Hantaran tunang tak beli lagi?

 

Majlis pertunangan dah nak berlangsung dah ni

.

Tepat pada masanya.

.

Sebab harini kami nak kongsikan 33 idea hantaran tunang untuk anda yang ingin melangsungkan pertunangan pada masa terdekat ni.

.

hantaran tunang & majlis pertunangan

.

Jadi apa yang anda tunggu lagi?

.

Jom baca

.

Munkin ada dalam senarai hantaran tunang yang akan dikongsikan tidak pernah anda terfikir untuk dijadikan hadiahkan kepada tunang anda!

.

Baca Juga: Borang Nikah – Ini Cara Mohon & Isi Borang Nikah Online Mengikut Negeri

.

Hantaran pertunangan

.

Dalam ada masyarakat melayu, hantaran adalah hadiah yang diberikan oleh pihak lelaki dan wanita kepada bakal pasangan mereka semasa majlis pertunangan atau pun perkahwinan.

.

Adat berbalas hantaran tunang ini dianggap sebagai simbolik bagi mengukuhkan lagi hubungan yang sedang terjalin antara pasangan yang bertunang.

.

Berapa dulang hantaran tunang?

.

.

Kebiasaannya hantaran tunang diberi dalam nombor ganjil.

.

Contohnya jika pihak lelaki memberikan 5 dulang hantaran, pihak perempuan pula harus membalas dengan 7 dulang.

.

Contoh lain seperti 7-9, 9-11, tapi selalunya majlis tunang hanya 5-7 digunakan.

.

.

Selalunya barang hantaran ini akan digubah dengan penuh kreativiti dan cantik.

.

Hukum hantaran tunang adalah HARUS namun pemberian tersebut mestilah dengan penuh rasa ikhlas dan memohon keredhaan Allah.

.

1.  Cincin Tunang

.

Cincin Tunang

.

Orang kata tak sah kalau bertunang tak ada cincin tunang.

.

Cincin tunang wajib ada khusus kepada para lelaki.

.

Ianya sebagai simbolik untuk ke langkah yang seterusnya dan untuk kukuhkan lagi ikatan pertunangan tersebut.

.

Selalunya orang bertunang akan bawa cincin belah rotan sebagai hantaran tunang mereka,

.

Kalau tak ada tak apa, apa-apa design pun boleh asalkan simple.

.

2.  Sirih Junjung

.

Sirih Junjung

.

Sirih junjung merupakan adat orang melayu dari zaman dulu lagi.

.

Selalunya sirih junjung dibawa di majlis pertunangan juga perkahwinan, dua-dua boleh.

.

Macam-macam trend sekarang ni, gubahan sirih junjung pun dah boleh tempah.

.

Nak DIY sendiri? Lagi jimat.

.

Daun sirih pula boleh dapat dekat pasar, online pun ada sekarang ni, tak perlu lagi nak susah-susah masuk hutan dah.

.

Gubah sikit-sikit dah jadi hantaran tunang yang simple.

.

Hihihi

.

3.  Tepak Sirih

.

Tepak sirih

.

Yang ini pun sama.

.

Tepak sirih merupakan adat orang melayu sebagai perhiasan untuk istiadat dan upacara rasmi, yang ini penting kena ada.

.

Anda boleh juga pilih sama ada nak bawak sirih junjung atau tepak sirih sebab harga untuk tepak sirih boleh cecah ratusan ringgit juga.

.

Kalau nak berjimat asalkan majlis anda ada daun sirih dah memadai.

.

4.  Pulut kuning

.

Pulut Kuning

.

Pulut kuning adalah simbol tradisi hidangan orang melayu yang banyak disediakan di acara-acara seperti meminang, cukur jambul, dan khatam quran.

.

Kebiasaannya dihidangkan dengan rendang atau gulai.

.

Zaman sekarang ni dah moden, macam-macam bentuk orang sekarang buat, ada yang sampai jadi kek pulut kuning pun ada.

.

Hantaran tunang yang ini pun boleh ‘DIY’ sendiri.

.

5.  Kain Songket

.

Kain Songket

.

Kain songket kebiasaannya diberi sebagai hadiah kepada pasangan lelaki atau perempuan dalam bentuk baju yang sudah disiap.

.

Ada juga sekadar kain yang belum dijahit (kain pasang) harga pula bergantung pada kualiti.

.

