Fraud Blocker Kesan Ejakulasi Terhadap Kesihatan & Hubungan Intim, Ini Faktanya

Kesan Ejakulasi Berulang Terhadap Kesihatan & Hubungan Intim

Written By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Ejakulasi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Ramai tak sedar — cara dan kekerapan ejakulasi sebenarnya boleh bagi kesan besar terhadap kesihatan lelaki dan keharmonian hubungan.

Bukan sekadar ‘lepaskan’..

hubungan -intim -yang -tidak -sihat -hanya -melepaskan -sahaja

Tapi ia juga melibatkan emosi, tenaga, dan hormon yang beri impak jangka panjang kepada tubuh dan kesejahteraan pasangan.

Kalau tak jaga, boleh ganggu prestasi, kesuburan, dan mood dalam hubungan.


Isteri -tak -puas -hati -dengan -suami -sebab -tak -puas -lakukan -hubungan -intim

 

Ejakulasi & Kesihatan Prostat – Ada Kaitan Ke?

Percaya atau tak, ejakulasi yang kerap sebenarnya bagus untuk kesihatan lelaki, terutama dari sudut mencegah kanser prostat.

Satu kajian dari Amerika Syarikat pada tahun 2016 mendapati,

lelaki berusia 40 hingga 49 tahun yang ejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan, mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap kanser prostat, berbanding mereka yang kurang aktif.”

Kajian ni turut disokong oleh penyelidik dari Cambridge – bukan sembarangan sumber!

 

Lelaki-terkejut-dengan-hasli-kajian-berkaitan-ejakulasi

Ejakulasi & Hubungan Intim — Apa Kesan Sebenar Pada Tubuh?

Topik “kesan ejakulasi terhadap kesihatan dan keintiman” bukan lagi isu taboo..

malah dah jadi antara perkara yang sering dikaji oleh pakar kesihatan dan dibincang terbuka dalam kalangan pasangan moden.

Persoalannya: Adakah ia beri impak positif atau sebaliknya?

 

 

Air-memancut-lemah-tak sekuat-pancutan-zakar-yang-sihat

 

Apa Sebenarnya Berlaku Sebelum Ejakulasi?

Sebelum seorang lelaki mencapai klimaks atau ejakulasi, 

banyak proses dalaman yang sedang bekerja keras di sebalik tabir.

Semuanya bermula dengan rangsangan seksual — sama ada dari : 

Sentuhan, pandangan yang menggoda, bau yang membangkitkan, suara manja pasangan, atau perasaan emosi yang kuat.

Suami -isteri -pada -permulaan -melakukan -hubungan -intim

Otak akan hantar isyarat ke sistem saraf,

menyebabkan jantung berdegup laju,

pernafasan jadi pendek-pendek,

dan aliran darah meningkat ke kawasan alat sulit.

Seterusnya, zakar akan mengalami ereksi apabila salur darah mula ‘memenuh’.

lelaki-berpeluh-sebab-alami-masalah-kesihatan-zakar

Hormonal & Fizikal: Teamwork Sebelum Ejakulasi

Bila lelaki berada dalam fasa terangsang, aliran darah yang bekerja lebih kuat..

Otot-otot lantai pelvis juga turut ‘berjaga-jaga’.

Mereka mula menegang perlahan-lahan, bersedia untuk membantu dalam proses klimaks dan akhirnya, ejakulasi.

saiz zakar normal purata Malaysia melayu

 

Dalam masa yang sama, hormon utama seperti testosteron mula memainkan peranan penting.

Ia meningkatkan keinginan seksual (libido) dan memberi tenaga kepada seluruh proses ini.

Bukan itu saja,

Estrogen juga walaupun lebih sinonim dengan wanita, tetap ada peranannya dalam keseimbangan hormon lelaki, terutamanya dalam kawalan emosi dan tindak balas seksual.

Pendek kata, sebelum ‘klimaks’ berlaku,

Ada satu orkestra biologi yang sangat kompleks sedang berlaku dalam badan lelaki — antara minda, hormon dan otot.

Hebat, kan?

 

Wanita-tertanya-tanya-tentang-ejakulasi-lelaki

Testosteron: Raja Segala Hormon Lelaki

Kalau ada satu hormon yang layak digelar raja dalam tubuh lelaki, jawapannya mestilah testosteron.

Ia bukan sekadar pengaruh tenaga batin — tapi mengawal hampir semua perkara penting dalam fungsi seksual lelaki.

