Fraud Blocker Hantaran Kahwin – 40 Idea Ekslusif Untuk Persiapan Nikah Anda

Hantaran Kahwin – 40 Idea Ekslusif Untuk Persiapan Nikah Anda

Written By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Bila cakap soal kahwin, antara perkara yang membuatkan pasangan berfikir lama adalah berkenaan hantaran kahwin.

.

Namun, bagi kebanyakan pasangan, pasti akan banyak persoalan yang timbul dalam fikiran mereka berkenaan apa yang patut mereka berikan sebagai hadiah.

.

Hadiah hantaran kahwin ini sebenarnya sangat penting kerana ia akan kekal menjadi memori yang sangat bermakna buat pasangan selamanya.

.

.

Sebelum kami kongsikan dengan anda beberapa idea menarik untuk dijadikan hantara, kami nak jawab beberapa persoalan yang biasanya bermain di minda bakal pengantin terlebih dahulu.

.

Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Apa beza duit hantaran dan mas kahwin?

.

.

Wang Hantaran

.

Hantaran Kahwin

.

Ia merupakan hadiah dalam bentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan.

.

Jumlahnya agak tinggi kerana ia bakal digunakan oleh keluarga perempuan untuk menguruskan segala kos majlis pihak perempuan.

.

Ia hanyalah adat dan tidak wajib.

.

.

Mas Kahwin

.

Hantaran Kahwin

.

Ia juga turut dikenali sebagai mahar dan merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

.

Mas kahwin telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya adalah mengikut negeri.

.

Ia merupakan hak isteri dan tidak boleh diambil oleh ibubapa atau suami tanpa kebenaran isteri.

.

.

Apa itu mas kahwin dan hantaran?

.

Hantaran Kahwin

.

Mas kahwin seperti yang telah dinyatakan tadi merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

.

Hantaran pula boleh difahami dalam beberapa maksud berbeza seperti wang hantaran dan hantaran dulang.

.

Hantaran dulang juga dikenali sebagai barang hantaran yang merupakan hadiah kepada satu sama lain.

.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda contoh hantaran kahwin dan senarai hantaran kahwin.

.

Jom baca!

.

Baca Juga : Mas Kahwin – Ini Harga Mahar Mengikut Negeri & Hikmahnya Kepada Anda

.

.

Hantaran Kahwin Lelaki

.

.

Bagi idea hantaran kahwin lelaki, anda dan pasangan anda boleh berpakat samada untuk beli barang masing-masing sendiri atau pasangan anda akan belikan sesuatu sebagai kejutan.

.

Soalan yang biasanya ditanya berkaitan hantaran kahwin lelaki adalah,

.

“Hantaran kahwin lelaki berapa dulang?”

.

Soalan ini biasanya akan jadi mengelirukan kerana ia berkemungkinan membawa dua maksud yang berbeza:

  • Hantaran untuk lelaki
  • Hantaran daripada wanita kepada lelaki

.

Untuk kedua-dua perkara diatas, ia biasanya akan lebih dua dulang daripada hantaran perempuan.

.

Hantaran pula biasanya dalam angka ganjil seperti 5 dibalas 7, 7 dibalas 9 dan seumpamanya.

.

Untuk idea hantaran lelaki, anda boleh lihat senarai kami dibawah.

.

.

40. Baju Melayu

.

.

Baju Melayu sangat sesuai dijadikan hantaran tak kira jenis mana satu yang anda pilih samada teluk belanga or cekak musang.

.

Untuk menjadikannya lebih menarik, cari kotak hiasan yang eksklusif.

.

Anda boleh sekalikan dengan samping.

.

.

39. Jam Tangan

.

.

Untuk menjadikan ia lebih menarik dan menguntungkan kedua-dua pasangan, anda boleh berikan set couple.

.

Jangan risau sebab terlalu banyak jenama dipasaran sekarang ini yang menyediakan jam tangan set couple.

.

Pilihan pasti ada cuma anda perlu cari yang sesuai dengan anda dan pasangan.

.

.

37. Kasut

.

.

Jika anda memilih kasut sebagai hantaran, pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan pasangan anda berkenaan kasut kegemaran dan saiznya.

.

Contoh kasut yang biasa dijadikan hantaran adalah:

  • Kasut sukan
  • Sneakers
  • Kasut kulit

.

