Bahaya Kopi – Minum Setiap Hari, Ok ke untuk Kesihatan?

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Ramai yang masih tak ambil tahu, apa bahaya kopi jika diambil secara berlebihan.

.

Bukan apa, isu-isu sebegini jarang dibincangkan di khalayak ramai dan juga di media massa.

.

Minuman kopi yang sememangnya sudah menjadi budaya diseluruh dunia ni sangat lazat diminum waktu panas, dan juga menyegarkan jika dihidangkan bersama ais sejuk.

.

.

Pergi sahaja kemana-mana kedai makan, dari sekecil-kecil warung hingga lah ke restoran besar, semuanya menghidangkan minuman ini dalam menu mereka.

.

.

.

.

**PSST: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Fakta Tentang Kopi Sebenarnya Kopi Antara Minuman Paling Berkhasiat Dunia.

.

.

Kopi ialah antara minuman yang paling popular dan paling banyak diminum di seluruh dunia sekarang ini, iaitu berada ditempat kedua di atas teh, dan dibawah air mineral.

.

Ia telah dimasyurkan oleh ahli sufi di Yaman pada kurun ke-15, sebagai minuman untuk membantu kekhusyukan dalam beribadah. Ianya mula tersebar ke seluruh tanah arab, dari Yaman, Ethiopia, sehinggalah ke Makkah.

.

Dari situ minuman berasaskan kopi mula tersebar ke seluruh dunia oleh pengunjung haji dan umrah dari pelbagai negara di pelusuk dunia.

.

.

Antara jenis biji kopi yang banyak digunakan dalam minuman kopi sekarang ini ialah Kopi Arabica, Kopi Robusta, Kopi Liberica, dan Kopi Excelsa.

.

Banyak khasiat yang ramai orang tak tahu tentang kopi yang mana kebaikan dan manfaatnya boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan seharian kita.

.

Daripada aktiviti dirumah mahupun ditempat kerja, kopi dapat memberi kebaikan lebih-lebih lagi daripada segi kesihatan keseluruhan.

.

.

Sudah tentu kawan-kawan pencinta kopi yang lebih banyak mendapat manfaatnya dan khasiat daripada kopi berbanding mereka yang tak gemar minum kopi.

.

Anda nak tahu apa kebaikan dan khasiatnya?

.

Baik, sebelum kami bagi tahu apa fakta tentang khasiat kopi, anda perlu tahu dahulu apa keburukan jika Anda Minum Kopi yang Salah, dan jika diminum secara melampau serta berlebih-lebihan.

.

.

.

1. Diabetes

.

.

Kalau anda kerja dekat office, anda mesti selalu minum kopi 3 in 1 yang manis-manis kan?

.

Ini antara salah satu perkara yang kita selalu terlepas pandang.

.

Tahukah anda, kopi instant 3 ini 1 mempunyai kandungan gula yang tinggi?

.

.

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah pun ambil jumlah gula yang berlebihan, salah satu penyumbang terbesar ialah kopi 3 dalam satu ini lah.

.

Anda mungkin beranggapan bahawa anda hanya ambil minum kopi sahaja, sedangkan anda telah pun mengambil sehingga 6 sudu gula dalam secawan kopi instant! Banyak kan?

.

Bukan sahaja itu, dalam kebanyakkan kopi 3 in 1 yang ada dipasaran, kebanyakkan mereka mempunyai creamer yang merupakan salah satu sumber lemak.

.

www.healthline.com

.

.

Ditambah pula jumlah gula yang banyak tadi sudah tentu jumlah ini tidak sihat untuk di minum setiap hari.

.

Tetapi lain pula kes untuk peminat kopi yang brew kopi mereka sendiri dirumah.

.

Kopi yang dibrew sendiri lebih mudah untuk menghadkan jumlah susu dan gula yang dimasukkan dalam minuman tersebut.

.

.

Tetapi, jumlah susu pekat dan susu segar jika anda gunakan secara berlebihan juga boleh jadi salah satu punca risiko penyakit merbahaya seperti diabetes dan penyakit jantung koronari berlaku.

.

Tapi pada anda yang sukakan kopi yang dibancuh dengan jumlah gula yang sedikit, dan jumlah susu yang tak pekat, anda berjaya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang merbahaya.

.

Lagi bagus kalau tak letak apa-apa pemanis tambahan, ini baru lah coffee lover yang sebenar!

.

.

.

2. Buah Pinggang

.

.

Ramai diantara kita yang selalu minum kopi campuran dari pebagai herba dan tumbuh-tumbuhan yang dikatakan mampu meningkatkan/memulihkan masalah prestasi seseorang.

.

Macam-macam jenama produk sebegini yang ada dekat pasaran sekarang ini.

