Cara Berhenti Merokok – Cara Berkesan & Apa Yang Boleh Dibuat

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Masih mencari-cari cara berhenti merokok yang berkesan?

.

Dah macam-macam cara yang dah dibuat, tapi masih lagi tewas melawan kehendak diri sendiri.

.

Bagi kebanyakkan perokok, ketagihan kepada rokok hampir mustahil untuk dikawal

.

.

Semua orang tahu tentang keburukan merokok terhadap kesihatan. Walaupun begitu, tak menjadikan berhenti merokok sesuatu yang mudah untuk dibuat.

.

Jangan risau, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cara berhenti merokok untuk anda cuba.Teruskan scroll kebawah untuk dapatkan tips terbaik yang kami kongsikan.

.

.

.

.

Ketagihan Merokok

.

.

Tak kira lah anda pelajar yang sudah beberapa tahun terjebak dalam aktiviti merokok, atau pun golongan veteran yang dah berpuluh tahun hisap rokok/curut.

.

Nak kawal ketagihan dan nak berhenti merokok tak semudah yang disangka.

.

“Korang semua tak merokok mana faham, susah tau dak nak berhenti”

.

Ini kerana ketagihan kepada rokok merangkumi aspek ketagihan secara fizikal dan juga rutin psikologikal.

.

.

Apabila seseorang perokok tidak dapat lakukan rutin yang mereka lakukan secari harian tersebut, tubuh badan mereka akan mengalami withdrawal simptom.

.

Yang mana akan membuatkan perokok tersebut berasa kesan sampingan seperti:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Insomnia
  • Emosi tidak stabil
  • Peningkatan selera makan

.

.

Dengan merokok, ia dapat melegakan stress dan tekanan yang dialami akibat ketagihan terhadap merokok, secara SEMENTARA.

.

Ia bertindak dengan menggalakkan penghasilan dopamine pada otak yang mana memberi sensasi puas serta berfungsi melegakan stress dan tekanan ketagihan.

.

Merokok juga selalu dijadikan salah satu cara untuk melegakan tekanan emosi, dan rasa bosan.

.

.

Berhenti merokok bermakna mereka perlu mencari alternatif yang lebih sihat untuk melegakan tekanan tersebut, minum alkohol, dadah, dan sebagainya.

.

Perokok kebiasaannya akan merokok hampir setiap masa. Contohnya waktu minum kopi waktu pagi, waktu rehat di sekolah atau ditempat kerja, toilet, dan didalam kereta.

.

Untuk berhenti merokok serta merta, anda perlu kenalpasti apa habit dan rutin merokok anda dan bertindak berdasarkan cara yang berkesan terhadap situasi tersebut.

.

.

Nak berubah memang susah, tapi tak mustahil kalau anda ada sokongan dari orang disekeliling anda dan plan yang betul untuk cari cara untuk berhenti merokok.

.

Bagaimana cara berhenti merokok yang sesuai untuk anda, anda perlu nilaikan sendiri jika anda betul-betul tak nak merokok.

.

.

Baca Juga: Angin Pasang (Hernia) – Simptom, Punca, & Rawatan

.

.

.

.

.

.

Cara Berhenti Merokok Berkesan

.

.

Kami ada sediakan cara nak berhenti merokok yang mungkin berkesan untuk anda dibawah.

.

Sesuai atau tidak anda yang perlu tentukan sendiri mengikut kesesuaian keadaan anda, dan jadual merokok anda.

.

Antara yang anda boleh cuba ialah kaedah seperti dibawah:

.

.

.

.

1. Tetapkan Azam Anda

.

.

Untuk buat anda rasa termotivasi untuk berhenti merokok, anda perlukan alasan yang kuat dan kukuh. Contohnya berhenti merokok boleh:

  • Elakkan ahli keluarga daripada menjadi secondhand smoker.
  • Mencegah dari mendapat penyakit kanser paru-paru, penyakit jantung, dan lain-lain.
  • Buat muka nampak muda dan badan jadi lebih cergas dan sihat.