Anda boleh sekalikan dengan kotak kasut untuk menjadikannya lebih menarik.

.

36. Minyak Wangi

.

.

Gubahan minyak wangi merupakan diantara gubahan yang paling mudah.

.

Oleh sebab itu, ia telah menjadi diantara hantaran yang paling popular.

.

Apa yang menjadikannya unik adalah set minyak wangi itu sendiri dari segi rekaan botol, kotak dan jenamanya.

.

.

35. Kemeja atau Seluar

.

.

Hantaran jenis ini sesuai jika pengantin lelaki merupakan seorang pekerja pejabat.

.

Bolehlah dia menggayakan pakaian ini untuk berkerja.

.

Gubahan hantaran ini juga sangat mudah kerana anda cuma perlu melipatnya dengan kemas dan serikan dengan beberapa hiasan lain seperti reben.

.

.

34. Dompet

.

.

Dompet juga sangat sesuai untuk dijadikan hantaran buat lelaki.

.

Ia merupakan antara barang harian yang akan kerap digunakan oleh lelaki.

.

Jadi, idea hantaran ini merupakan diantara idea yang paling sesuai.

.

.

32. Cincin

.

.

Cincin seperti cincin batu delima, zamrud dan beberapa jenis lagi merupakan diantara aksesori terkini lelaki.

.

Jadi, apa kata kalau anda jadikan ia sebagai hantaran?

.

Walaupun saiznya adalah kecil, ia merupakan diantara barang yang sangat berharga.

.

.

31. Kain Pelikat

.

.

Kain pelikat merupakan diantara pakaian utama buat lelaki terutamanya sewaktu mereka ke surau atau masjid.

.

Menarik juga kalau anda boleh jadikan ia sebagai hantaran dan dipakai olehnya untuk ke masjid.

.

Sekurang-kurangnya sewaktu solat jumaat kalau dia bukan ahli masjid sekalipun.

.

.

29. Al-quran atau Tafsir

.

.

Hantaran al-Quran merupakan diantara hantaran yang paling popular.

.

Hal ini kerana kebanyakan pengantin akan menggunakan al-Quran yang dihadiahkan sebagai al-Quran peribadi mereka sepanjang hidup.

.

.

Hantaran Kahwin Perempuan

.

Hantaran Kahwin

.

Hantaran kahwin perempuan akan diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.

.

Biasanya ia adalah dua kurang daripada hantaran lelaki dan dalam jumlah yang ganjil.

.

Antara idea hantaran kahwin perempuan yang anda boleh berikan adalah:

.

28. Barang Kemas

.

Hantaran Kahwin

.

Barang kemas sentiasa menjadi idaman wanita.

.

Bukan sahaja ia mempunyai nilai yang tinggi, ia juga mempunyai kilauan dan rupa yang sangat menarik.

.

Confirm pengantin perempuan akan gembira!

.

.

27. Beg Tangan

.

Hantaran Kahwin

.

Beg tangan merupakan diantara aksesori wajib wanita tanpa mengira usia dan keadaan.

.

Apa kata anda cari satu beg tangan yang boleh digunakan hampir dalam kesemua situasi.

.

Pastikan rekaannya cantik dan kemas sesuai dengan taste pengantin perempuan.

.

.

26. Duit/Mas Kahwin

.

Hantaran Kahwin

.

Mas kahwin juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran.

.

Anda boleh mengupah sesiapa yang mahir untuk digubah wang tersebut menjadi bunga atau rekaan lain yang menarik.

.

Kalau anda malas nak susahkan diri dan lebh gemarkan perkara simple anda boleh letakkan ia didalam bingkai gambar.

.

.

25. Cek

.

Hantaran Kahwin

.

Cek juga biasa dijadikan sebagai hantaran oleh kebanyakan pasangan.

.

Anda boleh letakkan ia didalam bingkai kayu, acrylic atau kaca.

.

Ia sangat sesuai jika pengantin perempuan seorang yang sangat sentimental kerana ia boleh disimpan selamanya.

.

.

24. Kain Pasang

.

Hantaran Kahwin

.

Kain pasang pastinya sangat suka jika mendapat kain pasang.

.

