Fraud Blocker Khasiat Bawang Putih - Manfaat Lelaki, Resepi Bawang Bakar Madu

Khasiat Bawang Putih – Manfaat Untuk Lelaki. Resepi Bawang Putih Bakar+Madu

Written By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Pernah dengar tentang khasiat bawang putih untuk lelaki?

.

Min perasan, sejak kebelakangan ni, banyak jenama-jenama dekat luar yang dah mula hasilkan produk berasaskan bawang putih ni..

.

Dari jenama kecil-kecilan, hingga lah jenama-jenama besar, semuanya dah mula formulakan supplement yang berasaskan bawang putih ni.

.

.

Lepas min buat pembacaan sikit, baru tahu ada rupanya khasiat bawang putih untuk kesihatan.

.

Dari sekecil-kecil masalah, hingga sebesar-besar masalah serius. Ini termasuk masalah kesihatan seksual lelaki.

.

Ternyata, khasiat dari bawang putih ini, telahpun diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu untuk mendapatkan khasiat yang diinginkan.

.

.

Jangan tak tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan Datuk K pun amalkan khasiat makan bawang putih dengan madu ni.

.

Disebabkan segala group komuniti dekat media sosial, whatsapp, & telegram ni pun kecoh dengan khasiat bawang putih ni.

.

Min pun terpanggil lah nak berkongsi sikit petua dan khasiat-khasiat sebenar yang ada dalam bawang putih ni.

.

.

.

Baca Juga: Cara Tumbuh Jambang – Tips Untuk Anda Yang Kurang Bulu

.

.

.

Khasiat Bawang Putih

.

.

Tahu tak bawang putih ada khasiat dari segi kesihatan seksual lelaki?

.

Selama ni kita ingat, bawang putih ni hanya salah satu bahan masakan yang biasa kita pakai kt dapur je, rupanya ada manfaat utama yang lain!

.

Bagi orang barat, bawang putih bukan sahaja digunakan untuk perkara mistik, malah digunakan untuk untuk tujuan kesihatan.

.

.

Bagi masyarakat melayu pula, khasiat dari bawang putih digunakan untuk merawat masalah dalaman, seperti sakit perut & cirit birit.

.

Ia kaya dengan beberapa nutrient penting seperti magnesium, selenium, & allisin, yang mana memberi kesan positif terhadap kesihatan.

.

Walaubagimanapun, banyak lagi khasiat bawang putih untuk lelaki yang masyarakat zaman sekarang tak tahu.

.

Dekat bawah ni min ada senaraikan khasiat bawah putih, bukan sahaja untuk lelaki, malah wanita juga boleh amalkannya.

.

.

1. Merawat demam & batuk

.

.

Ada beberapa kajian yang dijalankan mendapati, amalan memakan bawang putih setiap hari mengurangkan risiko demam sehingga 70%

.

Uish tinggi tu, dah macam makan panadol dah effect dia bagi.

.

Walaupun macam tu, pakar masih lagi tak henti-henti jalankan kajian terhadap khasiat bawang putih ini

.

Apapun, pengambilan bawang putih dalam diet harian anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat demam ataupun batuk.

.

Yang lelaki tu boleh dah amalkan, terbukti ada khasiat bawang putih untuk lelaki.

.

.

2. Menurunkan tekanan darah tinggi

.

.

Ada beberapa kajian yang mendapati, pengambilan 4 ulas bawang putih sehari, boleh menurunkan tekanan darah secara mendadak.

.

So, memang sangat sesuai dimanfaatkan oleh penghidap penyakit darah tinggi.

.

Lepasni balik, dah boleh bagi tahu orang rumah supaya lebihkan bawang putih dalam masakan dia tu. Hehe

.

.

3. Meningkatkan kesihatan jantung

.

.

Berdasarkan statistik, antara punca kematian terbesar dikalangan lelaki di Malaysia ialah penyakit jantung, lebih tepat penyakit jantung koronari.

.

Punca utama terjadinya penyakit ini ialah disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat, dengan plaque dan kolesterol tidak baik (LDL).

.

Akhirnya darah tidak dapat untuk mengalir, dan jantung tak dapat untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

.

Disini lah pemakanan memainkan peranan yang sangat besar dalam kesihatan kita.

