Fraud Blocker Kahwin di Thailand: Syarat, Kos & Risiko Tersembunyi

Kahwin di Thailand: Prosedur, Hukum & Risiko Penting Anda Perlu Tahu (2025)

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

 

 

“Nikah di Thailand? Sah ke tu? Betul ke boleh daftar dekat Malaysia?”

“Boleh ke terus hidup bahagia lepas kahwin sempadan ni?”

 

 

We Need To Talk Fah GIF by FoilArmsandHog (1)

 

 

Kahwin di Thailand kini semakin menjadi pilihan ramai pasangan Malaysia
kerana prosedurnya yang lebih mudah, murah dan cepat.

 

 

Kahwin-sempadan-thailand

 

 

Ada yang terdesak sebab tak direstui keluarga.

Ada yang nak kahwin dua tapi tak mahu isteri pertama tahu.

Ada juga yang cari jalan pintas sebab kos dan prosedur di Malaysia dianggap terlalu ‘berat’.

 

Kahwin-lari-di-thai-kena-kejar-isteri-tua

 

Tapi persoalannya..

Kahwin di luar negara seperti Thailand ni sah ke? Halal ke?

Undang-undang Malaysia terima tak?

Dalam artikel blog ni..

Kami akan bantu anda faham apa hukum, prosedur, risikonya..

Dan apa tindakan lepas nikah kalau anda berniat atau sudah pun kahwin di sempadan.

 

 

Lets Go GIF by The Roku Channel-min

Kenapa Orang Pilih Penikahan Di Sempadan Thailand?

Ramai tertanya-tanya..

Kenapa masih ada yang sanggup ambil risiko untuk bernikah di Thailand?

Walau ia seperti cara kahwin yang mengerikan..

 

Pengantin-lari-dari-dikejar-zombie-tak-bagi-kahwin-sempadan-thailand

 

Jawapannya mudah!

Kerana jalan itu dianggap lebih cepat, kurang birokrasi,
dan lebih ‘mudah lepas’ dari segi emosi, budaya atau kekangan keluarga.

Antara sebab biasa kenapa pasangan memilih untuk berkahwin di Thailand:

  • Tidak mendapat restu keluarga
  • Nak kahwin dua (poligami) senyap-senyap
  • Proses kahwin dalam negara terlalu rumit dan lambat
  • Pasangan dalam situasi ‘larikan diri’.
  • Kos kahwin di Thailand lebih murah.

Kahwin di Thailand jadi ‘escape route’ bagi ramai pasangan yang tersepit.

 

 

Cbs Wedding GIF by Paramount

 

 

Tapi ingat, jalan singkat ini boleh jadi sangat panjang kalau tak ikut prosedur yang betul.

Namun, ada beberapa perkara penting jika anda berkeinginan untuk kahwin di Selatan Thailand yang perlu anda tahu.

Buat masa ini ada banyak sangat sindiket-sindiket palsu yang meraih untung

 

Pasangan-pengantin-ditipu-sindiket-kahwin-selatan-thailand

 

Mereka mengambil kesempatan di atas kesempitan pasangan yang ingin bernikah.

Modus operandi mereka sangat mudah..

Iaitu dengan menawarkan pakej nikah yang sangat murah.

 

Lelaki-jahat-kira-duit-hasil-sindiket-kahwin-lari-di-thailand

Bahaya Sindiket Nikah Thailand Palsu

Ramai yang terpedaya dengan ‘pakej nikah murah’, tapi akhirnya:

  • Surat nikah palsu & tak sah
  • Dokumen tak diterima Konsulat Malaysia
  • Tak boleh daftar perkahwinan bila balik Malaysia

Lebih teruk, anak dianggap tidak sah taraf,
tiada perlindungan undang-undang untuk isteri,
dan suami boleh dikenakan
denda.

 

 

please-please-please-no-calvin-payne

 

 

Bagi pasangan yang tidak mempunyai ilmu..

Informasi dan saluran betul berkenaan pernikahan sempadan,
akan mudah untuk tertipu dengan tawaran ini.

Masalah yang akan berlaku adalah apabila hendak mendaftar di Malaysia nanti..

Dimana surat nikah Thailand dan surat dari Konsulat Malaysia adalah palsu

Dan tidak boleh untuk didaftarkan.