Sebabnya mereka boleh buat kain pasang ini menjadi:

  • Baju kurung
  • Kebaya
  • Kurung Kedah

.

Anda boleh hadiahkan kain pasang bercorak atau plain.

.

.

23. Kasut

.

.

Antara idea hantaran paling mudah yang anda boleh fikirkan.

.

Tapi, sebelum anda memilih kasut untuk dijadikan hantaran kahwin, pastikan anda tahu terlebih dahulu saiz dan warna kesukaannya.

.

.

22. Alat Solek

.

Hantaran Kahwin

.

Wanita mana yang tak seronok kalau diberikan hantaran alat solek.

.

Sekarang ini ada banyak sangat set alat solek yang menarik siap dengan kotak eksklusif.

.

.

21. Minyak Wangi

.

.

Set minyak wangi merupakan diantara hantaran kahwin wajib bagi kebanyakan pasangan.

.

Anda boleh pilih set yang datang bersama-sama dengan kotak eksklusif.

.

Mudah untuk anda kerana tidak perlu fikirkan idea gubahan berlebihan.

.

.

20. Sirih Junjung

.

Hantaran Kahwin

.

Hantaran kahwin sirih junjung merupakan adat yang biasanya dilakukan oleh masyarakat Melayu.

.

Anda boleh dapatkan berbagai idea untuk gubahan hantaran kahwin ini.

.

.

Hantaran Kahwin Makanan

.

Hantaran Kahwin

.

Untuk makanan, ada banyak jenis makanan yang anda boleh jadikan sebagai hantaran kahwin.

.

Biasanya ia akan disediakan bersama-sama dengan kotak yang menarik.

.

.

19. Kek

.

.

Apa yang lebih mudah selain daripada kek sebagai hantaran kahwin?

.

Ada banyak pilihan kek dan anda boleh request kek daripada kedai kek pilihan anda sesuai dengan tema majlis anda.

.

.

18. Coklat

.

Hantaran Kahwin

.

Satu lagi hantaran kahwin yang sangat popular adalah coklat.

.

Anda boleh pilih kombinasi beberapa jenis coklat berjenama dan fikir idea kreatif sebagai gubahan.

.

Pastikan coklat tersebut sedap juga ya!

.

.

17. Makanan Sunnah

.

Hantaran Kahwin

.

Makanan sunnah ada banyak pilihan dan semakin mudah untuk didapati sekarang ini.

.

Ia juga mempunyai 1001 khasiat.

.

Antara makanan sunnah yang anda boleh berikan adalah:

  • Madu
  • Kurma
  • Minyak zaitun
  • Buah tin

.

.

16. Ferrero Rocher

.

Hantaran Kahwin

.

Coklat ini selalu menjadi pilihan untuk hantaran kahwin kerana rekaan dan bungkusannya yang tersendiri.

.

Bungkusannya yang berwarna bulat dan keemasan memudahkan urusan anda untuk menggubahnya.

.

.

15. Buah-buahan

.

Hantaran Kahwin

.

Buah-buahan boleh dijadikan hantaran kahwin dengan diletakkan didalam bekas seperti bakul.

.

Antara idea buah-buahan:

  • Anggur
  • Oren
  • Epal

.

14. Pulut Kuning

.

.

Warnanya pun dah menjadikan ia kelihatan lebih istimewa.

.

Hiasan dan gubahannya bergantung kepada kreativiti masing-masing samada dihias bersama dengan telur rebus atau sayur-sayuran.

.

Anda juga boleh membentuk pulut tersebut menjadi bentuk hati atau bunga.

.

.

13. Gula-gula

.

Hantaran Kahwin

.

Ia merupakan diantara hantaran kahwin yang paling mudah untuk anda gubah.

.

Selain itu, bajetnya juga jauh lebih rendah berbanding barang lain.

.

Walaupun begitu, ia sedikitpun tidak akan mencacatkan gubahan dan set hantaran kahwin anda.

.

.

12. Teh

.

.

Ada banyak pilihan teh berjenama yang mempunyai aroma dan rasa yang sangat lazat.

.

Kebanyakan bekas dan set teh tersebut mempunyai rekaan yang eksklusif.

.

.

.

11. Macarons

.

.

Warna macarons yang pelbagai pastinya akan menaikkan lagi seri gubahan hantaran kahwin anda.