Dari tahap keinginan (libido), kekuatan ereksi, penghasilan sperma, sampai ke mood dan tenaga harian — semuanya ada kaitan dengan tahap testosteron.

Bila hormon ni seimbang, barulah lelaki rasa ‘on form’.

Tapi bila dia jatuh, bukan saja prestasi seksual yang merudum — semangat hidup pun boleh hilang arah.

Suami -sedih -zakar -tidak -sihat -sedangkan -isteri -menangis -kecewa

Apa Jadi Bila Testosteron Seimbang?

Bila tahap testosteron dalam badan berada pada paras optimum,

Lelaki akan rasa lebih ‘hidup’.

Hasrat seksual meningkat, dorongan untuk bersama pasangan jadi lebih kuat, dan tubuh pun lebih responsif terhadap rangsangan.

Suami -tunjuk -kuat -dihadapan -isteri

Hormon ni jugalah yang main peranan penting dalam proses ereksi.

Dari memberi signal ke otak, aliran darah ke zakar, sampai ke ketegangan yang diperlukan untuk hubungan intim yang memuaskan.

Kalau testosteron low, bukan saja mood ke laut, tapi ‘enjin’ pun susah nak start.

car-broke-while-man-standing

 Tanda-Tanda Testosteron Rendah (Low T)

Ramai lelaki tak sedar sebenarnya mereka alami masalah testosteron rendah. Antara tanda-tanda yang biasa dialami:

  1. Nafsu seks menurun – Dulu semangat membara, sekarang makin kurang rasa nak ‘bersama’.
  2. Mudah letih dan tak bertenaga – Bangun pagi pun rasa lesu, walaupun cukup tidur.
  3. Mood swing dan mudah murung – Emosi tak stabil, cepat marah atau rasa down tanpa sebab jelas.
  4. Masalah ereksi – Susah nak dapat ereksi atau tak tahan lama macam dulu.
  5. Otot makin susut, lemak makin bertambah – Badan rasa lembik, susah nak maintain bentuk badan.

Kalau ada lebih dari 2 simptom ni dan berlaku secara konsisten — itu petanda perlu ambil tindakan. Jangan tunggu sampai rumah tangga jadi mangsa.

 

 

Estrogen: Hormon “Sampingan” Tapi Penting

Ya, betul — lelaki juga ada hormon estrogen, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil.

Dalam badan lelaki, estrogen terbentuk bila sebahagian hormon testosteron bertukar menjadi estrogen secara semula jadi.

Proses ni berlaku dalam hati dan tisu lemak.

Fingsi-testosterone-kepada-fungsi-ereksi

 

Walaupun estrogen selalu dikaitkan dengan wanita, jangan pandang ringan peranannya untuk lelaki.

Estrogen bantu dalam beberapa aspek penting, termasuk:

  • Mengawal dorongan seksual secara tidak langsung
  • Menyokong kesihatan sperma dan sistem reproduktif
  • Menstabilkan fungsi otak dan emosi 


    Kanfdungan-estrogen-mengikut-ilmu-kimia

Tapi ingat, kalau estrogen terlalu tinggi, boleh jadi masalah besar:

Nafsu menurun, payudara membesar (gynecomastia), lemak perut bertambah, dan emosi tak stabil.

Lelaki-mahukan-ejakulasi-yang-berkualiti-dan-sihat

 

Kesimpulannya?

Estrogen bukan hormon utama dalam seksualiti lelaki, tapi ia tetap penting untuk keseimbangan.

Yang penting — kena jaga hormon balance. Testosteron dan estrogen, biar harmoni.

Nak Tahu Cara Pergerakan Sperma  : Pergerakan Sperma Mempengaruhi Persenyawaan

 

Ejakulasi-yang-sihat-menjamin-kesihatan-lelaki

Stimulasi Seksual: Ghairah Seksual dengan Hormon dan Kekuatan Kimia

Apabila stimulasi seksual dimulakan, ghairah seksual mula berputik.

Mungkin daripada sentuhan, rangsangan visual, atau perasaan emosi yang mendalam.

Seks - Nikmat

 

Sistem saraf memainkan peranan utama dalam mengawal ejakulasi.

Ketika rangsangan berlaku, ia menghantar isyarat ke otak untuk membangkitkan perasaan ghairah dan mengaktifkan pelbagai proses kimia di dalam tubuh.