.

Semuanya menjanjikan khasiat yang pelbagai, terutama sekali manfaat terhadap tenaga dan kekuatan fizikal.

.

.

Tapi anda kena tahu, banyak bahan tambahan yang digunakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita. Masalah dan penyakit yang paling kerap terjadi ialah penyakit buah pinggang.

.

Ye saya tak tersilap, BUAH PINGGANG. Antara punca masalah ini ialah disebabkan bahan campuran yang tidak mempunyai kajian saintifik dan bukti klinikal.

.

Contoh bahan yang selalu ada ialah, buah tunjuk langit, tongkat ali, gingseng, maca, dan bermacam-macam lagi. Ada antara bahan-bahan ini yang mempunyai ujian klinikal, dan telah pun terbukti khasiatnya.

.

.

Tapi disebabkan cara pemprosesan dan pengekstrakan yang tidak betul membuatkan khasiat yang ada dalam herba tersebut menjadi tercemar dan mati. Jadi yang masuk ke dalam badan anda ialah bahan-bahan toksin dan beracun.

.

Ini menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras dan akhirnya macam-macam komplikasi yang berlaku.

.

Dunia sekarang ni dah moden, segala khasiat yang ada dalam herba boleh diekstrakkan tanpa mengambil sekali elemen-elemen karbon dan lain-lain bahan toksin yang ada dalam herba tersebut.

.

.

Pastikan kandungan yang ada dalam minuman kopi campuran tersebut telah dikaji dan terbukti selamat serta mendapat kelulusan sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana selamat diambil.

.

Bukan itu sahaja, hampir semua kopi campuran herba yang tiada sijil halal setakat ini, mempunyai sijil halal palsu, dan mengandungi bahan-bahan terlarang serta beracun yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti batu karang dan lain-lain.

.

Kononnya mengandungi herba-herba yang boleh meningkatkan tenaga, sedangkan bahan yang digunakan ialah racun dan ubat-ubatan terkawal.

.

.

.

Baca Selepas Ini: Kopi – Jenis, Khasiat, & Kesan Kafein Terhadap Kesihatan

.

.

3. Penyakit Jantung

.

.

Kencing manis sudah, buah pinggang sudah, sekarang kita cakap tentang penyakit jantung pula.

.

Lemak yang anda ambil dari gula dan krimer yang banyak dalam kopi bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit kencing manis, malah boleh mengakibatkan penyakit jantung.

.

Mungkin ramai daripada anda dah tahu, tapi masih lagi pandang remeh perkara ini.

.

Ini kerana jumlah lemak dan toksin berlebihan yang masuk kedalam badan akan menyempitkan saluran darah. Pembentukan plak pada saluran darah akan mengganggu peredaran darah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

.

.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, anda mungkin telahpun menghidap penyakit jantung koronari.

.

Tahukah anda pengambilan kopi melebihi 6 cawan sehari boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 22%?

.

Ini lah sebab bahaya nya pengambilan gula dan lemak yang berlebihan. Belum lagi kita kira jumlah karbohidrat yang anda ambil, berapa banyak nasi anda makan setiap hari?

.

Selain daripada penyakit jatung koronari, penyakit jantung lain juga boleh berlaku seperti endorkaditis, penyakit injap jantung, dan penyakit jantung aritmia.

.

.

Bahan-bahan terlarang yang tak diketahui sumber dan keberkesanannya mungkin membawa toksin dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada injap jantung.

.

Akhirnya, bahagian injap pada jantung tak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.

.

Biasanya penyakit jantung jenis ini tak dapat disembuhkan melainkan melalui pendermaan jantung baharu atau pun dengan menggunakan injap artifisial.

.

.

.

.

4. Darah Tinggi

.

.

Biji kopi kaya dengan antioksida, iaitu berlipat kali ganda berbanding tumbuhan lain. Ia juga terkenal dengan jumlah kafeinnya yang tinggi berbanding dengan minuman-minuman terkenal yang lain seperti teh, dan minuman tenaga.

.

Kebiasaannya, purata orang yang berkerja minum secawan kopi setiap hari. Ini bermakna hampir setiap orang di Malaysia telahpun mendapat khasiat kopi setiap hari.

.

Tapi, ada juga individu yang minum lebih daripada secawan kopi dalam sehari. Persoalannya selamat ke tidak?

.

.

Sama macam gula dan lemak, jika diambil secara berlebihan sudah tentu macam-macam penyakit yang boleh terjadi.

.

Kadar selamat bagi mereka yang gemar minum kopi ialah 6 cawan sahaja sehari. Kalau anda minum kopi dalam mug atau cawan yang besar, bermakna hanya 3 cawan kopi sahaja jumlah maksimum untuk anda.

.

Ini kerana purata kafein yang ada didalam secawan (saiz biasa) kopi ialah sebanyak 140 miligram, dan kadar selamat pengambilan kafein ialah cuma 400 miligram sahaja sehari.

.

.

Apa akan jadi kalau ambil lebih daripada itu?

.

Pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tidur, gementar secara tiba-tiba, penat, mual, dan kemurungan.

.

Lebih teruk, pengambilan kopi yang melampau dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi muncul.

.

Penyakit ini juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular lain muncul secara tiba-tiba seperti penyakit jantung, penyakit diabetes, dan masalah kepada penglihatan.

.

.

Khasiat Kopi Yang Tak Ramai Yang Tahu

.

.

Kopi pun ada khasiatnnya, siapa yang kata minuman ni tak bagus dan tak sihat?

.

Penggunaan biji kopi sebagai minuman yang digunakan pada kurun ke-15 sama macam cara kopi hasilkan sekarang ini.

.

Khasiat yang ada dalam kopi telah diambil oleh mereka untuk meningkatkan kekhusyukan mereka dalam beribadah. Sudah tentu banyak khasiat yang boleh kita manfaatkan dalam minuman ini.

.

Jika anda minum dengan cara yang betul dan tidak mengambil elemen lemak tambahan seperti gula dan susu, ini manfaat dan khasiat yang anda boleh dapat.

.

.

1. Boleh Hilangkan Lemak

.

.

Kopi bagus untuk anda yang nak jaga berat badan dan nak kurus.

.

Kopi telah terbukti mampu menurunkan berat badan sehingga 30% untuk individu yang amalkan minum sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari. Ini kerana kopi boleh meningkatkan kadar metabolism sehingga 11%!

.

Metabolism yang meningkat tadi memberi kesan yang besar kepada pembakaran lemak tepu didalam badan. Tak perlu supplement yang mengarut-mengarut pun.

.

Disebabkan itu lah, banyak supplement dekat luar sana dah mula letakkan kafein dalam produk mereka.

.

.

2. Keupayaan Fizikal Meningkat

.

.

Kebanyakkan ahli bina badan suka minum kopi sebelum bergegas ke gym.

.

Ye betul, salah satu manfaat kopi ialah boleh meningkatkan tenaga dan keupayaan fizikal. Tindak balas ini disebabkan oleh kandungan kafein dalam kopi tersebut.

.

Ia memberi kesan terhadap sistem saraf pada kawasan lemak yang terkumpul untuk dibakar dengan lebih cepat dan ditukarkan kepada tenaga.

.

.

Bukan itu sahaja, kafein juga bertindak merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon adrenalin yang berfungsi meningkatkan tenaga tanpa rasa penat.

.

Jadi tubuh badan lebih bersedia untuk mengangkat beban di gim.

.

.

3. Tingkatkan Konsentrasi

.

.

Selain daripada boleh meningkatkan tenaga, kopi juga boleh meningkatkan konsentrasi dan fokus untuk melakukan kerja.

.

Selain itu, ia juga boleh membantu mengurangkan rasa penat lesu dengan meningkatkan kadar tenaga.

.

Kafein yang ada dalam kopi membantu penghasilan hormon dopamine dan norepinephrine yang mana berfungsi meningkatkan mood, menjadikan minda seseorang itu lebih gembira dan termotivasi untuk melakukan apa-apa urusan.

.

.

Manfaat lain yang anda boleh dapat dari kopi ialah boleh tingkatkan daya ingatan, tingkatkan kemahiran berfikir, dan meningkatkan fungsi dan kesihatan otak secara menyeluruh.

.

Jadi anda pencinta kopi lagi mudah untuk selesaikan masalah dengan tenang dan mencari penyelesaian yang rasional, serta rasa malas, lesu, letih yang anda rasa seharian dapat dibuang jauh-jauh.

.

.

4. Bebas Dari Penyakit

.

.

Untuk anda yang suka minum kopi, anda boleh tarik nafas lega sebab antara khasiat kopi yang ramai orang tak tahu ialah ianya boleh mencegah anda daripada pelbagai penyakit.

.

Amalan meminum kopi telah terbukti boleh mencegah daripada penyakit-penyakit kronik otak seperti:

  • Alzheimer
  • Dementia (nyanyuk)
  • Parkinson’s
  • Stroke.

.

Bukan itu sahaja, penyakit lain seperti diabetes dan pelbagai jenis kanser juga boleh di elak jika anda amalkan minum kopi tanpa gula berlebihan setiap hari.

.

.

Ini boleh jadi disebabkan oleh kandungan beberapa bahan aktif dan mineral yang tinggi didalam biji kopi yang dikisar tersebut. Dalam secawan coffee mengandungi:

  • Riboflavin (vitamin B2): 11%
  • Pantothenic acid (vitamin B5): 6% RDI.
  • Manganese & potassium: 3% RDI.
  • Magnesium & niacin (vitamin B3): 2% RDI.

.

Jadi antara anda yang suka minum kopi dengan mereka yang lain, sudah tentu anda mempunyai mineral yang lebih cukup berbanding mereka yang tak suka minum kopi.

.

Mineral-mineral ini berpotensi boleh mencegah keradangan kepada sel-sel dan organ dalam tubuh badan.

.

.

Konklusinya..

.

.

Kopi ialah minuman berkhasiat yang banyak diminum diserata dunia.

.

Tetapi evolusi pembuatannya telah menyebabkan ianya menjadi tidak sihat oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab terutama sekali penjual kopi yang dicampur dengan bahan-bahan yang terlarang dan tidak sihat.

.

Jadi kami terpanggil untuk mengulas perkara ini.

.

.

Buat penggemar dan pencinta kopi dekat luar sana, anda jangan salah faham dengan artikel kami ini, ia bukan lah untuk memburuk-burukkan kopi.

.

Sebaliknya untuk memberi penjelasan kepada anda diluar sana apa yang sebenar-benarnya yang berlaku jika anda tidak betul-betul memahami bagaimana kopi bertindak terhadap tubuh badan anda.

.

Ini penting supaya anda faham apakah perbezaan cara pengambilan yang sihat dan tidak sihat yang akan menjejaskan kesihatan anda.

.

.

.

Jadi, Kopi Apa Yang Anda Patut Minum?

.

By the way, kami ada satu produk yang paling terbaik untuk dikongsikan pada anda semua pecinta kopi.

.

Kopi ini sesuai untuk anda yang sukakan kopi tanpa gula, atau yang di brew menggunakan mesin kopi, dan pada mereka yang gemar menggunakan susu segar sebagai krimer.

.

.

Tapi tak kan nak gendong mesin kopi portable ke pejabat hari-hari betul tak?

.

Sudah tentu ada alternatifnya lagi-lagi untuk anda yang nak kan tenaga serta fokus yang segera, ketika melakukan kerja.

.

Kopi ini tidak mengandungi gula tambahan yang boleh men-trigger penyakit kronik, dan bahan-bahan gila yang mengarut yang mana boleh beri kesan sampinga melampau.

.

Nu-Caffe Tongkat Ali

.

.

Nu-Caffe merupakan satu-satunya produk kopi di Malaysia yang menggunakan ekstrak 100% tongkat ali pure, tanpa campuran bahan-bahan kimia pelik-pelik dan bertoksin, serta mengandungi kopi arabika yang berkualiti tinggi.

.

Ini kata Dr. Ismail Tambi (Pakar Sakit Tuan) tentang khasiat Tongkat Ali premium dalam Nu-Caffe.

.

Ia sesuai untuk anda yang mahukan tenaga tambahan, untuk kekal aktif sepanjang hari, tanpa risau tentang kesan sampingan dan negatif.

.

Bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk anda yang,

  • Ada penyakit jantung, darah tinggi & kencing manis.
  • Lemah tenaga batin
  • Kurang stamina
  • Cepat penat
  • Banyak tidur
  • Berat badan berlebihan.

.

95% orang yang berumur 40 tahun dan keatas mempunyai masalah seperti di atas.

.

.

Teknologi pembuatan dan kandungan yang ada dalam Nu-Caffe telah diiktiraf JAKIM dan mendapat kelulusan KKM.

.

Kopi ini juga merupakan satu-satunya produk tradisional di asia tenggara yang diiktiraf Food & Drugs Association (FDA), Amerika Syarikat.

.

Antara khasiat istimewa yang anda boleh dapati daripada produk ini ialah seperti:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Memberi tenaga tambahan
  • Menguatkan ingatan dan fokus
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Mengembalikan keinginan intim
  • Menambah tenaga batin

 

Video: Kopi Nu-Caffe VS Kopi Harian anda.

.

Ini bukan omong kosong, anda kena cuba dahulu baru tahu kesannya.

.

Untuk dapatkan sekarang anda boleh tekan link ini, NU-CAFFE TONGKAT ALI

.

.

Apa-apa pun, diharap diatas perkongsian ini dapat mencerahkan lagi persepsi anda terhadap kesan-kesan terhadap pengambilan kopi.

.

.

Ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca.

.

Jangan lupa baca juga perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat.

.

.

Baca Sekarang: Kopi Songkok – Dan Senarai Kopi Kuat Terbaik (& yang Berbahaya) Tahun 2021

.

.