Ramai lelaki yang tak sedar bahawa mereka mempunyai tanda kencing manis.
Tanda kencing manis ini sebenarnya sangat mudah untuk anda kenalpasti.
Kencing manis merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak mencukupi oleh badan anda.

Ada juga sesetengah pesakit mempunyai insulin yang mencukupi namun tidak dapat menggunakannya.
Bagi pesakit kencing manis, paras gula didalam darah akan meningkat dengan terlalu banyak.
Ia akan menyebabkan lebih banyak komplikasi jika tidak dikawal sebaiknya.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

Risiko yang ada pada pesakit kencing manis juga agak menakutkan dimana anda berpotensi untuk:
- Mengalami masalah kardiovaskular
- Masalah dengan mata, buah pinggang dan kulit
- Membawa kepada masalah mati pucuk
- Masalah urologi
Walaupun begitu, jika anda mengetahui tanda kencing manis ini lebih awal, anda mampu untuk mengelak atau merawatnya.
Jadi, dalam perkongsian kali ini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa tanda kencing manis yang anda patut tahu. Jom baca!
Symptom Kencing Manis dan Tanda Kencing Manis

Tanda awal kencing manis biasanya sukar untuk dikesan kerana ia tidak terlalu ketara.
Antara tanda kencing manis ringan yang anda boleh lihat adalah:
- Kerap kencing
- Kelesuan
- Penglihatan kabur
- Penurunan berat walaupun anda tidak diet
- Rasa kebas pada tangan dan kaki
Jika anda tidak merawat masalah kencing manis ini, komplikasi lain pula akan berlaku terhadap :
- Kulit
- Mata
- Buah pinggang
- Urat saraf
Perhatikan juga jangkitan bakteria yang mungkin berlaku terhadap kelopak mata (styes), folikel rambut (folliculitis) atau pada kuku anda.

Perhatikan juga jika terdapat rasa yang mencucuk pada tangan dan juga kaki anda.
Kesemua simptom ini merupakan tanda bahawa anda mengalami komplikasi yang disebabkan oleh kencing manis.
Tanda Kencing Manis Pada Kesihatan Seksual Lelaki

Kencing manis juga akan memberikan simptom dan kesan terhadap kesihatan seksual lelaki.
Antara tanda kencing manis yang paling kerap berlaku:
a) Mati Pucuk
Mati pucuk atau erectile dysfunction merupakan ketidakupayaan untuk ereksi atau mengekalkan ereksi.
Mati pucuk juga boleh menjadi simptom kepada berbagai lagi masalah kesihatan yang lain seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah buah pinggang
- Masalah peredaran darah
- Masalah saraf
Mati pucuk bukan sahaja merupakan tanda kencing manis kerana ia juga boleh disebabkan oleh stress, tabiat merokok atau pengambilan ubat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 145 orang lelaki, lebih daripada separuh menunjukkan mereka yang menghidap kencing manis mengalami mati pucuk.

Perkara biasa yang dialami oleh mereka yang mula menunjukkan tanda mati pucuk adalah, ketegangan zakar anda tidak lagi setegang dulu atau menjadi lembik.
Jika ereksi berjaya sekalipun, anda sendiri akan merasakan ia tidak lagi sekeras dahulu.
Hal ini akan menyebabkan persembahan anda di ranjang tidak lagi sehebat dahulu.
Lama kelamaan, anda sendiri akan mula merasa malu dan hilang keyakinan dengan “kejantanan” anda.
Jika anda mengalami mati pucuk, pastikan anda mengambil kira kencing manis sebagai salah satu punca.
Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED
b) Kerosakan Pada Sistem Saraf Autonomik

Kencing manis juga mampu membahayakan sistem saraf autonomik yang seterusnya akan menyebabkan masalah seksual.
Sistem saraf autonomik atau autonomic nervous system (ANS), mengawal kelebaran dan pengecutan saluran darah.
Jika saluran darah dan urat saraf pada bahagian zakar anda cedera disebabkan oleh kencing manis, mati pucuk boleh terjadi.
Saluran darah juga boleh dirosakkan oleh kencing manis yang akan memperlahankan aliran darah ke zakar.
Ini juga menjadi diantara punca utama penyebab berlakunya mati pucuk bagi lelaki yang mempunyai penyakit kencing manis.
c) Retrograde Ejaculation

Bagi lelaki yang menghidap kencing manis, mereka juga boleh mengalami retrograde ejaculation.
Tanda kencing manis ini juga akan mengakibatkan air mani yang dikeluarkan termasuk semula kedalam pundi kencing.
<.
Simptom yang mungkin kelihatan disebabkan oleh masalah ini adalah kekurangan ketara air mani yang dikeluarkan sewaktu ejakulasi.
Baca Juga : Ubat Keraskan Zakar (Review 2020) – Brand Mana yang Anda Patut Beli?
d) Masalah Urologi

