Ramai orang yang menggunakan minyak lintah sebagai alternatif untuk tahan lama apabila diranjang.
.
Banyak antara mereka juga yang gemar menggunakan minyak seperti minyak belacak, & minyak dhab yang tular di media sosial sekarang ini.
.
Minyak yang mereka gunakan ini datang dalam pelbagai jenis seperti, Minyak Lintah, Minyak Belacak, & Minyak Dhab.
.
.
Tapi betul kah berkesan?
.
Kalau nak tahu, teruskan membaca.
.
.
.
.
Baca Selepas Ini: Tongkat Ali – 10 Produk Terbaik Di Pasaran
.
.
Apa Itu Minyak Lintah, Minyak Belacak, & Minyak Dhab?
.
.
Minyak urutan zakar yang banyak terjual dipasaran sekarang ini kebanyakkannya dibuat berasaskan haiwan.
.
Haiwan-haiwan yang dinyatakan diatas dipilih kerana ianya mempunyai sifat atau bentuk yang seakan-akan zakar.
.
Binatang tadi akan melalui proses pengekstrakan sehingga mendapat ekstrak yang diinginkan.
.
.
Setelah itu ekstrak tersebut akan dimasukkan kedalam botol-botol kecil dan dipasarkan.
.
Kebiasaannya jika anda beli produk seperti minyak lintah, minyak dhab, & minyak belacak, mereka akan menyediakan panduan cara urutan zakar menggunakan minyak tersebut.
.
Dan keberkesanannya juga bergantung kepada cara anda mengamalkannya, dan tempoh masa yang di janjikan setiap penjual dan pengilang berbeza-beza.
.
.
Minyak Lintah
.
.
Pada yang tak tahu, minyak lintah diperbuat daripada ekstrak Lintah yang diproses sehingga keluar minyak.
.
Ekstrak ini kemudian dimasukkan kedalam botol-botol kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
.
Banyak jenama minyak lintah yang ada dipasaran kita sekarang ini.
.
Khasiat minyak lintah yang dijanjikan seller-seller:
- Membesarkan zakar
- Memanjangkan saiz zakar
- Tahan lama
- Melancarkan perngaliran darah
.
.
Selain membesarkan alat sulit lelaki, ia juga dikatakan mempunyai manfaat minyak lintah untuk payudara.
.
Dari segi harga pula anda boleh dapatkan bermula dari RM10 ringgit hingga ke RM200 bergantung kepada jenama, penjual, & cara guna minyak lintah itu sendiri.
.
.
Minyak Belacak
.
.
Minyak belacak pula diperbuat dari ekstrak ikan belacak yang mempunyai sifat mengembang.
.
Ekstrak dari minyak belacak juga dipasarkan didalam botol-botol kecil yang mana harganya juga boleh mencecah RM400 ringgit.
.
Secara umum, antara khasiat minyak belacak yang dijanjikan dalam setiap botol ialah:
- Boleh memanjangkan zakar
- Menambah kelebaran saiz zakar
- Merangsang peredaran darah disekitar zakar
.
.
Selain itu, para wanita juga boleh gunakan minyak belacak besarkan payudara kata mereka.
.
Untuk cara guna minyak belacak, anda boleh mengurut zakar anda dari pada pangkal zakar hingga lah ke kepala zakar anda. Ulang bergerakan ini dari dalam keluar.
.
.
Minyak Dhab
.
.
Minyak dhab dihasilkan dari ekstrak biawak dhab yang hidup di kawasan padang pasir di timur tengah.
.
Selepas mendapat ekstrak dari minyak dhab tersebut, khasiat minyak dhab tersebut dibotolkan dan dijual kepada orang ramai.
.
Ianya boleh didapati bermula harga RM20 hingga mencecah ratusan ringgit.
.
.
Cara guna minyak dhab juga serupa dengan minyak-minyak yang lain, anda hanya perlu sapu minyak dhab tersebut bermula dari pangkal hingga ke kepala zakar sambil mengemut-ngemut untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
.
.
Betul Ke Berkesan?
.
Lain pengeluar produk lain kesan yang dijanjikan.
.
.
Tetapi kebanyakkan daripada mereka menjanjikan khasiat dan kelebihan yang hampir serupa.