Semasa proses ini berlaku, hormon dan neurotransmiter seperti dopamin dan serotonin akan dilepaskan, memberikan perasaan positif dan keseronokan.

Ini yang membuatkan setiap pengalaman seksual terasa lebih menggembirakan dan memuaskan.

sex untuk tahan lama

Apabila semuanya berjalan lancar, proses kimia ini dapat mengoptimumkan tahap keghairahan seksual dan mempercepatkan perjalanan menuju klimaks, iaitu ejakulasi.

 Berkenaan Motiliti Sperma : Pergerakan Sperma Mempengaruhi Persenyawaan

 

 

 

Sistem-saraf-adalah-pemandu-utama-dalam-mengawal-ejakulasi.

 

 

Serotonin: Menggairahkan Perasaan Kesejahteraan

Serotonin adalah bintang utama dalam perjalanan aktiviti seksual.

dikenali sebagai “hormon kesejahteraan”.

Ia berperanan penting dalam memberi kita perasaan positif, ketenangan, dan kesenangan yang kita rasai semasa hubungan seksual.

Ketika kita berhubungan intim, tahap serotonin meningkat, dan ini membantu kita merasai kebahagiaan serta kepuasan.

Keajaiban serotonin bukan hanya dalam mencipta suasana gembira,

ia juga berfungsi sebagai penyejuk emosi yang menenangkan fikiran dan membantu mengurangkan tekanan.

 

ejakulasi-berikan-rangsangan-kepada-hormon-serotonin

 

Oksitosin: Mengikat Kasih Sayang dan Kekasih yang Lebih Dekat

Oksitosin juga dikenali sebagai “hormon ikatan” atau “hormon kasih sayang”..

Memainkan peranan penting dalam mencipta hubungan emosional yang lebih mendalam semasa aktiviti seksual.

Hormon ini membantu mengukuhkan ikatan emosi antara pasangan,

memberikan rasa dekat dan tersentuh.

Isteri Curang
Ketika ejakulasi berlaku, oksitosin dilepaskan, memperkuatkan ikatan tersebut dan mencipta kasih sayang yang mendalam.

Oksitosin juga memainkan peranan dalam menguatkan ikatan antara ibu dan bayi semasa penyusuan.

Dalam erti kata lain, oksitosin bukan sekadar hormon dalam hubungan intim, tetapi juga dalam hubungan keluarga dan kasih sayang sejati.

Dengan oksitosin, bukan hanya tubuh kita yang berfungsi dengan baik, tetapi hati kita juga terasa lebih terhubung dengan orang yang kita sayangi.

 

 

Dopamin: Penyokong Pencapaian Klimaks

Dopamin, sejenis neurotransmiter yang berkaitan dengan sistem ganjaran dalam otaK.

Ia adalah penyokong utama dalam kenikmatan seksual.

Apabila seseorang mencapai kepuasan dalam hubungan seksual..

pengeluaran dopamin meningkat, memberikan perasaan kenikmatan yang mendalam dan memotivasi usaha untuk mencapai orgasme.

Dopamin bertindak seperti “pembakar semangat”

memberi dorongan untuk mencapai puncak kenikmatan seksual.

Dengan kata lain, ia adalah bahan kimia yang menghidupkan semangat kita untuk meneruskan perjalanan ke arah klimaks yang penuh kepuasan.

Jadi, dalam dunia kimia tubuh kita, dopamin adalah elemen yang membantu menghidupkan pengalaman seksual menjadi lebih bermakna dan memuaskan.

 

pengeluaran-dopamin-meningkatkan-perasaan-kenikmatan-semasa-ejakulasi

 

Ejakulasi yang Berlebihan: Baik atau Buruk?

Ejakulasi merupakan salah satu komponen penting dalam kehidupan seksual lelaki.