.

.

Kajian mendapati, mereka yang amalkan bawang putih dalam diet harian mereka, lebih kecil risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari.

.

Ini kerana bawang putih mampu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dalam darah, sebanyak 15%.

.

Bawang putih juga berpotensi boleh meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

.

.

.

4. Meningkatkan kesihatan mental

.

.

Bawang putih pun sebenarnya baik untuk mereka yang menghidap penyakit berkenaan mental.

.

Kajian mendapati bawang putih boleh mengurangkan stres, anxiety, & masalah tidur.

.

Anda yang selalu stres bekerja, jumpa klien sana sini memang sesuai untuk amalkan ambil bawang putih ni. Letak lah dalam masakkan anda tu hehe.

.

.

5. Menguatkan prestasi fizikal

.

.

Orang zaman dulu gunakan bawang putih untuk kekal tangkas dan kuat ketika berperang, dan memburu.

.

Beberapa kajian terhadap bawang putih ini mendapati, bawang putih memang boleh meningkatkan keupayaan fizikal.

.

Tetapi banyak lagi kajian yang perlu dibuat untuk confirm kan betul-betul fakta ini.

.

.

6. Menguatkan sistem immun

.

.

Bawang putih boleh menghalang daripada unsur toksin dari merosakkan sel dan DNA kita.

.

Ini kerana bawang putih mengandungi zink, dan vitamin C yang boleh membantu melawan pembiakan bakteria serta menguatkan immunity tubuh.

.

Untuk mendapatkan khasiat bawang putih ni, anda boleh ambil 3 hingga 4 ulas bawang putih setiap hari. Letak je dalam nasi goreng tu, settle.

.

.

7. Prestasi seksual

.

.

Macam yang kita dah bincangkan tadi, bawang putih mengandungi allisin.

.

Salah satu fungsi allisin ialah ia boleh melancarkan peredaran darah, dengan merehatkan saluran darah.

.

Ini boleh membantu para lelaki untuk mengekalkan ereksi pada zakar.

.

.

Bukan itu sahaja, bawang putih juga mungkin boleh meningkatkan libido lelaki.

.

Banyak kan khasiat bawang putih untuk zakar lelaki?

.

Wanita juga lebih tertarik kepada bau badan lelaki yang amalkan makan bawang putih. (Dah macam minyak pengasih pulak dah. Hihi)

.

.

8. Khasiat bawang putih bakar dan madu

.

.

Tahukah anda? bawang putih dan madu kaya dengan antioksida?

.

Antioksida penting untuk kesihatan kulit, sistem imun, dan mencegah dari mendapat pelbagai penyakit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain.

.

Madu dan bawang putih juga merupakan salah satu makanan antibakteria.

.

.

Kajian mendapati, bawang putih yang dijeruk bersama madu boleh menghalang pembiakan bakteria dalam badan.

.

Tak perlu guna madu yang mahal-mahal pun tak apa, yang penting original dan bukan yang dicampur dengan gula.

.

Amacam, banyak kan khasiat bawang putih dan madu untuk lelaki?

.

Jom baca lagi, kami ada nak share resepi bawang putih + madu ni yang sedap untuk anda.

.

.

Baca Selepas Ini: Kurap Di Kemaluan – Tanda, Punca & Cara Merawatnya. Wajib Ambil Tahu!

.

.

Resepi Bawang Putih Bakar Campur Madu

.

.

Tadi min dah senaraikan semua khasiat yang ada dalam bawang putih kan?

.

So sekarang ni min nak ajar pula macam mana resepi khasiat bawang putih bakar dengan madu ni.

.

Ada orang buat resepi ni guna bawang putih biasa, ada juga yang guna bawang hitam.

.

.

Tak kisah lah macam-macam mana pun, yang penting cara penyediaan dia sama sahaja.

.

Cara nak buat senang sahaja.

.

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah seperti:

• Madu

• Bawang putih

• Balang

• Dapur api

.

.

Step 1 – Kupas Bawang putih

.

.

Pertama sekali kupas dulu bawang putih, agak-agak lah berapa ulas untuk penuhkan balang anda tu.

.

Buat sekali banyak terus senang, lepas ni tak payah nak sediakan banyak kali.

.