.
Ada juga kelebihan-kelebihan yang tidak masuk akal, seperti boleh menambah kepekatan air mani, dan menambah saiz payudara.
.
Penggunaan minyak urut yang berasaskan haiwan ini dipercayai dapat menambah lebar dan kepanjangan zakar.
.
.
Selain itu manfaat seperti tahan lama, dan tenaga yang berpanjangan juga menjadi pemanis mulut para penjual produk-produk berkenaan.
.
Setakat ini, tiada lagi bukti klinikal dan saintifik yang membuktikan khasiat ekstrak minyak lintah, minyat belacak atau pun minyak dhab dapat membantu menambah prestasi seksual.
.
.
Sebaliknya ianya hanyalah amalan kuno masyarakat di asia tenggara, malah di benua amerika selatan.
.
Tak Ada KKM?
.
.
Hampir kesemua produk minyak urut yang berasaskan haiwan ini tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
.
Jika anda mahu juga pakai minyak urut, anda boleh cuba minyak urut lain yang mempunyai sijil kelulusan daripada KKM.
.
Ini penting kerana ianya untuk memastikan produk yang anda guna itu selamat untuk digunakan.
.
.
Baca Selepas Ini: Prestasi Seks – Kesan Viagra, Cialis & Levitra VS Supplement Berasaskan Herba
.
.
Kesan sampingan jika digunakan secara belebihan
.
.
Produk-produk yang tidak mempunyai kelulusan KKM sudah tentu mempunyai kesan sampingannya.
.
Jika produk tersebut selamat, KKM tidak akan teragak-agak untuk memberi sijil kelulusan kepada mereka, hakikatnya tiada.
.
Dan jika minyak urut yang anda gunakan itu mempunyai bahan yang bersifat menghakis atau beracun, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda.
.
.
Penggunaan minyak lintah, minyak belacak & minyak dhab secara berlebihan boleh membuatkan kulit zakar anda menjadi gelap dan menggelupas.
.
Minyak yang berasaskan haiwan ini sebenarnya adalah najis kerana ia diperbuat dari ekstrak bangkai haiwan.
.
Walaupun prosedur penghasilannya melibatkan cara penyembelihan yang betul, tetapi tujuan penggunaan tetap salah.
.
.
Bakteria yang wujud dalam minyak lintah, minyak belacak & minyak dhab boleh membuatkan pemakainya terkena kurap dan menyebabkan alahan pada kulit di masa hadapan.
.
Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf zakar dan menyebabkan kekebasan yang bersifat permanent.
.
Selain itu jangkitan kuman dan bakteria boleh berlaku kepada zakar anda.
.
.
Zakar yang dilumurkan dengan minyak lintah, belacak, & dhab boleh merangsang pembiakan bakteria ditambah pula dengan kandungan daripada ekstrak bangkai haiwan yang tidak dipastikan kesucian dan khasiatnya boleh memburukkan lagi keadaan.
.
Ditambahkan lagi jika anda sapu minyak urut tersebut sebaik sahaja sebelum anda berjimak bersama isteri anda, jangkitan bakteria dan komplikasi lain boleh berlaku kepada anda dan isteri.
.
Bahaya tuan-tuan, jangan sesekali cuba dirumah.
.
.
Boleh ke tidak sebenarnya guna minyak urut ni?
.
Sebelum kami menjawab persoalan diatas, jom kita tonton video dari Dr. Ismail Tambi dibawah.
.
.
Dr. Ismail Tambi merupakan salah seorang pakar andrologist yang terkenal di Malaysia.
.
Berdasarkan video penerangan diatas jelas lah penggunaan produk minyak urut sepert minyak lintah, minyak belacak, & minyak dhab ni mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan anggota kelamin kita.
.
Keberkesanannya juga adalah merupakan mitos semata-mata.
.
Jika ada salah seorang daripada kenalan anda yang tidak mempunyai kesan sampingan setelah menggunakan minyak ini, ini mungkin juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kekerapan, kuantiti minyak yang disapu, dan tubuh badan seseorang itu.
.
.
