Pernah tak anda ambil tahu apa tanda-tanda HIV?
.
Hal ini sangat penting terutamanya jika anda pernah melakukan seks bebas tanpa mengira sengaja atau tidak disengajakan.
.
HIV merupakan virus yang akan menyerang sistem imunisasi badan anda.
.
.
Ia akan melemahkan imunisasi sehingga badan anda akan mengalami masalah untuk melawan jangkitan dan penyakit.
.
Jika anda mengetahui tanda-tanda HIV dan mendapatkan rawatan selepas melakukan diagnosis awal, anda dapat mengelakkan masalah yang lebih berat.
.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda segalanya yang anda perlu tahu berkenaan tanda-tanda HIV. Jom baca!
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Simptom HIV
.
.
Simptom atau tanda-tanda HIV awal ini bukanlah penanda sebenar samada anda mempunyai HIV atau tidak.
.
Satu-satunya cara untuk anda mengetahuinya adalah dengan melakukan ujian.
.
Ujian awal akan membantu anda untuk mendapatkan rawatan segera dan mengurangkan risiko ia menjangkiti orang lain.
.
Simptom atau tanda-tanda HIV ini berbeza diantara setiap individu namun antara simptom awal yang mungkin ada pada anda adalah:
- Demam dan menggigil
- Berpeluh pada waktu malam
- Sakit otot
- Ruam
- Sakit tekak
- Lesu
- Bengkak kelenjar limfa
- Ulser mulut
.
Anda perlu ingat juga bahawa bukan semua akan ada tanda-tanda HIV ini.
.
.
Bagaimana HIV Memberi Kesan Terhadap Tubuh Anda
.
.
HIV akan menyerang sistem imunisasi manusia.
.
Secara spesifiknya ia akan menyerang sel CD4 yang merupakan subtype kepada sel yang dikenali sebagai sel T.
.
Sel T akan membantu badan melawan jangkitan.
.
Tanpa rawatan, HIV akan mengurangkan jumlah sel CD4 didalam badan dan meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat jangkitan.
.
JIka HIV telah memasuki tahap 3, individu tersebut akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kanser.
.
Baca Juga : Seks Bebas – Ini Penyakit yang Anda boleh Dapat Hasil Seks Rambang
.
.
Adakah Tanda-Tanda HIV Berbeza Diantara Lelaki dan Perempuan?
.
.
Jangkitan HIV adalah berbeza diantara jantina.
.
Sesetengah isu kesihatan, termasuklah sexually transmitted infections (STIs) dan juga vaginal yeast infection, ia lebih biasa dan kritikal bagi wanita yang mempunyai HIV.
.
.
Tahap Dalam HIV
.
.
Selepas tahap awal jangkitan HIV, virus akan bergerak ke fasa yang dikenali sebagai clinical latency stage dimana ia juga dikenali sebagai HIV kronik.
.
Virus masih lagi aktif pada tahap ini namun ia membiak pada kadar yang lebih perlahan didalam badan anda.
.
Pada clinical latency stage, individu terbabit mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.
.
Sesetengah individu yang tidak mengambil sebarang ubat untuk merawat HIV akan kekal dalam tahap ini untuk 10 tahun atau lebih.
.
Namun, akan ada sesetengah individu yang akan bergerak ke tahap yang lebih kritikal pada kadar yang lebih cepat.
.
Individu yang menerima rawatan antiretroviral untuk HIV pula akan kekal dalam tahap ini untuk beberapa dekad.
.
Pada tahap ini, risiko untuk mereka mengalami komplikasi yang lebih serius akan menjadi lebih rendah.
.
Apabila tahap virus didalam darah menjadi lebih rendah, ia tidak akan berpindah kepada orang lain.
.
.
.
Penularan HIV
.
.
HIV merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan ia boleh merebak daripada satu individu kepada individu yang lain menerusi beberapa cara.
.
Sebab itulah anda perlu tahu tanda-tanda HIV sebagai langkah berjaga-jaga.
.
Antara cara paling biasa penularan HIV adalah menerusi hubungan seksual tanpa penggunaan kondom.
.
Virus juga boleh merebak menerusi penggunaan jarum atau syringe penggunaan dadah.
.
Individu juga boleh menerima HIV menerusi sentuhan cecair badan yang mempunyai virus.
.
Cecair badan yang boleh menyebabkan penularan virus ini adalah:
- Darah
- Air mani
- Air mazi
- Rectal fluid
- Vaginal fluid
- Susu badan
.
.
HIV juga boleh merebak kepada individu lain apabila cecair ini memasuki salur darah mereka samada menerusi suntikan, sentuhan dengan mucous membrane atau tisu yang rosak.
.
Wanita yang mengandung juga mampu untuk membuatkan kandungannya dijangkiti HIV.
.
Namun, ia bukanlah akan berlaku dalam semua kes.
.
Kebanyakan wanita yang menghidap HIV mampu untuk mengelakkan daripada anak mereka mewarisi penyakit tersebut dengan mendapatkan rawatan awal.
.
World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa tanpa mendapatkan rawatan, peratusan untuk kandungan turut menerima HIV adalah 15%-45%.
.
Dengan rawatan, kadar ini akan turut kebawah 5%.
.
.
Bila HIV Mudah Berjangkit?
.
.
Pada tahap awal penularan HIV, tahap virus didalam darah dan air mani adalah sangat tinggi.
.
Individu sangat mudah untuk menyebarkan virus pada masa ini dan kadar penularannya juga sangat tinggi.
