Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🀫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Categories: Perkahwinan

Mas Kahwin – Ini Harga Mahar Mengikut Negeri & Hikmahnya Kepada Anda

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib daripada seorang suami kepada seorang isteri.

.

Ia merupakan satu kewajipan dan diberikan oleh suami sebelum pernikahan berlangsung.

.

.

.

Apa Itu Mas Kahwin?

.

.

Mahar merupakan sebuah perkataan daripada bahasa Arab.

.

Didalam al-Quran sendiri ada disebut mahar sebanyak beberapa kali.

.

Namun, sebutannya ada beberapa jenis dalam al-Quran seperti:

  • Al-sadaq
  • Al-saduqah
  • Al-nihlah
  • Al-ajr
  • Al-faridah
  • Al-’aqd

.

Dari istilah syarak pula, mahar membawa maksud satu pemberian wajib yang diberi oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

.

Didalam sebuah hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim, ia menegaskan kepentingan mahar seperti berikut,

.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: β€œMana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”

.

.

Apa Beza Mahar dan Mas Kahwin?

.

.

Seperti apa yang telah kami terangkan tadi, tiada beza diantara mahar dan mas kahwin.

.

Hal ini kerana ia merupakan perkara yang sama namun penggunaan istilah yang berbeza.

.

So, lepasni jangan confuse dah diantara mahar dan mas kahwin okay?

.

.

Mas Kahwin Hak Siapa?

.

.

Ia merupakan hak mutlak isteri dan turut menjadi satu tanda perakuan kasih dan tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.

.

Jika suami ingin menggunakan duit mahar isteri, isteri boleh membenarkannya.

.

Namun, suami wajib untuk menggantikannya semula.

.

.

Duit Mas Kahwin Boleh Digunakan Untuk Apa?

.

.

Mahar adalah hak milik mutlak isteri.

.

Suami atau ahli keluarga tiada hak terhadap mahar ini.

.

Ia boleh jadi dalam bentuk wang atau sebarang bentuk barang lain yang bermanfaat seperti:

  • Emas
  • al-Quran

.

Baca Juga : Rukun Nikah – Ini 5 Senarainya. Anda Perlu Tahu & Faham Sebelum Kahwin

.

.

Apa Beza Duit Hantaran Dengan Mas Kahwin?

.

.

Duit hantaran merupakan sejumlah wang yang diberikan oleh lelaki kepada pihak perempuan.

.

Biasanya jumlah yang diberikan agak besar dan jumlah ini bergantung kepada hasil perbincangan diantara kedua-dua belah keluarga.

.

Daripada jumlah ini jugalah segala kos atau sebahagian kos majlis pihak perempuan, duit hantaran tersebut akan digunakan.

.

Duit hantaran hanyalah adat semata-mata dan tidak menjadi kewajipan pihak lelaki kepada pihak perempuan.

.

Mahar pula merupakan tuntutan syarak yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri.

.

Mahar yang disebut tunai sewaktu lafaz ijab qabul perlu diberikan sebelum pernikahan berlangsung.

.

.

Suami wajib membayarnya sebelum melakukan hubungan seksual dengan isteri.

.

Jadi, apa yang boleh disimpulkan disini adalah isteri mempunyai hak untuk menolak ajakan suami selagi mana suami belum menyelesaikan atau membayar mahar.

.

Jika mahar disebut hutang sewaktu lafaz ijab qabul dan isteri telah meninggal dunia sebelum sempat mahar tersebut dibayar, maka ia akan menjadi harta pusaka yang perlu diwariskan.

.

Baca Juga : Kursus Kahwin mengikut Negeri – Ini Cara Daftar, Lokasi, Persediaan & Harganya

.

.

Berapa Mas Kahwin Negeri?

.

.

Kebiasaannya hampir setiap negeri telah menetapkan berapa jumlah mahar yang harus dibayar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.

.

Anda perlu melihat mas kahwin mengikut negeri kerana kebanyakan negeri mempunyai nilai mahar yang berbeza.

.

Disini kami akan kongsikan dengan anda nilai mahar yang perlu dibayar kepada pengantin perempuan mengikut negeri.

.

Bakal suami perlu berikan perhatian akan perkara ini.

.

.

1. Mas Kahwin Johor

.

.

Mahar bagi negeri Johor untuk anak dara adalah RM22.50.

.

Bagi mahar janda pula, sama nilainya iaitu RM22.50.

.

Ia merupakan diantara nilai termurah yang dikenakan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.

.

.

2. Mas Kahwin Melaka

.

.

Bagi janda, maharnya adalah RM100 untuk janda.

.

Begitu juga halnya untuk anak dara.

.

Maharnya adalah sama iaitu RM100 juga.

.

.

3. Mahar Negeri Sembilan

.

.

Bagi Negeri Sembilan pula, ia ada perbezaan diantara mahar anak dara dan juga janda.

.