Tidak semestinya satu-satu produk itu sesuai untuk semua orang, tambahan lagi pula pada produk yang tiada kelulusan KKM dan tidak diketahui khasiat dan kesuciannya, tidak wajar lah kita menggunakannya.
.
Berbaloi kah anda menggunakan produk yang berisiko tinggi ini kepada alat kelamin anda? Sudah tentu tidak.
.
Lebih baik anda menggunakan produk-produk yang mempunyai KKM yang terbukti selamat untuk digunakan.
.
.
Boleh ke panjangkan zakar?
.
.
Pada pendapat dan admin, saiz zakar sebenarnya tidak dapat dipanjangkan dengan hanya setakat memakan atau mengurut produk yang ada dipasaran sekarang ini.
.
Cara untuk panjangkan zakar yang paling berkesan adalah dengan menggunakan alat untuk memanjangkan zakar, atau pun melalui proses pembedahan yang memakan kos puluhan ribu ringgit.
.
Ini kerana alat kelamin kita sememangnya telah seperti itu sejak dari lahir, ini lah fakta yang tidak perlu dirungkaikan lagi.
.
.
Jadi penggunaan minyak lintah, minyak belacak, & minyak dhab hanyalah perbuatan yang membazir wang dan sia-sia.
.
Jika anda merasakan perubahan selepas menggunakannya, itu berkemungkinan kesan dari Placebo effect yang merupakan salah satu kesan psikologi.
.
Yang mana apabila kita gunakan produk tersebut, kita merasakan ada perubahan pada zakar kita, padahal sebenarnya tanggapan tersebut terhasil kerana otak kita tahu bahawa kita sedang menggunakan produk tersebut.
.
Sudah tentu jika anda mengurut-ngurut zakar anda saiznya akan menjadi besar. Itu kerana zakar kita sememangnya sensitif terhadap rangsangan dan sentuhan.
.
Lagi-lagi kalau isteri anda yang buatkan betul tak? Hihi
.
Hakikatnya saiz zakar kita sama sahaja panjang dan besar ukurannya.
.
Kesimpulan
.
Setiap produk minyak lintah, minyak belacak, & minyak dhab yang ada dipasaran sekarang ini menjanjikan kesan yang sama terhadap zakar kita seperti dapat memanjangkan saiz zakar, dapat menambah lebar ukuran zakar dan effect tahan lama.
.
Sebaliknya produk mereka yang terlebih claim ini hanyalah sebuah produk yang tidak mempunyai apa-apa kesan yang ketara terhadap anggota kelamin anda, melainkan kesan yang buruk.
.
Bukan itu sahaja, produk ini juga mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh memudaratkan anggota zakar kita, seperti penyakit kulit dan jangkitan kuman pada alat sulit anda dan pasangan anda.
.
.
Produk minyak lintah, minyak belacak, & minyak dhab yang tidak mempunyai kelulusan daripada KKM ini mempunyai kandungan yang tidak dapat dipastikan.
.
Kesucian produk ini juga meragukan kerana ia diperbuat daripada bangkai haiwan-haiwan.
.
Saranan kami, guna lah produk yang selamat dan yang mempunyai pengesahan daripada KKM.
.
.
Ianya dapat mengelakkan anda dari menghidap penyakit kelamin, dan dapat menghindar anda dari terjebak dengan perkara yang merugikan dan membazir.
.
Selain itu, jika anda mempunyai masalah berkenaan alat kelamin anda, segera lah berjumpa dengan doktor supaya masalah yang dialami dapat diselesaikan dengan segera.
.
Penyakit seperti mati pucuk dan lain-lain penyakit tidak dapat dirawat dengan hanya menggunakan produk-produk yang ada dipasaran sahaja.
.
.
Gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil berat.
.
Ini kerana hampir kesemua penyakit kelamin, dan kegagalan alat sulit berfungsi dengan baik seperti mati pucuk adalah berpunca daripada penyakit-penyakit kronik yang lain.
.
Jaga lah kesihatan anda untuk masa depan anda juga.
.
.
Terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua.
.
Terima kasih.
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Urut Batin Tradisional – Boleh ke Rawat Mati Pucuk Sebenarnya?
..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DISCLAIMER / PENAFIAN
- Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
- Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
- Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
- Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke [email protected]. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
- Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *