Herba kuat lelaki adalah antara carian yang banyak di google.
.
Kebanyakkan daripada mereka yang mencari herba lelaki ini berumur dalam lingkungan 40 tahun dan keatas.
.
Normal lah, umur dah meningkat mesti tenaga pun dah tak macam muda-muda dulu.
.
.
Berdasarkan amalan turun temurun, ada beberapa herba yang berupaya untuk meningkatkan kesihatan lelaki secara menyeluruh. Terutama sekali bagi meningkatkan kesihatan batin lelaki.
.
Apakah yang perkatakan ini betul ke berkesan? Atau ianya hanyalah fakta yang direka semata-mata?
.
Kali ini team SuamiSihat akan merungkai fakta & keberkesanan segala herba untuk lelaki ini.
.
Jom baca!
.
.
.
.
Herba Kuat Untuk Lelaki
.
.
Berdasarkan kajian saintifik, ada beberapa herba yang telah terbukti boleh meningkatkan kesihatan lelaki.
.
Kesemua herba ini mengandungi adaptogen yang berfungsi meningkatkan tenaga fizikal, kesihatan mental, dan kestabilan hormon dalam badan.
.
Antara perlbagai manfaat yang terdapat dalam herba adaptogen ini ialah:
- Meningkatkan keupayaan fizikal
- Memberi tenaga extra
- Hilang lesu
- Manambah jisim otot
- Meningkatkan penghasilan androgen seperti testostron
.
.
1. Tongkat Ali
.
.
Tongkat Ali merupakan bahagian akar kepada pokok yang dikenali sebagai Eurycoma longifolia yang banyak tumbuh di Asia Tenggara.
.
Ia merupakan herba lelaki tradisional yang digunakan dan diamalkan di negara-negara seperti:
- Malaysia
- Indonesia
- Brunei
- Negara Asia Tenggara yang lain
.
Terdapat beberapa kajian terhadap Tongkat Ali (longjack) yang dijalankan bagi mengkaji peningkatan kesuburan lelaki.
.
.
Sebanyak 350 lelaki dipilih, dan diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari, ia dilakukan setiap 3 bulan selama 9 bulan. Hasilnya, menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
.
Manfaat herba untuk lelaki ini terhadap kesihatan berkemungkinan berasal daripada pelbagai bahan yang ada didalamnya seperti:
- Flavonoid
- Alkaloid
- Bahan lain yang bertindak sebagai antioksidan
.
Antioksidan merupakan bahan yang melawan kerosakan sel yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas.
.
.
2. Cordyceps
.
.
Cordyceps merupakan sejenis fungi yang hidup pada sesetengah ulat bulu yang hidup pada kawasan gunung tinggi di China.
.
Bahan ini mudah untuk didapati dalam kuantiti yang besar kerana ia dibiakkan didalam makmal.
.
Setakat ini, berdasarkan hasil kajian klinikal yang dijalankan, ia terbukti mampu:
- Meningkatkan prestasi dan stamina lelaki
- Mempunyai ciri anti-penuaan
- Mengawal type-2 diabetes
- Membantu dalam kesihatan jantung
.
.
Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas 20 lelaki yang berusia 50-77 tahun yang diberikan 330 mg herba ini menunjukkan peningkatan terhadap keupayaan fizikal mereka.
.
Itupun, masih ada keraguan lagi kerana ia hanya memberikan kesan terhadap mereka yang tua, dan muda namun tidak pada mereka yang aktif.
.
Ada sesetengah daripada manfaat tersebut dijalankan ujian hanya kepada haiwan dan belum ada ujian keatas manusia lagi.
.
.
.
3. Ginseng
.
.
Herba mujarab ini merupakan herba cina yang telah digunakan sejak berabad lamanya lagi.
.
Ada berbagai jenis ginseng namun yang paling popular adalah:
- American Ginseng – Panax Quinquefolius
- Asian Ginseng – Panax Ginseng
.
.
Ginseng mengandungi dua bahan utama, iaitu ginsenosides dan gintonin.
.
Kedua-dua bahan ini melengkapi satu sama lain untuk memberikan manfaat kepada kesihatan seperti:
- Merawat masalah mati pucuk
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengatasi kelesuan dan menambah tenaga dalam badan
.