Jimat masa.

.

.

Step 2 – Bakar Bawang putih

.

.

Lepas dah kupas tu, bakar pulak bawang putih satu persatu dekat atas api dapur.

.

Anda boleh guna lidi atau garfu untuk panggang terus atas api.

.

Tapi ada juga orang yang guna non-stick pan untuk panggang, jimat masa panggang sekali semua.

.

.

Step yang ni optional tau, ikut selera anda nak skip atau tidak.

.

Ada orang yang suka aroma hangus-hangus bawang putih tu, ada yang tak suka. Katanya ada banyak khasiat bawang putih bakar ni.

.

Tepuk dada tanya selera. Hehe

.

.

Step 3 – Masukkan dalam balang

.

.

Lepas panggang tu, dah bole masukkan terus dalam balang yang anda nak guna.

.

Isi sampai penuh yaa, senang nanti tak ada lah membazir space nak kena prepare setiap minggu.

.

Selalu min guna bekas biskut raya yang penutup merah tu je. Hehe

.

.

Step 4 – Isi madu

.

.

Tuangkan madu lebah dalam balang berisi bawang putih tadi.

.

Pastikan isi sampai penuh supaya semua madu dapat meresap masuk kedalam bawang putih.

.

Tuang sampai penuh macam dalam gambar bawah ni.

.

.

Nak beli madu lebah ni, anda boleh dapat di kedai-kedai jamu, atau pun kedai barangan arab (kedai yang ada jual kurma, dan alatan solat tu)

.

.

Senang sahaja kan resepi ni?

.

Kos tak sampai RM100 pun tapi khasiat dia memang banyak sekali, dan cara nak buat pun tak sampai 20 minit dah boleh siap.

.

.

Anda boleh cuba sendiri dekat rumah resepi ini. Lagipun madu kan salah satu makanan sunnah yang tinggi dengan khasiat,

.

Kalau digandingkan dengan bawang putih ni lagi lah bertambah-tambah khasiat dan manfaat yang kita boleh dapat kalau diamalkan setiap pagi.

.

Untuk lebih faham, anda boleh tonton video yang kami sediakan ini.. Jom tengok Adi prepare bawang putih + madu dekat bawah

.

.

.

Semua yang dibincangkan tadi adalah berkenaan khasiat dan resepi bawan putih sahaja.

.

Tapi anda tahu tak ada satu lagi jenis bawang putih yang jauh lebih berkhasiat daripada bawang putih biasa? 

.

Fuh kalau bawang putih biasa pun dah berkhasiat, ada ke yang lagi power dari tu? Mestilah ada tuan-tuan.

.

.

Bawang Lanang Spesis Bawang Putih Terbaik

.

.

Ramai yang masih tak tahu lagi kewujudan bawang lanang atau lebih dikenali sebagai bawang putih tunggal.

.

Mana tidaknya, bawang lanang ini tidak boleh didapati didalam negara kita. Kebanyakkan nya diimport dari negara Thailand dan negara-negara sekitar di asia tenggara.

.

Kalau anda tengok bentuk rupa bawang lanang pun lain, tak sama.

.

Bawang putih biasa berbentuk labu yang boleh dipisahkan berulas-ulas. Manakala bawang lanang hanya mempunyai satu siung sahaja.

.

Kelebihan yang ketara didalam bawang lanang berbanding bawang putih biasa:

  1. Kandungan Allicin yang lebih tinggi
  2. Bukan untuk memasak, sebaliknya untuk perubatan
  3. Lebih kaya dengan unsur antioksidan
  4. Padat dengan bahan untuk improve kesihatan lelaki

.

Menarik bukan semua manfaat ini?

.

Nak lagi padu, gandingkan lagi dengan madu tualang, memang sangat-sangat berkhasiat dan sihat.

.

Baiklah itu sahaja perkongsian kami untuk kali ni.

.

Kalau anda apa-apa soalan yang ingin ditanya, kami ada sediakan platform Komuniti SuamiSihat di Telegram. InshaAllah semua soalan akan dijawab oleh admin disana.

.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkongsi pengalaman bersama ahli-ahli yang lain juga.

.

Scroll ke bawah sekali kami ada sediakan banner untuk join telegram. Hehe

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu

.

.

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.