kahwin

.

Kebiasaannya kesemua kursus nikah mengambil masa sekitar 2 hari.

.

Setiap hari akan dibahagikan kepada beberapa slot atau modul.

.

Setiap slot atau modul ini pula akan dibentangkan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

.

Kebiasaannya kesemua modul adalah berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).

.

Modul ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

.

Kursus Kahwin

.

Dalam tempoh 2 hari kursus kahwin ini, ia biasanya bermula seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang atau awal lagi.

.

Anda akan diberikan rehat sekitar 2 kali iaitu untuk minum pagi dan juga rehat tengahari.

.

Ada sesetengah penganjur menyediakan semuanya sekali untuk anda termasuklah makan dan minum.

.

Penginapan biasanya tidak disediakan.

.

.

Berapa Harga Kursus Kahwin?

.

Kursus Kahwin

.

Secara purata, harga untuk kursus kahwin yang dianjurkan di kebanyakan kawasan adalah sekitar RM80.

.

Namun, bagi kursus yang dianjurkan oleh institusi pengajian, harganya adalah sekitar RM50-60.

.

Jika anda masih lagi bergelar seorang student, pastikan anda tidak terlepas kursus yang dianjurkan oleh institusi anda.

.

Cumanya peraturan atau kod pakaian di institusi pengajian adalah lebih strict berbanding diluar.

.

Sebagai contoh, ada kemungkinan anda perlu berpakaian kemeja putih, berseluar hitam, berkasut hitam dan bersongkok jika anda menghadiri kursus anjuran institusi pengajian anda.

.

Peraturan pakaian bagi kursus yang dianjurkan diluar biasanya lebih longgar.

.

.

Prosedur Pendaftaran Kursus Kahwin

.

Kursus Kahwin

.

Untuk daftar kursus kahwin, prosedurnya sangat mudah.

.

Anda boleh terus ke pejabat pihak penganjur untuk mengisi borang kursus nikah atau anda juga boleh daftar online.

.

Dari segi bayaran, anda boleh terus membayarnya secara online atau anda boleh bayar secara cash pada hari kursus bergantung kepada penganjur.

.

.

.

.

Lokasi Kursus Kahwin

.

.

Bagi setiap negeri, anda boleh semak laman web Majlis Agama Islam Negeri dimana mereka telah menyenaraikan pengendali-pengendali yang berdaftar.

.

1. Kursus Kahwin Johor

.

Kursus Kahwin

.

Biasanya di Johor, anda boleh temukan di bandar-bandar besar.

.

Antara kawasan yang paling banyak penganjuran kursus kahwin adalah:

  • Johor Bahru
  • Skudai
  • Pasir Gudang

.

.

2. Kursus Kahwin Kedah

.

Kursus Kahwin

.

Bagi negeri Kedah pula, anda boleh lihat senarai pengendali kursus menerusi LINK INI.

.

.

3. Kelantan

.

daftar kursus kahwin online kedah

.

Laman web rasmi Jabahtan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ada menyenaraikan tarikh dan lokasi kursus.

.

Anda boleh lihat senarai penuh DISINI.

.

.

4. Kursus Kahwin Melaka

.

daftar kursus kahwin online kedah

.

Bagi negeri Melaka pula, anda boleh dapatkan info lanjut DISINI.

.

.

5. Negeri Sembilan

.

kursus kahwin online pahang

.

Untuk Negeri Sembilan, terdapat beberapa penganjur yang berdaftar berdasarkan laman web Majlis Agama Islam negeri seperti yang anda boleh baca DISINI.

.

.

6. Kursus Kahwin Penang

.

Daftar kursus kahwin online kedah

.

Bagi negeri Pulau Pinang pula, bagi musim PKPP ini, ia diganti dengan temuduga.

.

Anda boleh lihat maklumat penuh temuduga pada LINK INI.

.

.

7. Perlis

.

Kursus kahwin online Kedah

.

Negeri Perlis juga sama seperti Pulau Pinang.

.