.

Bukan sahaja ia menarik dari segi rupa, rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan.

.

.

Hantaran Islamik

.

.

Hantaran Islamik merupakan jenis hantaran yang lebih digalakkan kerana ia lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian pasangan pengantin.

.

Apa perasaan anda jika dihadiahkan dan menggunakan al-Quran atau sejadah yang dihadiahkan oleh pasangan anda?

.

Selain itu, ada beberapa lagi jenis hantaran islamik yang anda boleh berikan sebagai hantaran kahwin.

.

.

10. Sejadah

.

Hantaran Kahwin

.

Sejadah merupakan diantara idea hantaran kahwin yang paling menarik dan sangat sesuai untuk diberikan kepada pasangan anda.

.

Anda cuma perlu melipat ia dengan kemas dan letakkan sedikit hiasan untuk menjadikannya kelihatan lebih istimewa.

.

.

9. Tasbih

.

Hantaran Kahwin

.

Ada dua jenis tasbih yang anda boleh jadikan sebagai hantaran.

.

Satu, tasbih biasa dalam bentuk butiran dalam jumlah tertentu.

.

Dua, tasbih digital yang boleh dan mudah untuk digunakan pada bila-bila masa.

.

.

Hantaran Simple

.

8. Pallet

.

.

Dulang daripada kayu pallet sangat cantik jika dijadikan hantaran kerana buatannya lebih kemas.

.

Anda tidak perlu meletakkan aksesori yang berlebihan pada dulang tersebut.

.

Cukup dengan sedikit sentuhan bunga, rumput tiruan atau reben.

.

.

7. Dalam Kotak

.

Hantaran Kahwin

.

Hantaran kahwin jenis ini biasanya untuk menimbulkan unsur misteri atau surprise.

.

Selain daripada kotak, anda juga boleh gunakan atau membalutnya dengan kain batik, satin dan lain-lain.

.

.

6. Tuala

.

Hantaran Kahwin

.

Tak pelik kalau sekarang ini anda menjadikan tuala sebagai hantaran kahwin.

.

Ia lebih mudah untuk digubah dan ia juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

.

.

5. Gajet

.

.

Ada banyak jenis gajet yang anda boleh jadikan sebagai hantaran buat pasangan anda.

.

Pilih satu gajet yang sesuai dengan minat dan boleh digunakan oleh pasangan anda.

.

Apa guna jika anda habiskan wang terlalu banyak untuk gajet yang tidak akan digunanya.

.

.

4. Set Cawan

.

.

Terpulang pada anda samada anda inginkan set cawan tetamu atau set cawan couple untuk anda dan pasangan.

.

Kedua-duanya boleh digunakan secara kerap dalam kehidupan seharian.

.

Jadi, ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran kahwin.

.

.

3. Set Mandian

.

Hantaran Kahwin

.

Salah satu daripada hantaran kahwin yang anda boleh berikan kepada pasangan anda adalah set mandian.

.

Tak susah pun untuk anda dapatkan set mandian ini.

.

Hal ini kerana biasanya memang dah ada set mandian siap di kedai.

.

.

2. Barang Dapur

.

Hantaran Kahwin

.

Barang dapur merupakan diantara idea hantaran kahwin yang sesuai.

.

Ada banyak set barang dapur seperti set cookware jenis non-stick atau granite.

.

Dengan cara ini, anda boleh buatkan pengantin wanita lebih bersemangat untuk ke dapur.

.

.

1. Tiket Honeymoon

.

.

Idea hantaran ini boleh jadi diantara idea hantaran kahwin yang paling unik yang anda boleh berikan kepada pasangan anda.

.

Bayangkan betapa excited pengantin nanti apabila melihat tiket tersebut dan tak sabar menanti untuk berbulan madu bersama.

.

Baca Juga : Borang Nikah – Ini Cara Mohon & Isi Borang Nikah Online Mengikut Negeri

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan 40 idea hantaran kahwin untuk anda.

.

Diharapkan perkongsian kami kali ini mampu memudahkan urusan anda yang tak lama lagi akan melangkah ke alam rumahtangga.

.

Kami doakan semoga semuanya dipermudahkan, dan hubungan anda dan pasangan berkekalan sehingga ke Jannah.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.