Ia adalah proses semula jadi yang berlaku semasa hubungan seksual,

namun seperti segala-galanya dalam hidup, terlalu banyak atau terlalu sedikit ejakulasi boleh memberi kesan yang berbeza kepada kesihatan dan kepuasan seksual anda.
ejakulasi-yang-padu-tapi-terlalu-awal

Kesan Positif Ejakulasi Berkala

Ejakulasi yang dilakukan dengan jumlah yang sihat membantu:

  1. Mengurangkan risiko kanser prostat:

    Kajian menunjukkan ejakulasi yang kerap boleh mengurangkan risiko kanser prostat, terutamanya pada lelaki yang berusia antara 40 hingga 49 tahun.
  2. Meningkatkan kesejahteraan mental: Proses ejakulasi melepaskan hormon seperti serotonin dan oksitosin, yang memberi perasaan bahagia dan tenang, meningkatkan hubungan emosi antara pasangan.
    Kesihatan Lelaki

Kesan Negatif Ejakulasi Berlebihan

Namun, terlalu banyak ejakulasi juga boleh memberi kesan buruk, antaranya:

  1. Kelelahan fizikal dan mental:

    Ejakulasi berlebihan tanpa rehat yang cukup boleh menyebabkan keletihan yang mengganggu prestasi seksual serta kesejahteraan mental.
  2. Mengurangkan keinginan seksual:

    Secara berlebihan, ejakulasi yang kerap mungkin menyebabkan penurunan dalam keinginan untuk hubungan seksual kerana pengaruh terhadap hormon-hormon yang berkaitan. 

Kesan terhadap kualiti sperma:

Ejakulasi yang terlalu kerap tanpa rehat yang mencukupi boleh menurunkan kualiti dan kuantiti sperma, yang boleh memberi kesan terhadap kesuburan.

 

Punca Lelaki Gemar Ejakulasi Berlebihan:

  • Kepuasan seksual yang tinggi: Keinginan untuk merasai kenikmatan dan kepuasan seksual lebih kerap.
  • Tekanan emosi atau stres: Ejakulasi sering kali dijadikan cara untuk melepaskan ketegangan mental atau emosional.
  • Ketidakpastian prestasi: Lelaki mungkin melakukannya untuk mengatasi rasa takut atau kebimbangan tentang kemampuan seksual mereka.
  • Pengaruh media atau bahan pornografi: Akses mudah kepada bahan-bahan ini boleh memberi pengaruh kepada tabiat ejakulasi yang berlebihan.

Jika ini berlaku secara berterusan, ia mungkin memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental lelaki.

 

Ejakulasi-adalah-satu-komponen-penting-dalam-kehidupan-seksual-lelaki

 

Adakah Ejakulasi Berlebihan Menjadi Punca Mati Pucuk?

 

Ejakulasi berlebihan, walaupun tidak menjadi penyebab utama mati pucuk, boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seksual lelaki.

Jika ejakulasi berlaku terlalu kerap tanpa memberi tubuh masa untuk pulih, ia boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental.

Terlalu-banyak-tumpuan-pada-ejakulasi-boleh-mengganggu-kehidupan-sosial-dan-pekerjaan
Ia juga mengurangkan prestasi seksual dan menyebabkan masalah ereksi.

Keletihan dan stres yang berterusan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon dan menurunkan libido.

 

 

Baca juga: 11 Herba Terbaik Untuk Lelaki 40-an

 

Kesimpulan

Kesan ejakulasi terhadap kesihatan dan hubungan intim dapat membantu individu dan pasangan mengambil langkah terbaik untuk kesejahteraan fizikal dan emosi.

Jadi, apa yang kita pelajari?

Ejakulasi adalah perkara biasa dalam kehidupan seksual lelaki, dan hormon seperti testosterone dan estrogen memainkan peranan penting dalam memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Hormon-hormon lain seperti serotonin, oksitosin, dan dopamin juga memberikan rasa kesejahteraan dan keseronokan semasa aktiviti seksual.

GIF-Thank-You

Terima kasih di atas komitmen anda membaca artikel ini dari awal hingga akhir.

Semoga artikel mengenai kesan ejakulasi terhadap kesihatan dan hubungan intim ini dapat membantu anda memahami kepentingan keseimbangan dalam kehidupan seksual.

Kesihatan seksual yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh, tetapi juga membantu memperkukuhkan ikatan emosi bersama pasangan.

Isteri -merasa -puas -bersama- suami

Nak tahu lebih lanjut mengenai kesihatan lelaki, kawalan ejakulasi, dan cara meningkatkan keintiman bersama pasangan?

Jom sertai Komuniti Suami Sihat di platform Telegram!

Dalam komuniti ini, kita akan berbincang dengan lebih terbuka dan matang mengenai cara mengawal ejakulasi, meningkatkan stamina, serta memahami aspek psikologi dan fizikal dalam hubungan intim.

 

Banner-promote-Telegram-Komuniti-SuamiSihat

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.