.
Pada clinical latency stage, individu yang hidup dengan HV akan mengalami tanda-tanda HIV yang jauh lebih sedikit.
.
Namun, mereka masih berpotensi untuk menyebarkannya kepada individu lain.
.
Jika tahap virus didalam badan adalah rendah dan tidak dapat dikesan, ia tidak akan mudah menjangkiti orang lain.
.
Baca Juga : Tongkat Ali – Kebaikan, Kesan Sampingan & Cara Pengambilannya (Seks & Kesihatan)
.
.
Ujian Mengesan HIV
.
.
Jika anda merasakan anda mempunyai tanda-tanda HIV, anda perlu lakukan ujian sesegera mungkin.
.
Jika anda merupakan seseorang yang mudah untuk terdedah dengan HIV di tempat kerja atau sebagainya, anda digalakkan untuk melakukan ujian secara berkala.
.
Diagnosis awal HIV adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang masalah yang boleh meragut nyawa.
.
Ia juga penting untuk mengelakan penularan penyakit ini dengan cara seperti rawatan antiretroviral.
.
.
HIV Tahap 3
.
.
Mungkin agak kurang menakutkan jika menyebutnya sebagai HIV tahap 3.
.
Jika individu yang mempunyai HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan terus merebak ke tahap 3 yang dikenali sebagai AIDS.
.
Dengan teknologi pada masa kini, kebanyakan pesakit HIV berjaya diselamatkan daripada mencapai tahap 3 ini.
.
HIV tahap 3 bukanlah penyakit yang spesifik namun lebih kepada sindrom yang mempunyai terlalu banyak simptom yang mudah untuk dikenalpasti.
.
Simptom ini juga boleh berlaku hasil daripada penyakit lain yang berlaku disebabkan oleh jangkitan yang mengurangkan aktviti imunisasi.
.
.
Antara simptomnya adalah seperti berikut:
- Berat berkurang secara mendadak
- Peluh malam berlebihan
- Demam berpanjangan
- Kelesuan
- Rasa letih tanpa sebab
- Bengkak pada kelenjar limfa di pangkal paha, tengkuk dan ketiak
- Cirit birit lebih dari seminggu
- Sakit pada kawasan mulut, alat kelamin dan punggung
- Hilang ingatan
- Depresi
.
Jika individu terbabit tahu tanda-tanda HIV ini dan mendapatkan diagnosis dan rawatan, lebih tinggi peluang untuk mengelakkan diri daripada mendapat HIV tahap 3 ini.
.
Dengan pengurusan yang sewajarnya, individu yang menghidap HIV dapat hidup dengan lebih lama dan bahagia.
.
Baca Juga : Kanser Prostat Lelaki – Tanda-Tanda, Rawatan & Cara Pencegahannya untuk Anda
.
.
Rawatan HIV
.
.
Rawatan ini pula berbeza terhadap setiap indvidiu dan bergantung kepada jenis komplikasi yang ada.
.
Kemudian, individu terbabit akan diberikan plan yang bersesuaian dengan mereka.
.
.
a) Antiretroviral Drugs
.
.
Bagi kebanyakan pesakit HIV, terapi antiretroviral mampu membantu untuk mengawal virus tersebut.
.
Terdapat banyak jenis ubat antiretroviral dan ada kemungkinan juga individu tersebut memerlukan kombinasi ubat yang berbeza.
.
Ubat-ubatan ini akan membantu untuk mengurangkan tahap virus didalam darah sehingga ia tidak akan lagi dapat dikesan didalam ujian.
.
Apabila ini berlaku, akan berkurang atau terus tiada risiko untuk virus tersebut berjangkit kepada individu lain.
.
Adalah penting dan lebih baik untuk anda mengikut plan yang telah ditetapkan untuk mengekalkan tahap virus ini pada paras terendah.
.
.
b) Terapi Lain
.
.
Individu dengan HIV akan menjadi lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan lain berbanding dengan mereka yang bebas daripada HIV.
.
Individu tersebut juga memerlukan rawatan yang spesifik untuk merawat setiap masalah kesihatan selain daripada rawatan HIV itu sendiri.
.
HIV akan memberikan kesan terhadap sistem imunisasi badan, jadi individu tersebut akan lebih mudah untuk mendapat jangkitan seperti:
- Viral hepatitis
- Tuberculosis
.
Doktor juga boleh memberikan preskripsi ubat untuk mengelakkan masalah tersebut dan jangkitan yang lain.
.
Komplikasi lain yang mungkin berlaku adalah:
- Penyakit kardiovaskular
- Kanser
- Masalah neurologikal
.
Jika komplikasi ini berlaku, doktor akan merangka plan rawatan untuk merawat segala masalah tersebut.
.
.
Kesimpulan
.
.
Individu yang mempunyai HIV dan mendapatkan diagnosis awal mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan rawatan yang lebih efektif.
.
Rawatan ini akan membantu untuk kekal sihat dan mengekalkan kualiti hidup yang terbaik.
.
Individu yang berjaya mengenal pasti tanda-tanda awal HIV atau yakin mereka mempunyai tanda-tanda HIV haruslah segera untuk melakukan ujian HIV.
.
Dengan mendapatkan rawatan awal ini juga, ia akan membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya HIV tahap 3.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini untuk tanda-tanda HIV yang anda perlu tahu terutamanya jika anda pernah melakukan seks bebas sebelum ini.
.
Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat untuk memastikan kesihatan anda lebih terjamin.
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.