Kalau anda memilih kain songket sebagai hantaran, anda boleh cuba cari kain songket Sarawak atau Terengganu.

.

.

6.  Baju kurung/kebaya

.

Kurung kebaya

.

Baju kurung atau baju kebaya adalah pakaian tradisional wanita.

.

Fesyen untuk kaum wanita mempunyai macam-macam rekaan ada baju kurung kedah, baju kurung pahang, baju kurung moden dan macam-macam lagi.

.

Anda boleh pilih sama ada nak buat hantaran tunang anda berupa baju kurung yang macam mana supaya si dia kelihatan anggun dan cantik.

.

Anda boleh cuba lipatan yang kemas dan menampakkan jelas ciri-ciri baju kurung supaya lebih berseri majlis pertunangan anda.

.

7.  Tudung/Hijab

.

Tudung Hijab

.

Bagi wanita muslimah, pemberian tudung/hijab merupakan hadiah yang mereka gemari.

.

Tak perlu banyak-banyak, cukup lah sehelai jenama tudung eksklusif yang mereka inginkan.

.

Mesti si dia ‘excited’ nak pakai tudung baru yang anda beri sebagai hantaran.

.

Untuk gubahan pula tak perlu yang susah, simple dan kemas sahaja cukup.

.

Kalau ada dua tiga helai atau lebih lagi bagus.

.

8.  Beg Tangan

.

Beg tangan

.

Beg tangan penting bagi wanita.

.

Dalam beg ini lah kaum wanita menyimpan pelbagai barangan peribadi mereka seperti alat solek, dompet, telefon bimbit, dan banyak lagi.

.

Ini adalah antara aksesori yang wajib ada jika anda mencari barangan untuk dijadikan sebagai hantaran tunang kepada kaum wanita.

.

Jangan lupa letak hiasan seperti reben dan bunga supaya tampak lebih cantik.

.

9.  Telekung

.

Telekung`

.

Gubahan telekung yang dilipat kemas dan cantik sudah cukup untuk dibuat sebagai hantaran selain dapat menambah koleksi pakaian sembahyang yang digemari.

.

Anda boleh dapatkan mana-mana jenama telekung yang premium, selesa dan yang boleh menarik hati pasangan anda seperti jenama telekung Siti Khadijah yang merupakan jenama terkenal dan diketahui mempunyai fabrik yang berkualiti tinggi.

.

10. Sejadah

.

hantaran tunang sejadah

.

Ya, ini cliche.

.

Sejadah juga biasa dijadikan sebagai hantaran tunang mahupun hantaran perkahwinan.

.

Selain telekung sejadah juga bagus untuk dijadikan sebagai hadiah.

.

Dengan gubahan sedikit hiasan bunga yang dikemas rapi dan tambahan dengan tasbih digital yang ada sekarang ini, pasti cukup untuk menyerikan majlis pertunangan anda.

.

Hadiah sebegini juga dapat digunakan setiap hari dan murah.

.

11. Senaskah Al Quran

.Al Quran

.

Pemberian Al Quran sebagai hadiah amatlah digalakkan dalam islam.

.

Perkara sebegini biasa dilakukan oleh mereka-mereka yang melansungkan majlis bertunang mahupun persandingan.

.

Ini kerana setiap pasangan yang berhasrat untuk bernikah harus lah memulakan dengan langkah-langkah yang mendatangkan keberkatan.

.

Anda boleh memilih Al Quran yang disertakan terjemahan, atau Quran ‘Tagging’ yang banyak dijual di media sosial sekarang ini.

.

Gubah sahaja dengan gubahan yang minimalist dan digandingkan bersama rehal ukiran kayu premium.

.

12.  Set Baju Melayu

.

baju melayu sebagai hantaran tunang

.

Baju melayu selalu digayakan di musim perayaan, di majlis-majlis ilmu, dan juga untuk menunaikan solat jumaat di masjid.

.

Pemakaian baju melayu disertakan dengan  songkok dan samping.

.

Zaman sekarang, untuk wanita, anda boleh dapatkan set baju melayu slim fit dan sampin tenun songket sebagai hantara pertunangan supaya pasangan anda tampak lebih bergaya dan macho!

.

13.  Baju Kemeja

.

Kemeja

.

Baju kemeja adalah baju yang sering dipakai oleh lelaki ketika pergi ke pejabat dan majlis-majlis rasmi.

.