Mahar bagi janda adalah RM12 dan bagi anak dara pula adalah RM24.

.

.

4. Mas Kahwin Negeri Selangor

.

.

Negeri Selangor merupakan diantara negeri yang mengenakan mahar yang paling tinggi.

.

Bagi janda dan anak dara, nilai maharnya adalah RM300.

.

Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2020) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding

.

.

5. Mas Kahwin KL

.

.

Bagi Kuala Lumpur pula, ia mengenakan mahar sebanyak RM40 untuk janda.

.

Manakala bagi anak dara pula, maharnya adalah RM80.

.

.

6. Mahar Perak

.

.

Negeri Perak pula mengenakan mahar diantara yang tertinggi di Malaysia.

.

Bagi janda, mahar yang dikenakan adalah RM101.

.

Bagi anak dara pula, ia adalah sebanyak RM101 juga.

.

.

7. Mahar Pulau Pinang

.

.

Negeri Pulau Pinang turut mengenakan mahar diantara yang terendah di Malaysia.

.

Nilainya adalah sama untuk janda dan anak dara iaitu RM24.

.

.

8. Mas Kahwin Kedah

.

.

Uniknya negeri Kedah adalah, ia tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin.

.

Jadi, ia bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.

.

.

9. Mas Kahwin Perlis

.

.

Sama seperti Kedah, tiada ketetapan dikenakan untuk nilai maharnya.

.

Jadi, perlu berbincang untuk menetapkan berapa maharnya.

.

.

10. Mas Kahwin Terengganu

.

.

Sebuah lagi negeri yang tidak menetapkan berapa jumlah mahar.

.

Jadi, anda perlu berbincang dengan pasangan serta keluarganya berkenaan berapa nilai mahar.

.

.

11. Mas Kahwin Kelantan

.

.

Kelantan juga sama dimana negeri ini tidak meletakkan berapa nilai mas kahwin yang harus diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.

.

.

12. Mas Kahwin Sabah

.

.

Bagi negeri Sabah, nilai mahar untuk janda adalah RM80.

.

Begitu juga nilainya untuk anak dara RM80.

.

.

13. Mahar Sarawak

.

.

Sarawak mempunyai nilai mahar yang agak tinggi.

.

Bagi kedua-dua janda dan anak dara, nilainya adalah RM120.

.

.

14. Mahar Labuan

.

.

Bagi Labuan pula, nilai maharnya adalah sama untuk janda dan anak dara iaitu RM80.

.

.

Bagi negeri yang tiada ketetapan mahar, anda perlu menggunakan dua kaedah untuk menentukan mahar ini.

.

Kaedah pertama adalah dengan menggunakan kaedah mahar mithil.

.

Kaedah ini adalah dengan mengambil kira atau berpandukan nilai mahar yang diberikan kepada adik beradik atau ahli keluarga terdekat.

.

Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan kaedah mahar musamma.

.

Ia merupakan kaedah penentuan mahar berdasarkan persetujuan diantara kedua-dua belah keluarga.

.

.

Mahar dan juga wang hantaran boleh ditentukan sewaktu majlis meminang.

.

Pada ketika itu jugalah anda dan pasangan boleh tentukan:

  • Tarikh majlis
  • Wang hantaran
  • Mahar
  • Hantaran
  • Perkara-perkara lain

.

Segala persetujuan ini kemudiannya haruslah disepakati.

.

Sebarang perkara yang telah dipersetujui haruslah ditepati.

.

Jika ada perkara yang menimbulkan keraguan atau anda kurang senangi, cuba berbincang dan cari jalan penyelesaian terbaik.

.

Elakkan daripada mengata belakang dan memburukkan keluarga satu sama lain.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan mas kahwin atau mahar.

.

Diharapkan perkongsian kali ini memberikan anda gambaran yang lebih jelas berkenaan mahar dan memudahkan anda untuk menentukan mahar bersama pasangan anda.

.

Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!

Recent Posts

Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak peka tentang kesihatan mereka. . Frasa 'makanan kesihatan…

4 days ago

Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi yang dijual dipasaran, . Penyakit ini dikenali sebagai 'Silent…

4 days ago

Nafsu Seks – Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya.

Nafsu seks anda kejap naik kejap turun? . Isteri pun sama, kejap nak kejap tak…

2 weeks ago

Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik

Anda mencari khidmat kaunseling rumah tangga yang terbaik? . Tak tahu nak pilih yang mana…

2 weeks ago

Gambir Sarawak – Dari Segi Prestasi Seks & Kesihatan, Berkesan Ke?

Kebelakangan ni banyak pula iklan gambir Sarawak yang lalu dekat timeline FB ni. . "Tak…

3 weeks ago

Niat Mandi Wajib, hingga ke Cara Mandi Wajib yang Betul (Lengkap, Step by Step)

Anda tahu cara mandi wajib yang betul? . Ramai sebenarnya yang belum faham tentang amalan…

1 month ago