 

Lelaki-muka-bengis-pegang-dokumen-palsu-nikah-thailand

 

 

Sia-sia sahaja nanti dan anda akan berdepan dengan kesukaran di kemudian hari.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda..

Cara nak berkahwin di Sempadan yang anda perlu tahu. Jom baca!


Prosedur Nikah di Sempadan Thailand

 

Lelaki-menunjukkan-cara-nikah-di-thailand-di-papan

 

 

Ada beberapa wilayah sahaja Majlis Agama Islam
di Selatan Thailand telah
mendapat pengikitrafan
daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mereka berautoriti dalam menguruskan perkahwinan bagi pasangan dari Malaysia.

 

 

Thats It Martin Short GIF by PBS SoCal (1)

6 Wilayah Sah untuk Pernikahan di Selatan Thailand

JAKIM hanya iktiraf nikah di pejabat agama Islam dalam 6 wilayah : 

  1. Satun
  2. Songkhla
  3. Pattani
  4. Narathiwat
  5. Yala
  6. Phattalung

Nikah selain dari lokasi ni tak sah dari segi undang-undang Malaysia.

 

lelaki-menunjukkan-poin-wilayah-selatan-thailand-yang-diiktiraf-pengurusan-nikah-di-thailand

 

Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan kata sepakat dan persetujuan bersama
yang dimeterai oleh kedua-dua buah negara.

Pernikahan tersebut hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah tersebut sahaja

Dan tidak boleh dilakukan di cawangan lain.

 

You-need-to-stop-porn-activity

 

Secara umumnya pasangan akan dibawa ke Majlis Agama Islam
dan
perkahwinan akan terus dilangsungkan apabila tiba disana.

Biasanya dalam tempoh tak lebih dari 2 jam selepas perkahwinan,
anda akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah.

 

 

Chris Pratt Mind Blown GIF by Omaze (1)

 

 

Kemudiannya pasangan akan dibawa untuk memohon surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia.

Selesai urusan tersebut..

Biasanya pasangan akan dibawa bersiar-siar di kawasan sekitar atau boleh memilih untuk melakukan aktiviti sendiri.

 

Pasangan-bersiar-selepas-nikah-di-thailand

 

Baca Juga : Cara Pecahkan Dara – Jom Puas Tanpa Buat si Dia Sakit

Keesokan harinya, pasangan akan dijemput untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Surat pengesahan nikah di Thailand ni adalah penting untuk anda mendaftar nikah di Malaysia nanti.

 

pasangan-mengambil-dokumen-pengesahan-nikah-di-thailand

 

Apa Dokumen yang Perlu Dibawa Untuk Nikah di Selatan Thai

Bagi pasangan yang ingin nikah di Thailand, dokumen yang anda perlukan adalah:

  • Kad pengenalan
  • Pasport atau pas sempadan
  • Bagi mereka yang memegang status janda, perlu dibawa bersama surat cerai atau surat kematian suami salinan asal
  • Pastikan juga anda mempunyai alat untuk merakam proses akad nikah anda

 

 

Pakej Harga Nikah di Thailand

Harga bagi pakej  pernikahan di Thailand biasanya adalah sekitar RM1800-RM2500.

 

Pasangan-membayar-kos-urusan-nikah-thailand

 

Pakej ini termasuklah pengangkutan pergi balik dan juga pengangkutan semasa berada disana.

Selain itu, ia juga turut merangkumi bayaran:

  • Kepada kadi dan saksi
  • Pengeluaran sijil nikah
  • Pengesahan sijil nikah, surat pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam
  • Kepada Konsulat Malaysia
  • Fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia
  • Makan dan minum

 

majlis-nikah-di-thailand

 

 

Biasanya ada juga pakej yang menawarkan bersiar-siar buat pasangan yang baru nikah di Thailand
sementara menunggu surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

 

 

Pornography-Oh-My-God-Wow-GIF

 

 

Jadi, biasanya pihak yang menawarkan pakej nikah Thailand akan mencadangkan pasangan
memilih
tarikh dua hari bekerja untuk memudahkan lagi urusan.

 

wanita-sedang-memilih-tarikh-nikah-di-thailand

 

Selain daripada surat pengesahan nikah Konsulat Malaysia,
pasangan juga perlukan surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di sana.