Gubahan baju kemeja yang dilipat rapi dan kemas dapat menyerikan lagi majlis anda.

.

Gubahan ini boleh disertakan dengan tali leher dan seluar slack untuk dipadankan bersama baju kemeja.

.

14.  Kasut

.

Kasut lelaki

.

Untuk anda yang perempuan, hantaran tunang berupa sepasang kasut kepada pasangan lelaki sangat disyorkan.

.

Kasut kulit sangat sesuai kerana mudah untuk digayakan sama ada bersama baju kemeja atau baju melayu set yang anda berikan kepada si lelaki.

.

Anda boleh gubah kasut hantaran tersebut mengikut cita rasa anda asalkan kasut tersebut tidak tenggelam dengan hiasan yang ada.

.

Untuk lelaki, kesut tumit tinggi adalah kemestian untuk dijadikan hadiah kepada pasangan anda.

.

hantaran kasut tumit majlis tunang

.

Cita rasa wanita ni tak sama macam lelaki, lagi bagus kalau pihak perempuan sendiri yang memilih kasut tersebut.

.

Untuk gubahan pula senang sahaja, anda hanya perlu gubah sedikit sahaja sebab kasut tumi tinggi wanita sudah cukup menarik perhatian.

.

15. Kain Pelikat

.

Kain pelekat

.

Kain pelikat masih digunakan sebagai hantaran sehingga ke hari ini dan merupakan adat pemakaian masyarakat melayu khususnya untuk kaum lelaki.

.

Untuk gubahan anda boleh lipat menjadi bentuk kipas atau bentuk-bentuk yang disukai.

.

Ada juga yang mengubah menjadi bentuk tengkolok dan diletakkan di atas dulang hantaran, tambah bunga sikit untuk menambah seri dulang hantaran tunang anda tersebut.

.

16. Wallet dan Tali Pinggang

.

Wallet tali pinggang

.

Kalau anda pilih dompet sebagai hantaran untuk pihak lelaki, ianya hendaklah menepati citarasa lelaki.

.

Sebab ada lelaki kadang-kadang suka dompet yang kecil, ada yang suka dompet yang panjang, pilih betul-betul ya.

.

Tali pinggang tak juga pentingnya.

.

Alang-alang nak bagi produk berasaskan kulit, anda hadiahkan sekali tali pinggang, boleh si lelaki gayakan ketika hendak pergi ke tempat kerja.

.

Pasti si dia akan teringatkan anda setiap kali ingin bersiap untuk keluar dan ketika membeli barang di kedai.

.

Baca Juga: Malam Pertama – Pengalaman Penulis & Tips Seks Supaya Tak Kekok

.

17.  Tuala

.Tuala

.

Jangan tak tahu, tuala pun boleh dijadikan sebagai hantaran tunang tau.

.

Gunakan teknik lipatan yang menarik dan cantik untuk menyerlahkan lagi dulang hantaran anda itu, nak gulung boleh nak buat bentuk itik swan pun okey.

.

Hantaran tuala juga boleh menjimatkan wang dan boleh menjadi salah satu barang kegunaan keperluan harian.

.

18.  Set Penjagaan Kulit

.

Set penjagaan kulit

.

Jangan lupa set penjagaan kulit.

.

Ini penting untuk pastikan pasangan anda kekal flawless dan nampak lebih segar sentiasa.

.

Jangan lupa tanya jenama apa dan jenis macam mana yang pihak perempuan mahukan, sebab tak semua orang sesuai untuk pakai produk kulit yang sama.

.

Lain kulit lain kehendak dia.

.

Anda boleh cuba hiasan simple yang boleh menyerlahkan karakter hadiah hantaran tunang tersebut.

.

.

Lelaki pun kena ada juga.

.

Kebiasaannya lelaki tak banyak kerenah, ambil sahaja produk kecantikan yang khas untuk lelaki seperti Nivea Men, Garnier Men, Badlab dan sebagainya.

.

Jangan lupa hiaskan sekali bersama tuala muka.

.

19. Set Alat Solek

.

Set alat solek

.

Yang lelaki kena ingat, ini lah antara hantaran yang paling penting yang mesti kena ada.

.

Tak kisah hantaran tunang atau hantaran perkahwinan, wajib ada yang ini

.

Alang-alang dah nak mendirikan rumahtangga ni boleh lah anda belajar serba-sedikit mengenai alatan solek, apa yang perlu ada apa yang tidak.

