Hammer of Thor, jenama yang tidak asing lagi dikalangan penggemar ubat perangsang seks haram.
.
Bagi yang tidak tahu, kami akan ceritakan daripada A sampai Z cara mereka beroperasi.
.
Hammer of Thor merupakan salah satu ubat perangsang seks yang sangat bahaya untuk diambil oleh lelaki. Ubat kuat ini dikatakan dapat membantu meningkatkan ketegangan zakar, memanjangkan saiz zakar, dan memperbesar ukuran penis. Sejauh mana keberkesanan nya untuk merawat masalah mati pucuk & keselamatannya masih diragui.
.
.
Tetapi, rata-rata di kalangan pakar berpendapat, Hammer of Thor ini diperbuat secara haram menggunakan racun analog terkawal!
.
Ya. Anda tak salah baca. Bahaya Hammer of Thor ini bukan sahaja membuatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkannya. Malah ia turut mendapat respon negatif dari seluruh dunia.
.
Hammer of Thor merupakan salah satu produk popular yang menjanjikan kesan berikut:
- Besarkan zakar
- Panjangkan zakar
- Zakar keras
- Zakar tak mudah lembik
- Tahan lama di ranjang
.
Tapi ternyata semua ini adalah overclaim semata-mata!
.
Berapa banyak kes yang dicatatkan hasil daripada penggunaan produk yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kelulusan KKM. Antara kesan buruk yang akan berlaku kepada zakar anda jika menggunakan produk yang salah adalah:
.
[+] Berpotensi merosakkan buah pinggang
[+] Berbahaya kepada jantung
[+] Ketidakstabilan hormon dalam badan
[+] Bermacam-macam lagi kesan bahaya
.
? Ikuti penerangan Dr. Ismail Tambi (Clinical Andrologist) berkenaan industri Ubat Kuat, yang sering overclaim boleh membesarkan saiz ni.
.
.
.
.
Kelemahan Hammer Of Thor
.
.
Dalam kes Hammer of Thor pula, ada beberapa isu yang berlaku yang jelas menunjukkan ia tidak selamat digunakan.
.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut dibawah bermula dengan isu yang biasa sehingga isu yang serius yang jelas menunjukkan bahaya Hammer of Thor.
*Cadangan bacaan seterusnya untuk anda : Bahaya Gambir Sarawak.
.
.
1. Terlalu Banyak Versi Botol di Pasaran
.
Isu pertama yang membawa kepada bahaya Hammer of Thor ini adalah variasi botol produknya.
.
Terlalu banyak versi dan juga alamat pengilang dan manufacturer yang berlainan. Ada yang datang dari US, India, Itali dan beberapa buah negara lagi.
.
Setiap statement mereka juga seolah-olah sedang “berlawan” dan claim bahawa keluaran mereka adalah yang original. Jika situasi ini berlaku, sukar untuk kita pastikan siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya.
.
.
.
.
Andai kata Hammer of Thor ini ada yang betul-betul original, kenapa tiada website rasmi dari HQ? Kenapa tak ada maklumat & alamat pengilang yang sah serta berdaftar dengan FDA (International Food & Drugs Association) – yang diperakui ketulenannya?
.
Besar kemungkinan brand Hammer of Thor ni sebenarnya hanyalah brand yang tidak dipatenkan, serta bebas dipergunakan oleh mana-mana pengilang herba tak bertauliah yang nak jual produk ubat kuat.
.
.
2. Tiada Penambahan Saiz Selepas 7 Minggu!
.
.
Ramai pengguna Hammer of Thor mengatakan bahawa langsung tiada sebarang perubahan positif terhadap saiz & kepanjangan zakar mereka walaupun selepas menggunakannya selama 7 minggu secara konsisten.
.
Bayangkan dengan segala janji manis yang dijanjikan dalam website jualannya, satu manfaat pun belum dapat anda rasai.
.
Ia claim ia mampu meningkatkan saiz zakar sebanyak 3 inci dalam tempoh 2 minggu.
.
Okay. Mungkin tak akan dapat result macam tu. Tapi sekurang-kurangnya kena ada sedikit perubahan positif.
.
Ada juga yang guna selama 2 bulan straight tapi masih tiada sebarang perubahan!
.
Apa-apapun, anda boleh baca review jujur daripada seorang customer Mat Salleh tentang Hammer of Thor ni di sini nanti.
.
.
3. Banyak Website Palsu
.
.