Kursus nikah diganti dengan temuduga buat masa ini.

.

.

8. Perak

.

Online daftar kursus kahwin kedah

.

Bakal pengantin di Perak tidak diwajibkan hadir ke Kursus Nikah sementara Perintah Kawalan Pergerakan (CMO) dijalankan.

.

Mereka hanya diwajibkan hadir ke Tatacara Temuduga Khas (TTK) sebelum diijabkabulkan di Pejabat Agama di Daerah masing-masing.

.

.

9. Pahang

.

.

Sama juga dengan negeri lain, negeri Pahang mengenakan syarat untuk pasangan bakal berkahwin untuk menghadiri Taklimat Khas Pra-perkahwinan.

.

Tempoh sah laku sijil ini adalah 3 bulan dari tarikh TKP.

.

Maklumat lanjut anda boleh baca DISINI.

.

.

10. Kursus Kahwin Selangor

.

Kursus kahwin online daftar

.

Kursus kahwin Shah Alam merupakan diantara kawasan untuk kursus yang paling popular.

.

Mungkin disebabkan dikawasan ini ada terlalu banyak institusi pengajian, jadi penganjurannya adalah lebih kerap dan murah.

.

Bagi mengamalkan norma baru sempena PKP, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melangsungkan Kursus Pra Kahwin melalui online.

.

Pengumuman ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri.

.
Kursus Pra Perkahwinan Islam Online (KPPI Online) ini akan mula dilaksanakan bermula 13 Jun 2020 (Sabtu) walaupun PKPB telah tamat selepas ini.

.

.

.

11. Sabah

.

Daftar kursus kahwin Kedah

.

Kursus pra-perkahwinan di Sabah turut digantikan dengan Temuduga Pra-Perkahwinan.

.

Anda boleh dapatkan informasi lanjut DISINI.

.

.

12. Sarawak

.

Online kursus kahwin Kedah

.

Untuk negeri Sarawak pula, anda boleh semak tarikh dan lokasi penganjuran kursus DISINI.

.

.

13. Kursus Kahwin Kuala Lumpur

.

Kursus Kahwin

.

Bagi wilayah persekutuan pula, anda boleh lihat senarai penuh penganjur DISINI.

.

.

Sijil Kursus Kahwin Valid Sampai Bila?

.

Kursus Kahwin

.

Sijil anda biasanya akan dapat pada hari terakhir kursus ataupun sekitar 3-4 hari bekerja selepas tamat kursus.

.

Anda boleh minta sijil tersebut dihantar kepada anda atau anda boleh datang mengambilnya sendiri di pejabat penganjur.

.

Sijil kursus ini boleh digunakan seumur hidup.

.

Bagi sijil temuduga yang menggantikan kursus pula, ia ada tempoh masa tertentu sahaja.

.

.

Sijil Kursus Kahwin Hilang Apa Perlu Buat?

.

.

Haa.. Kalau sijil hilang, mesti anda akan rasa gelabah kan?

.

Tapi jangan risau sebab semuanya boleh disetelkan dengan mudah.

.

Anda cuma perlu ke tempat anda ambil kursus nikah tersebut atau ke pejabat penganjur.

.

Kemudian jumpa dengan person in charge dan beritahu bahawa anda telah kehilangan sijil anda.

.

Untuk memudahkan urusan, ingat segala details berkaitan seperti tarikh kursus tersebut.

.

.

Anda kemudiannya akan diberikan satu surat yang menyatakan sijil anda telah hilang dan anda perlu membawa surat tersebut ke Majlis Agama Islam Daerah atau Negeri.

.

Tanya pada penganjur siapa yang mengesahkan sijil tersebut.

.

Bila dah sampai disana, tunjukkan surat dan tunggu sijil anda diberikan on the spot (biasanya).

.

.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan kursus kahwin.

.

Jangan risau kerana kursus ini sedikit pun tidak membosankan.

.

.

Diharapakan anda mendapat manfaat hasil perkongsian kali ini.

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.