.

Jangan anda bagi blusher dan foundation sahaja tapi blender dan brush anda lupa, ini alatan penting untuk bersolek!

.

20. Set Mandian

.

Set mandian

.

Set mandian boleh dihadiahkan kepada sebelah lelaki dan juga wanita.

.

Para wanita amat mementingkan kebersihan, kecantikan dan keharuman.

.

Jadi tindakan anda untuk menjadikan set mandian sebagai hantaran adalah pilihan yang bijak.

.

Set mandian lelaki

.

Pelbagai jenama yang menyediakan set mandian seperti The Body Shop, Sephia Argan, Cherry Blossom, dan lain-lain.

.

Untuk gubahan anda boleh juga gandingkan bersama tuala badan sebagai pelengkap dulang hantaran.

.

21. Set Barang Perhiasan

.

barang perhiasan

.

Selain barang kemas seperti cincin anda boleh juga sediakan barang perhiasan lain seperti subang, jarum peniti, gelang, kerongsang dan rantai sebagai hantaran tunang untuk pihak perempuan.

.

Tak lah si wanita nampak kosong sahaja ketika berada di khalayak ramai nanti.

.

barang perhiasan 2

.

Aksesori yang khas untuk wanita ini dapat membuatkan si dia berasa lebih yakin ketika memakainya lagi-lagi kalau anda si lelaki yang menghadiahkannya.

.

22. Bunga rampai atau potpourri

.

Bunga rampai

.

Ini lagi satu tradisi yang sangat sinonim dengan adat masyarakat kita.

.

Bunga rampai tak sah kalau tak ada dalam majlis-majlis penting seperti pertunangan, majlis perkahwinan dan cukur jambul.

.

potpourri

.

Anda boleh membuat keputusan sama ada nak memilih bunga rampai atau potpourri sebagai pengharum majlis pertunangan anda.

.

Gubahan Bunga Rampai

.

Untuk gubahan anda boleh biarkan bunga rampai anda terbuka diatas dulang hantaran ataupun anda boleh DIY sendiri dan masukkan kedalam bungkusan jaring.

.

Kos pun rendah mudah kalau nak buat sendiri.

.

23. Minyak wangi/perfume

.

minyak wangi perfume

.

Untuk minyak wangi tak kira jenama apa pun asalkan yang disukai oleh pasangan sudah memadai.

.

Untuk gubahan tak perlu digubah keterlaluan sebab botol minyak wangi zaman sekarang pun sudah agak cantik dan mempunyi design yang menarik perhatian.

.

24. Jam tangan

.

Jam tangan

.

Siapa yang tak suka kalau dihadiahkan jam tangan yang berjenama kan? Betul tak?

.

Untuk lebih ‘sweet’ anda boleh juga berbincang dengan pasangan anda untuk memilih jam tangan yang sepadan.

.

Jam tangan lelaki

.

Tentang gubahan pula anda tidak perlu risau kerana setiap jam yang anda beli di pasaran didatangkan dengan kotak yang ‘elegant’ dan kontemporari.

.

Jadi anda hanya perlu letak sahaja diatas dulang hantaran dan taruk sedikit bunga, settle!

.

25. Cermin mata

.

Cermin mata

.

Untuk pasangan yang mempunyai masalah rabun atau silau anda juga boleh memberi cermin mata gelap sebagai hantaran.

.

Bukan sahaja cermin mata gelap kelihatan bergaya malah boleh dijadikan sebagai alat untuk menghadapi panas terik ketika perarakan di majlis persandingan anda nanti.

.

26. Kuih muih

.

Kuih muih

.

Kuih tradisional juga sesuai untuk dijadikan hantaran.

.

Negara kita banyak pilihan kuih muih.

.

Pilih lah kuih apa yang anda rasa sesuai untuk dijadikan hantaran tunang.

.

Bahulu, seri muka, ondeh-ondeh, karipap, kuih cara dan sebagainya.

.

Boleh diletakkan didalam bekas lut sinar dan tertutup supaya tidak tercemar sementara majlis pertunangan sedang berlangsung.

.

Kuih muih moden

.

Kuih muih moden seperti kuih semperit, macaron, cheese tart, tard cadbury, boleh juga dijadikan pengganti kepada kuih tradisional untuk membawa kelainan.

.

Untuk menjimatkan kos anda boleh buat sendiri bersama ahli keluarga atau buat tempahan khas daripada pembuat kuih muih moden mengikut kuantiti yang anda rasa sesuai.