Kajian dijalankan ke atas 60 orang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk yang sederhana dan diberikan 1000 mg ginseng sebanyak 3 kali sehari.
.
Hasilnya menunjukkan ia mampu merawat mati pucuk berdasarkan tahap testosterone, prolactin dan juga kolestrol.
.
.
4. Maca Root
.
.
Pokok herba kuat untuk lelaki ini dikenali dengan nama saintifik lepidium meyenii, yang turut dikenali dengan nama Peruvian Giseng.
.
Ia tumbuh dikawasan yang beraltitud setinggi 4000 meter di Andes, Peru.
.
Bahagian yang boleh dimakan adalah bahagian akarnya dan biasanya ia akan dikeringkan dan dimakan dalam bentuk serbuk, kapsul atau ekstrak cecair.
.
.
Berdasarkan hasil kajian, maca dikatakan mampu untuk:
- Meningkatkan libido didalam lelaki dan wanita
- Menambah kesuburan lelaki
- Mengecilkan saiz prostat
.
Jadi, jika berdasarkan kajian, ia benar-benar mampu memberikan manfaat buat kesihatan lelaki secara menyeluruh.
.
.
5. Horny Goat
.
.
Herba kuat untuk lelaki yang seterusnya pula mudah untuk dibeli over the counter.
.
Bahan aktif yang terdapat didalamnya iaitu icariin, merupakan ekstrak daripada pokok Epimedium dan mudah ditemui di China, Jepun dan juga Korea.
.
Ia dikatakan mampu untuk merawat masalah mati pucuk dan dijual dalam bentuk:
- Tablet
- Kapsul
- Serbuk
- Teh
.
.
Kajian dijalankan terhadap haiwan menunjukkan bahawa ia mampu meningkatkan ereksi.
.
Ia juga menunjukkan bahawa icariin sangat efektif dalam menahan PDE5 dalam badan manusia yang menyekat ereksi.
.
.
6. Devil’s thorn (tribulus terrestris)
.
.
Tribulus Terrestris merupakan salah satu daripada bahan yang boleh ditemukan didalam testosterone boosters yang telah lama digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.
.
Ia tumbuh di merata tempat termasuklah Eropah, Asia, Afrika dan juga Timur Tengah.
.
Berdasarkan kajian, terdapat 11 sampel kajian dilakukan dan kesimpulan daripada 11 sampel tersebut, ia tidak mampu untuk meningkatkan testosterone didalam badan manusia.
.
Hanya 3 sahaja yang menunjukkan kesan tersebut dan ketiga-tiganya dijalankan bukan terhadap manusia.
.
.
Banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui bagaimana sebenarnya kesan tribulus terrestris terhadap manusia.
.
Ada kajian lain yang turut menunjukkan bahawa ia sebenarnya turut mampu untuk mengurangkan kolestrol.
.
Namun, kajian ini masih dalam fasa awal dan hanya dijalankan terhadap haiwan sahaja setakat ini.
.
.
7. Ubi Jaga
.
.
Ubi jaga merupakan salah satu herba terbaik untuk lelaki yang sering digunakan oleh Orang Asal untuk merangsang kekuatan batin.
.
Pokok herba untuk lelaki yang juga dikenali sebagai smilax myosotiflora yang tumbuh di dalam hutan tropika di Asia Tenggara.
.
Selain menguatkan tenaga lelaki, ia turut mengandungi manfaat sebagai penguat metabolisma badan.
.
.
Kajian dijalankan ke atas 48 tikus jantan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan bahan berbeza seperti air, 200 mg, 400 mg dan 800 mg ubi jaga.
.
Hasilnya jelas menunjukkan peningkatan testosterone bagi setiap kumpulan yang mengambil herba ini dan bergantung kepada dos masing-masing.
.
Namun, ada diantaranya yang terbunuh dalam kajian.
.
.
8. Ginkgo Biloba
.
.
Pokok herba untuk tenaga batin seterusnya pula adalah merupakan pokok yang mudah dijumpai di China dan digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan.
.
Ubatan tradisional China fokus kepada manfaat yang ada pada daun dan bijinya namun kajian moden pula fokus lebih kepada ekstrak ginkgo yang diambil dari daun.
.