Anda boleh temukan terlalu banyak website yang mempromosikan Hammer of Thor..
.
Mungkin anda rasakan bahawa ia terlalu popular jadi tak hairanlah kalau ada banyak website yang mempromosikannya.
.
Website-website ini juga menjadi punca bahaya Hammer of Thor kerana anda sendiri tak tahu yang mana satu website rasmi produk ini.
.
Bayangkan kalau website palsu yang jual produk, ada beberapa kemungkinan yang anda akan dapat kalau anda memesan produk ini daripada mereka:
.
[+] Produk TIRUAN
[+] Wang anda LESAP
[+] Maklumat anda DICURI
.
Anda juga tak akan dapat hubungi pihak penjual jika ada sebarang masalah kerana semua maklumat untuk berhubung juga adalah palsu.
.
Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri pun sangat giat dalam aktiviti unpublish website pengedar-pengedar mereka, kerana semuanya overclaim dan tak berdaftar.
.
Tengok contoh dibawah.
.
.
.
Kegiatan mereka telah jelas sekali diblock & diawasi ketat oleh pihak KKM.
.
Segala operasi jual beli mereka jelas sekali telah melanggar undang-undang (seperti yang tertulis di notis KKM tersebut).
.
***Boleh baca selepas ini: Boleh ke besarkan saiz zakar sebenarnya?
.
.
4. Tiada Pendaftaran, Tiada Sijil, Tiada Bukti Klinikal!
.
Okay. Kali ni kita masuk part yang paling penting kenapa KKM mengharamkan Hammer of Thor.
.
Bahaya Hammer of Thor ini adalah, ia tidak berdaftar dengan mana-mana agensi atau kementerian kesihatan.
.
Ia juga tiada sijil yang membuktikan bahawa ia selamat untuk digunakan dan ia juga langsung tiada bukti kajian klinikal! Lihat hasil carian nama produk ini didalam laman rasmi National Pharmaceutical Regulatory Agency dibawah KKM dibawah ini.
.
.
Hasil carian menunjukkan “No Result Found” yang membawa maksud produk ini tidak berdaftar dengan KKM. Anda boleh buat research dengan lebih mendalam di web-web mereka.
.
Oh ya. Bila anda buat reseach tu, anda boleh cari informasi berikut:
[+] Ada mana-mana pengiktirafan lab berdaftar?
[+] Even, confirm ada ujian klinikal at the first place ke?
[+] Ke just main campurkan herba-herba & bahan-bahan chemical?
.
Kalau anda tak percaya bahaya Hammer of Thor yang langsung tiada bukti dan sijil ni, silakan untuk mencari maklumatnya di internet. Tetapi hasilnya ternyata, TIADA.
.
Jadi, kalau mereka betul-betul konfiden dengan keselamatan produk ini, mengapa dah lebih 5 tahun di pasaran Malaysia – tetapi tidak berani untuk mendaftar di bawah KKM?
.
.
5. Bahan Yang Digunakan
.
Dalam website untuk mempromosikan Hammer of Thor, anda akan diceritakan bahawa ia mempunyai terlalu banyak bahan Ayurveda.
.
TAPI… Cuba anda lihat di botol dalam gambar dibawah.
.
.
.
Ada satu bahan sahaja! Lain pengeluar, lain maklumat kandungannya yang terpampang pada botol. Selain itu, bahan-bahan dalam Hammer of Thor ini tidak begitu jelas kandungannya.
.
Anda boleh lihat iklan-iklan di website pengedar mereka yang seakan-akan tak nak terangkan lebih lanjut & tepat tentang komposisi kandungan dalam Hammer of Thor.
.
Apa yang kami bimbangkan adalah mereka hanya claim menggunakan teknologi herba, tetapi mengapa tiada ujian klinikal mahupun pendaftaran dengan KKM?
.
Kami risau ia sama bahaya seperti produk Candy B Complex – mereka pun claim daripada herba, tetapi ternyata mengandungi sildenafil & tadalafil!
.
*Cadangan bacaan seterusnya untuk anda : Bahaya Candy B Complex
.
Sekarang jelas berkenaan sebab bahaya Hammer of Thor dan kenapa KKM mengharamkannya? Beringat sebelum terkena.
.
Itulah satu-satunya pesanan daripada kami untuk anda sebelum mencuba walau apa jenis produk sekalipun. Okay. Sekian sahaja sharing daripada kami kali ini.
.
Semoga bermanfaat~
.