.

27. Smartphone/tablet

.

smart phone tablet

.

Iphone juga tidak terlepas dijadikan sebagai hantaran oleh penggemar telefon pintar tersebut.

.

Hadiah berupa gadjet sangat ‘rare orang jadikan sebagai hantaran tunang tetapi jika anda berkemampuan apa salahnya.

.

Munkin sudah tiba masanya untuk pasangan anda bertukar kepada telefon bimbit yang baru.

.

28. Coklat

.

coklat

.

Manisan seperti coklat amat popular dikalangan orang zaman sekarang untuk dijadikan sebagai hantaran.

.

Anda boleh pilih pelbagai jenis coklat yang ada dipasaran seperti Ferrero Rocher, Cadbury, Hershey’s dan Toblerone.

.

Untuk mengelakkan coklat tersebut cair, anda boleh letakkan di dalam bekas yang tidak kedap haba seperti bekas plastik lutsinar dan yang bukan beralaskan ‘foam’.

.

29. Kek

.

Kek

.

Kalau tak ada sebiji kek tak lengkap hantaran tunang dan atau perkahwinan anda.

.

Zaman sekarang kek boleh ditempah mengikut citarasa pasangan.

.

Kek yang sedap dan ‘topping’ yang cantik boleh menjadi bualan rakan-rakan dan ahli keluarga.

.

Anda boleh memesan topping yang berbentuk bunga-bungaan sepadan dengan tema majlis anda.

.

30. Buah-buahan

.

buah-buahan

.

Buah-buahan segar untuk dijadikan hantaran tak lah menelan belanja yang banyak.

.

Anda boleh sekalikan buah epal, anggur, strawberry, dan mangga didalam satu bakul atau bekas dan hiaskan sekali dengan daun-daun dan bunga yang sepadan.

.

Nak cantik lagi sapu sedikit minyak masak pada permukaan buah yang licin supaya terserlah efek kilauan keemasan pada buah-buahan tersebut.

.

Baik lagi tiga senarai hantaran rare yang terakhir ni kami sediakan khas untuk anda yang akan melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan tak lama lagi.

.

Tepuk dada tanya hati tanya iman tanya dompet, berani atau tak untuk anda jadikan sebagai hantaran tunang anda. Kihkihkih

.

Baca Juga: Hantaran Kahwin – 40 Idea Ekslusif Untuk Persiapan Nikah Anda

.

31. GoPro Action Camera

.

Go pro action camera

.

Gopro merupakan ‘Action camera’ yang mana sering digunakan ketika melakukan aktiviti lasak.

.

Dengan harganya yang agak ‘keras’ menjadikannya antara satu hadiah hantaran pertunangan/perkahwinan yangrare untuk dihadiahkan khusus untuk diberikan kepada pihak lelaki.

.

32. KFC

.

KFC

.

Siapa je yang tak tahu dengan pakcik berambut putih dan berkaca mata ini.

.

Daging ayam yang lazat dan aroma yang membuka selera ini menjadi membuatkan ramai yang terliur.

.

Makanan ini juga boleh dijadikan sebagai hantaran.

.

Munkin si pemberi beranggapan bahawa pemberian makanan berupa kuih muih dan kek agak terlalu biasa.

.

Pada anda yang inginkan kelainan di majlis anda boleh lah cuba idea hantaran tunang yang ini, murah dan praktikal.

.

33. Kucing (??)

.

Kucing

.

Untuk pencinta kucing, kalau jumpa kucing tepi jalan atau tepi kedai makan tak sah kalau tak ‘raba’ mereka ni.

.

Kucing juga tak lari dari dijadikan sebagai hantaran tunang dan juga perkahwinan.

.

Jika anda dan pasangan merupakan pencinta kucing, anda boleh mula berfikir masak-masak untuk cuba hantaran ini. Rare dan unik!

.

Hanna Delisha Meow

.

Bagi sesiapa yang akan melangsungkan majlis pertunangan tak lama lagi, kami ucapkan tahniah kepada anda dan semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

.

Semoga juga semua urusan anda dipermudahkan dan bahagia ke anak cucu.

.

Baiklah itu sahaja perkongsian kami pada artikel kali ini. Jangan lupa baca perkongsian kami yang lain.

.

Semoga bermanfaat!

 

Your Cart