Hukum Nikah di Luar Negara

.

.

Berdasarkan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hukum nikah di Thailand adalah sah dengan 4 syarat:

 

Lelaki-semak-senarai-semak-dokumen-nikah-di-Thailand

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah

Rukun nikah perlulah:

  • Ada pengantin lelaki (calon suami)
  • Ada pengantin perempuan (calon isteri)
  • Adanya wali
  • Ada dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan qabul iaitu akad nikah

Baca Juga : Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?

2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah

 

Navigasi-menunjukkan-jauh-perjalanan-untuk-nikah-di-thailand

 

Dua marhalah adalah ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 kilometer.

Jadi, dua marhalah adalah sekitar 85 kilometer ke 90 kilometer atau bersamaan dengan 56 batu.

3. Keputusan mahkamah

Mahkamah-syariah-di-Thailand

 

Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

4. Wali hakim

 

suasana-mahkamah-syariah-di-thailand

 

Nikah di Thailand tersebut dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah berkenaan.

Akad nikah ini akan dilakukan oleh wali hakim tersebut.

 

akad-nikah-di-thailand

 

Syarat ini sebenarnya hasil daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-52 pada 1 Julai 2002.

Ia telah membincangkan perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dari dua marhalah menurut mazhab Syafie.

Hasil dari muzakarah ini,

Ulama bersepakat untuk memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa
bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah SAH.

 

 

Noted I See GIF by Downton Abbey (1)

Risiko & Denda Nikah di Thailand

Selepas selesai urusan nikah di siam, pasangan perlu hadir ke:

  • Mahkamah Rendah Syariah bagi pernikahan pertama
  • Mahkamah Tinggi Syariah bagi kes poligami

 

Pengantin-buat-pendaftarn-nikah-kahwin-di-mahkamah-syariah

 

Hal ini adalah bagi tujuan proses pendaftaran nikah di Malaysia

Dan juga untuk urusan pengesahan nikah luar negara.

 

Recommeded-GIF

 

 

Pasangan akan melalui proses perbicaraan terlebih dahulu dan apabila selesai semuanya,
mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran.

Perintah mahkamah ini perlu dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran.

 

Hakim-mahkamah-syariah-mengeluarkan-surat-mahkamah

 

Jangan lupa bawa sekali  semua dokumen asal yang dibawa sewaktu nikah di siam.

Satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh kesemua pasangan yang bernikah di Thailand, anda akan dikenakan denda.

 

 

i-know-jason-orlean (1)

 

 

Denda bergantung kepada pihak pendakwaan dan juga atas budi bicara dari pihak hakim.

Denda yang dikenakan adalah:

  • Bagi kes perkahwinan pertama adalah sekitar RM300-RM700 seorang
  • Bagi kes poligami pula adalah sekitar RM700-RM1000 seorang

Baca Juga : Cara Poligami, Syarat & Hukumnya – Untuk Anda Yang Nak Kahwin 2, 3 atau 4

Kesimpulan: Wajar Atau Tidak?

 

 

Howie Dorough Everybody GIF by BACKSTREET BOYS-min

 

 

Kahwin di Thailand tidaklah salah jika prosedurnya sah di sisi syarak dan diurus ikut lunas undang-undang Malaysia.

Namun, ia tetap bukan pilihan ideal bagi semua orang. Jika anda terpaksa memilih laluan ini, pastikan anda:

  • Faham hukum-hakam dan rukun nikah
  • Pilih lokasi yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM
  • Elakkan terjebak dengan sindiket nikah palsu
  • Segera daftar semula perkahwinan di Mahkamah Syariah dan JPN

 

Perkahwinan-yang-harmoni-dan-direstui-semua-pihak

 

Wajar atau tidak?

Jawapannya bergantung pada niat, keadaan dan kesediaan anda tanggung risiko undang-undang serta sosial.

Jika masih ada pilihan bernikah dalam negara secara sah dan teratur, itu tetap jalan terbaik.

 

 

Schitts Creek Yes GIF by CBC-min

 

 

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara nikah di Thailand yang anda perlu tahu.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat!

Sertai Komuniti Suami Sihat di Telegram. Ada lebih 33,000 orang sedang membincangkan isu hangat suami.

 

 

Banner-promote-Telegram-Komuniti-SuamiSihat

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.