Banyak betul iklan ubat kuat sekarang ni.

.

Kadang-kadang bukan nak search apa pun.

.

Nak cari pasal barang-barang spareparts kereta & motor je.

.

.

Habis macam-macam iklan paid ads lalu dekat online shop, baik Shopee, Lazada, Marketplace, mahupun Mudah semua ada.

.

Dah macam sindiket pun ada, kadang-kadang terfikir macam mana produk macam ni boleh senang-senang jual dekat pasaran?

.

KKM tak buat kerja ke sampai boleh berleluasa sangat macam ni?

.

Anda pun ada persoalan macam ni? Meh min story sikit, macam mana kerja diorang dekat Malaysia ni.

.

.

Mengenali Ubat Kuat

.

.

Bagi yang tak tahu dan tak pernah try, ubat kuat ni merupakan term yang masyarakat kita guna.

.

Yang mana ia merujuk kepada ubat perangsang seks jenis pelik-pelik yang ada dekat pasaran.

.

Ianya bukan perkara baru ya, ubat kuat ni dah wujud berpuluh-puluh tahun dah, dan dah ramai mangsa yang terjebak, ada yang dah KO pun ada.

.

dr ismail tambi

.

Zaman dulu, atuk nenek kita guna macam-macam herba untuk bantu tingkatkan prestasi tenaga, termasuk tenaga batin.

.

Tapi sejak ada perubatan moden dan penemuan bahan-bahan aktif baru, dan ilmu guna petua orang lama yang masih wujud, ramai yang ambil peluang ini untuk buat produk kuat sendiri dan buat ‘duit tepi’.

.

Banyak jenis ubat kuat ni ada, cuma yang penting banyak perbezaan ubat kuat dan ubat daripada hospital.

.

.

Jenis Ubat Kuat Haram Di Pasaran

.

.

Tadi min dah terangkan surface tentang ubat kuat ni, kalini min akan specific kan lagi satu persatu. 

.

Kalau nak tahu, ubat kuat yang dijual di dalam negara kita ada datang dalam bermacam-macam jenis ye.

.

Semua ni bergantung kepada golongan apa yang ingin dijual, minat macam mana yang ingin ‘dimarketkan’ oleh marketer-marketer mereka.

.

Kebiasaannya ubat kuat ni datang dalam bentuk seperti:

  • Pill
  • Candy
  • Kapsul
  • Soluble
  • Minyak sapu
  • Minyak urut

.

Walaupun ia datang dalam bentuk yang berbeza tetapi basic active ingredient untuk ubat kuat jenis makan sama sahaja, iaitu sildenafil & tadalafil.

.

.

Manakala dari segi minyak sapu/urutan, bermacam pati bangkai haiwan yang digunakan. 

.

Dengan menggunakan demand target market yang dibawa oleh sesetengah pengeluar, penjual dapat meraih untung dengan cara cepat seperti ini.

.

Sangat licik.

.

.

Sebab-Sebab Ubat Kuat Diharamkan

.

.

Kalau kita tengok, mesti ada sebab-sebab kenapa KKM mengharamkan sesuatu product tu.

.

Asalnya product supplement & herba tradisional perlu mendapatkan kelulusan daripada KKM sebelum memasarkan kepada pengguna.

.

Tapi bila KKM dah keluarkan kenyataan untuk haramkan sesuatu produk, ini bermakna produk tersebut confirm, SAH beracun & tak selamat.

.

.

KKM sering adakan serbuan ke premis-premis yang menjual dan menghasilkan ubat kuat ini,.

.

Hasil rampasan produk-produk tersebut akan dibawa ke makmal untuk diuji kandungan didalamnya.

.

Kalau confirm beracun, KKM akan keluarkan kenyataan berkenaan pengharaman produk. Contoh produk yang dah diharamkan seperti Candy B+, Catuaba, Kama-Max Booster, & Kopi Songkok.

.

.

Kesan Sampingan Bersifat Kekal

.

.

Ini lah salah satu sebab kenapa ubat kuat banyak diharamkan di Malaysia.

.

Sesiapa yang amalkan ubat kuat dalam jangka masa tertentu, boleh mendatangkan banyak kesan sampingan. Bukan sahaja kesan sampingan biasa, malah kesan sampingan yang serius sehingga membawa maut juga boleh berlaku.

.

Ini antara kesan sampingan yang boleh terjadi kepada pengguna:

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Mual & muntah-muntah
  • Cirit-birit

.

Ini pula kesan jangka masa panjang jika diamalkan setiap bulan sehingga bertahun-tahun:

  • Penglihatan kabur & sensitif
  • Kurang pendengaran
  • Priapism (ketegangan melampau & menyakitkan)
  • Serangan jantung
  • Stroke
  • Degupan jantung tidak stabil (gangguan elektrik jantung)

.

.

Malah sesiapa yang tidak bernasib baik boleh menyebabkan kematian.

.

Terutama sekali mereka yang menghidap penyakit seperti:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit Stroke
  • Darah tinggi
  • Kencing Manis

.

Semua masalah dan kesan ini disebabkan oleh bahan kandungan yang ada didalam produk tersebut.

.

Kebanyakkan mereka menggunakan bahan yang sama sahaja. Meh min ceritakan lebih lanjut.

.

.

.

Bahan Beracun Dalam Ubat Kuat Jenis Makan

.

.

Untuk buatkan satu ubat atau produk itu betul-betul berkesan, dah tentu pengeluar akan masukkan beberapa bahan aktif.

.

Kebanyakkan bahan aktif yang pengeluar ubat kuat jenis makan biasa mengunakan Sildenafil, Tadalafil & Avanafil, yang merupakan sejenis PDE5 inhibitor.

.

Ubat jenis ini merupakan bahan terkawal, hanya sesetengah produk sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan produk ini.

.

.

“Tapi min Viagra pun ada sildenafil juga.”

.

Betul, Viagra pun mengandungi bahan sildenafil juga.

.

Tapi sildenafil yang ada dalam viagra dengan ubat kuat dekat pasaran tu berbeza, tak sama.

.

.

Viagra lulus FDA dan KKM, ubat kuat lain tak ada kelulusan.

.

Sebagai perbandingan dari, sildenafil dalam Viagra hanyalah 50mg sahaja.

.

Manakala kebanyakkan ubat kuat mempunyai jumlah sildenafil mencecah 1000mg.

.

.

Kesan yang ada pada viagra pula mula hilang dalam jangka masa 4 jam.

.

Ubat kuat? Ada yang sehingga 4-5 hari kesannya.

.

Jumlah ini melebihi paras normal! Sangat bahaya.

.

.

.

Bahan Beracun Dalam Ubat Kuat Jenis Sapuan

.

.

Berbeza pula dengan ubat kuat jenis sapuan, urutan atau krim ini.

.

Kebanyakan pembuat minyak urut menggunakan haiwan-haiwan seperti lintah, biawak, dan ikan belacak, sebagai bahan asas produk mereka.

.

Yang meragukan, adakah produk-produk ini mempunyai kesan bahaya mereka sendiri?

.

Minyak lintah dhab belacak

.

Secara umum, mereka memproses bangkai haiwan tersebut sehingga menjadi minyak. Seterusnya dipaketkan didalam botol.

.

Paling merisaukan, kandungan yang ada dalam minyak urut zakar tersebut berkemungkinan besar mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap zakar.

.

Efeknya, kulit zakar jadi makin hitam dan berbau. Lebih teruk, boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius.

.

.

Cara Penjual Ubat Kuat Beroperasi

.

.

Penjual dan pengeluar ubat kuat banyak beroperasi secara online seperti di Facebook, dan media sosial yang lain untuk mengiklankan produk mereka.

.

Ini supaya pihak berkuasa tak dapat untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

.

Mana taknya, di media sosial kan mereka boleh buat banyak akaun palsu, tanpa perlu mendedahkan bukti identiti mereka.

.

.

“Tapi min, banyak je produk yang takda KKM yang masih terjual sekarang ni, KKM tak buat kerja ke?”

.

Betul, bukan senang nak banteras penjual-penjual dan pengeluar produk yang semakin berleluasa.

.

Kebanyakkan daripada mereka ini menjual produk yang hit & run.

.

Selesai sahaja mereka mengaut untung dan menipu pembeli, mereka akan keluarkan produk baru yang sama, tetapi packaging dan labeling yang berbeza.

.

.

Jadi agak sukar untuk pihak berkuasa seperti Polis, MCMC, & KKM untuk mendakwa sesiapa yang terlibat.

.

Ada beberapa kes yang KKM berjaya kenalpasti, dan mereka ini telahpun diambil tindakkan.

.

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

.

Jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

.

Individu

  1. Kesalahan pertama – Denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
  2. Kesalahan berikutnya – Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

.

Syarikat

  1. Kesalahan pertama – Denda sehingga RM50,000
  2. Kesalahan berikutnya – RM100,000

.

Segala tindakan ni rakan-rakan business min yang lain pernah kena.

.

Even jutawan kosmetik yang femes-femes tu pun tak lari dari dapat tindakan seperti ini.

.

.

Kadang-kadang iklan produk yang mereka ini post di Facebook & Google hanya untuk naikkan brand awareness sahaja.

.

Kemudian pengguna akan cari produk mereka di Shopee untuk harga yang lebih murah.

.

Ini dapat menaikkan jumlah reviews dan kebarangkalian Shopee untuk recommend produk mereka kepada lebih ramai orang.

.

.

Kenalpasti & elakkan beli ubat kuat

.

.

Terutama para suami dan para lelaki, ini tips yang paling berharga untuk anda.

.

Yang nak elak daripada ‘terambil’ ubat kuat beracun, dan nak jaga kesihatan, pastikan anda cakna tentang perkara ini.

.

Kebiasaannya ubat kuat akan wajib ada ciri-ciri dibawah:

  • Kesan cepat dalam beberapa minit/jam
  • Kandungan 3-12 biji sahaja
  • Tak boleh minum kafein (kerana kafein memotong efek PDE5 inhibitor)
  • Takda kelulusan HALAL & KKM

.

Lagi satu, ada satu peel penjual ubat kuat ni, mereka suka sangat gunakan claim-claim berlebih-lebihan.

.

.

Ada sampai tak masuk akal pun ada, sangat melampau overclaimnya.

.

Kalau anda nak beli produk prestasi batin/ubat kuat, pastikan produk tersebut tak ada salah satu daripada manfaat dibawah:

  • Memanjang dan membesarkan zakar
  • Mencegah masalah pancut awal
  • Boleh merawat mati pucuk
  • Merawat darah tinggi
  • Mampu menyembuhkan strok
  • Menyelesaikan masalah gout
  • Penyakit kronik lain

.

.

Jika anda tak pasti produk tersebut merupakan ubat kuat atau tidak, anda boleh buat aduan terus kepada KKM.

.

Atau boleh juga ajukan kepada para doktor kami di SuamiSihat.

.

.

Kesimpulan

.

.

Semua orang nakkan tubuh badan yang sihat dan bebas daripada penyakit. 

.

Tapi usaha untuk selesaikan masalah kesihatan perlukan banyak pengorbanan dan usaha untuk menampakkan hasil.

.

Apa yang paling penting sekali kita kena buat adalah, elakkan ambil ubat kuat atau produk-produk yang tidak diketahui kandungan & keselamatannya.

.

.

Ingat tuan-tuan, tubuh badan kita ni kita akan guna sampai ke hari tua.

.

Pastikan produk yang kita ambil tu merupakan produk yang berwibawa, ada kelulusan KKM, serta telah mendapat kebenaran daripada doktor.

.

Baiklah itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini, Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu

.

.