Antara manfaat yang ada pada herba ini adalah:
- Merupakan antioksidan yang kuat
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu meningkatkan kesihatan jantung
- Merawat masalah batin
.
.
Ginkgo sebenarnya sangat dikenali sebagai salah satu herba yang mampu meningkatkan dan melancarkan aliran darah dengan cara meningkatkan nitric oxide didalam badan.
.
Kajian dilakukan keatas pesakit yang mengalami coronary artery disease dengan diberikan herba ini selama 2 minggu.
.
Hasilnya menunjukkan ada peningkatan terhadap kadar tekanan dan denyutan jantung ke tahap normal.
.
Ia sekaligus turut mampu merawat masalah kegagalan fungsi batin seperti mati pucuk dengan cara melancarkan aliran darah kebahagian batin.
.
.
9. Herba-herba Ayurveda
.
.
Ayurveda merupakan sistem perubatan tradisional India dan ia bertujuan bagi menjaga kesihatan dengan cara menyeimbangkan kesihatan minda, badan dan jiwa serta mengelakkan penyakit berbanding merawatnya.
.
Berikut merupakan senarai herba-herba Ayurveda dan manfaatnya menerusi kajian klinikal yang telah dijalankan :
- Ashwagandha – Meningkatkan tumbesaran otot, memori dan juga kesuburan lelaki.
- Boswellia – Membantu dalam melancarkan pernafasan bagi mereka yang mengalami asma kronik.
- Triphala (Amla, Bibhitaki, Haritaki) – Mengurangkan sembelit, sakit perut, mengurangkan pengumpulan plaq didalam mulut dan mengelakkan pembiakan bakteria didalam mulut.
- Brahmi – Mengurangkan simptom ADHD dan mempunyai ciri adaptogenic yang membantu dalam mengawal dan mengurangkan stress.
.
.
.
10. Butea Superba
.
.
Butea Superba merupakan tumbuhan yang tumbuh di India, China, Vietnam dan Thailand.
.
Bahagian akar tumbuhan Butea ini yang biasanya akan digunakan sebagai ubat.
.
Antara manfaat utama butea superba menerusi hasil kajian yang dijalankan adalah:
- Masalah mati pucuk
- Masalah diarrhea
- Masalah sukar atau sakit ketika kencing
- Demam
Namun, bagi kajian yang berkaitan penggunaan herba ini dalam mengatasi masalah mati pucuk sebenarnya menemukan hasil yang sentiasa bertentangan diantara satu sama lain.
.
.
11. Kesum
.
.
Kesum atau turut dikenali sebagai polygonum minus merupakan diantara tumbuhan yang mudah dijumpai di Asia Tenggara.
.
Ia banyak digunakan sebagai tambahan perasa makanan dan digunakan secara tradisional untuk merawat masalah sakit perut dan sakit badan.
.
Berdasarkan kajian, kesum merupakan herba yang mampu untuk:
- Bertindak sebagai antioksidan
- Membantu dalam proses pencernaan
.
.
.
12. Cabai Jawa
.
.
Cabai jawa atau nama saintifiknya piper retrofractum atau piper longum merupakan herba kuat untuk lelaki yang berasal dari India.
.
Namun kini, ia semakin kerap ditemui dikawasan kepulauan Jawa di Indoensia dan juga di kawasan Himalaya.
.
Antara manfaat yang ada padanya hasil daripada kajian yang dijalankan, ia:
- Kaya dengan antioksidan
- Membantu dalam kesihatan otak
- Membantu dalam mengawal gula dalam darah
- Mengurangkan paras kolestrol
.
.
.
13. Kunyit Hitam
.
.
Kunyit hitam turut dikenali sebagai curcumin cesia dan merupakan diantara herba kuat untuk lelaki tradisional India.
.
Ia telah dibuktikan menerusi kajian bahawa ia mampu untuk:
- Bertindak sebagai ejen anti-radang
- Menjadi antioksidan yang kuat
- Meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko masalah berkaitan otak
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu dalam mengatasi kemurungan
- Mampu mengelakkan kanser
.
.
.
14. Tunjuk Langit
.
.
Buah tunjuk langit atau nama saintifiknya Helminthostachys Zeylanica merupakan diantara herba kuat untuk lelaki yang mula mendapat perhatian ramai apabila banyak kajian dilakukan ke atasnya.
.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa ia mampu untuk:
- Menangani masalah gout
- Mengatasi masalah sakit sendi
- Mengurangkan risiko darah tingg
- Melancarkan perjalanan darah
- Meningkatkan kecergasan badan.
.
Kajian juga mendapati bahawa biji buah ini turut mengandungi berbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.
.
Ia merupakan sebahagian daripada keluarga pokok mahogani atau mahoni.
.
Ia tumbuh kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
.
.
.
Rupanya setakat ini memang segala herba kuat untuk lelaki yang dikatakan ada didalam supplement kesihatan lelaki dan ubat kuat benar-benar mempunyai 1001 manfaatnya yang tersendiri.
.
Namun, anda perlu tahu bahawa kebiasaannya didalam mana-mana produk, zat dan khasiat setiap herba kuat untuk lelaki yang diekstrak akan musnah sekitar 80%!
.
Ia disebabkan oleh teknologi pengekstrakan yang digunakan tidak mencapai standard yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
.
.
Konklusinya
.
.
Alternatif menggunakan herba memang memakan masa, tetapi kesannya boleh menyihatkan badan dari dalam, & kekal untuk jangka masa yang panjang.
.
Ia tak sama dengan product berasaskan chemical mengandungi dadah yang lain, yang hanya membantu meningkatkan prestasi sahaja, tetapi tidak sikit pun merawat simptom masalah anda.
.
Jangan terpengaruh dengan iklan yang disiarkan di Facebook, Telegram, & dan laman media sosial yang lain.
.
.
Kebanyakkan daripada produk mereka tak ada kajian saintifik, apatah lagi kelulusan KKM, baik minyak sapu mahupun yang datang dalam bentuk kapsul/tablet.
.
Lebih merisaukan kandungan yang ada didalam product tersebut mengandungi racun seperti Sildenafil Tadalafil, yang boleh membahayakan kesihatan.
.
.
Tapi kalau nak beli herba, mana satu yang terbaik?
Ada ke supplement herba yang lengkap dengan semua herba penting ni?
.
Oleh sebab ini, kami nak memperkenalkan kepada beberapa produk terbaik untuk kesihatan lelaki.
.
.
1. Men’s Formula
.
.
Men’s Formula merupakan salah satu product dari Biotropics Malaysia Berhad, anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.
.
Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat produk herba di asia tenggara yang telah mendapat pengiktirafan daripada USFDA.
.
Men’s Formula telahpun mendapat kelulusan KKM, serta halal jakim.
.
.
Dalam setiap kapsul, telah terbukti boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh seperti:
- Meningkatkan penghasilan testosteron
- Memulihkan tenaga
- Mengatasi masalah lesu & penat
- Memulihkan mood & stress
- Mengembalikan prestasi batin
.
Ia diformulasikan dengan menggunakan 6 herba terpilih iaitu:
- Tongkat Ali
- Maca Root
- Devil’s Thorn
- Horny Goat Weed
- Cordyceps
- Ginseng
.
Berminat untuk dapat product ni? Skrol ke bawah untuk grab sekarang.
.
.
2. Xprimal Men
.
.
Xprimal Men merupakan antara minyak penjagaan batin lelaki paling terbaik dipasaran.
.
Produk ini mempunyai sijil Halal JAKIM, dan kelulusan KKM.
.
Ia diformulasikan oleh Dr. Ismail Tambi, pakar kesihatan lelaki Malaysia.
.
.
Xprimal Men sesuai untuk mereka yang mahukan peningkatan dari segi:
- Prestasi ketika bersama.
- Memelihara kesihatan batin.
- Ingin mencuba pelbagai posisi tanpa muntah.
- Ingin menyelesaikan masalah terlalu sensitif, dan kurang keras.
- Meningkatkan keyakinan kembali.
.
Produk ini menggunakan beberapa bahan terpilih yang boleh membantu mengatasi masalah batin anda.
.
Antara bahan-bahan yang ada dalam satu tiub Xprimal Men ialah:
- Tongkat ali
- Ekstrak biji almon
- Minyak Zaituan
- Citrus Grandis
- Vitis Vinifera
.
.
Berminat untuk dapat product ni? Boleh dapatkan dibawah.
BELI SEKARANG
Klik Link di Atas!