Tanda kencing manis seterusnya adalah masalah atau isu urologi yang boleh berlaku dalam kalangan lelaki yang menghidap kencing manis disebabkan oleh kerosakan urat diabetik.
Antara isu yang berlaku adalah:
- Pundi kencing yang terlebih aktif
- Ketidakupayaan untuk mengawal kencing manis
- Jangkitan pada saluran kencing
Faktor Yang Mengakibatkan Tanda Kencing Manis

Banyak faktor yang akan meningkatkan risiko penyakit diabetes dan komplikasi lain dalam kalangan lelaki termasuklah:
- Tabiat merokok
- Berat badan berlebihan
- Tak aktif dalam aktiviti fizikal
- Mempunyai masalah tekanan darah tinggi
- Mempunyai masalah kolestrol tinggi
- Berusia lebih daripada 45 tahun
Cara Mencegah Kencing Manis

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengelakkan daripada mendapat tanda kencing manis ini.
a) Berhenti Merokok

Bagi anda yang mengamalkan tabiat merokok, anda boleh cuba untuk perlahan-lahan mengurangkan kekerapan anda merokok.
Jika mampu, teruskan berhenti.
Jika tidak, usaha sehingga anda mampu untuk berhenti.
b) Gaya Hidup Sihat

Anda juga boleh mengubah corak kehidupan anda kepada corak yang lebih aktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Mulakan perubahan dengan lebihkan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian anda seperti kerapkan berjalan kaki untuk kemana-mana.
Antara cara mudah untuk bermula dalam mengubah gaya hidup anda:
- Parking kereta anda jauh sedikit daripada lokasi untuk membolehkan anda “terpaksa” berjalan
- Gunakan tangga berbanding lif
- Jika tak mampu berjogging, anda boleh berjalan dahulu
Baca Juga : Senaman Kegel – Kuatkan “Senjata” Anda Wahai Suami
c) Jaga Berat Badan

Untuk menjaga berat badan anda supaya tidak berlebihan, selain daripada mengubah corak kehidupan anda kepada gaya hidup yang lebih aktif adalah mengubah corak pemakanan anda.
Cuba untuk makan mengikut apa yang disarankan oleh piramid makanan atau seperti apa yang dinasihatkan oleh doktor anda.
Seimbangkan pemakanan anda mampu untuk meningkatkan kesihatan badan anda dan melambatkan sebarang simptom kencing manis.
Cuba untuk dapatkan campuran:
- Kanji
- Sayur
- Buah
- Lemak
- Protein
Anda juga perlu mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan terutamanya yang terdapat didalam minuman berkarbonat dan gula-gula.
Rawatan Kencing Manis

Untuk mengatasi masalah kencing manis dan merawatnya, anda perlu memastikan paras glukosa dalam darah anda pada paras yang sepatutnya.
Jika anda tetap juga mendapat masalah yang berkaitan dengan kencing manis, anda boleh dapatkan ubatan berkaitan untuk merawatnya.
Ubat Untuk Merawat Mati Pucuk Akibat Kencing Manis

Ubat berkaitan mati pucuk seperti:
- Tadalafil (Cialis)
- Vardenafil (Levitra)
- Sildenafil (Viagra)
Ubat-ubatan ini sangat membantu untuk mengawal dan merawat masalah ini.
Ubat yang bercampur dengan prostaglandins yang merupakan bahan bersifat seperti hormon juga boleh disuntik kedalam zakar anda untuk merawat masalah ini.
Apabila terdapat tanda kencing manis pada anda, doktor biasanya akan menasihatkan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.
Hal ini biasanya apabila ia melibatkan masalah paras testosterone yang rendah.

Paras testosterone yang rendah merupakan perkara biasa yang dialami bagi lelaki yang mempunyai kencing manis.
Kesan daripada paras testosterone yang rendah pula akan mengakibatkan anda mengalami kurang keinginan terhadap seks.
Selain itu anda juga akan mengalami penurunan drastik dalam jisim badan dan juga rasa tertekan.
Apabila anda mendapatkan khidmat nasihat pakar berkenaan segala simptom ini, anda akan diberikan rawatan seperti:
-
- Suntikan testosterone
- Patches & Gels untuk merawat masalah paras testosterone rendah
Pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda berkenaan segala ubat dan supplement yang anda ingin ambil apabila terdapat tanda tanda kencing manis pada anda.
Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah ketidaksesuaian ubat kencing manis atau supplemen dengan tubuh anda.

Jangan lupa juga untuk kongsikan berkenaan perubahan terhadap masa tidur atau corak kehidupan anda dengan doktor.
Selain itu, dengan cara merawat minda juga mampu untuk merawat segala masalah yang berlaku terhadap tubuh anda.
Jom tonton video perkongsian dibawah.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda kencing manis yang anda perlu tahu.
Jangan ambil mudah kerana ia turut akan memberikan kesan terhadap kesihatan seksual anda seperti zakar anda akan menjadi susah tegang.
Ia akan membawa kepada masalah yang lebih besar lagi dimasa hadapan.
Jadi, pastikan anda periksa diri anda samada anda mempunyai tanda tersebut dan segera mendapatkan rawatan jika ada.
Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?
