 

Untuk membantu anda kekalkan azam berhenti merokok anda, boleh cuba pilih tarikh yang anda nak berhenti merokok.

.

Contohnya sebelum masa 3 bulan lagi, anda nak berhenti merokok terus.

.

.

Dari hari pertama anda dah boleh cuba belajar lebih mendalam apa itu ketagihan rokok, serta cara & alternatif bagaimana untuk berhenti.

.

Boleh juga cuba berhenti merokok sedikit demi sedikit dalam masa yang sama.

.

Step ini untuk pastikan anda bersedia untuk segala cabaran dan boleh membantu mengekal azam anda untuk berubah.

.

.

2. Bagi Tahu Orang Sekeliling

.

.

Untuk memotivasikan lagi diri anda untuk berubah, anda boleh cuba bagi tahu orang sekeliling anda.

.

Maklumkan pada kawan-kawan sekerja, ahli keluarga, & kawan yang anda selalu lepak bersama, tentang hajat anda untuk berhenti merokok.

.

Kalau boleh ajak sekali kawan yang nak berhenti merokok sekali, supaya sama-sama berubah.

.

Cara ini sangat penting untuk anda tetapkan pendirian anda untuk berhenti merokok.

.

.

Lepas anda dah bagi tahu mereka tentang plan anda untuk berhenti merokok, mesti anda malu kalau nak mula merokok balik.

.

Takut kena kena perli, kena bahan dengan kawan-kawan betul tak?

.

“Eh haritu kata nak benti isap rokok? Sembang la lu mat”

.

Nampak sangat yang kita ni macam tak serupa bikin pula nanti.

.

.

3. Bersedia Cabaran Yang Bakal Dihadapi

.

.

Nak berhenti merokok ni tak semudah dengan hanya buang rokok yang ada dekat tangan. Merokok merupakan ketagihan.

.

Kebanyakkan mereka yang berhenti serta merta mesti akan kembali merokok dalam masa kurang dari seminggu.

.

Ini kerana mereka tidak bersedia dengan cabaran yang akan dihadapi, contohnya withdrawal syndrome.

.

.

Sebelum anda mulakan rutin baru anda, pastikan anda tanya dengan doktor apa yang perlu dilakukan, apa tips berguna yang boleh dipraktikkan. Contohnya:

  • Aplikasi di telefon
  • Kaunseling
  • Ubat-ubatan
  • Kelas

.

Min yakin korang mesti akan lebih bersedia bila tiba hari nak berhenti nanti.

.

.

4. Buang Perkara Yang Berkait Rokok

.

.

Cara ini penting untuk anda lakukan supaya anda tak mudah terpengaruh dengan ‘bisikan halus’ yang selalu memanggil anda untuk kembali ke tabiat lama.

.

Buang semua barang-barang yang mengingatkan anda kepada rokok contohnya:

  • bekas habuk rokok
  • mancis
  • pemetik api
  • tembakau & kertas yang digunakan dalam balutan rokok.

.

Anda bayangkan anda duduk dalam kereta, dengan bertemankan puntung rokok, pemetik api, dan sekotak rokok yang tersimpan rapi didalam dashboard kereta.

.

.

Sudah tentu anda akan rasa nak hisap rokok balik, confirm punya.

.

Jadi elakkan semua perkara-perkara yang mengingatkan anda kepada rokok.

.

Contoh lain perkara yang boleh trigger rasa nak hisap rokok seperti minum alkohol, selalu lepak di kedai yang ada gerai shisha, di club, dan sebagainya.

.

.

Baca Selepas ini: Jenis Penyakit Jantung – Perbezaan, Risiko, Cara Mencegah, Dan Banyak Lagi

.

.

5. Buat Sesuatu Yang Buat Anda Lupa Merokok

.

.

“Susah betul nak kawal nafsu hisap rokok ni. Aku penad la, argh stress”

.

Mesti anda pernah sebut dialog ni dalam kepala anda kan? Hihi.

.

Kalau selalu anda bersusah-susah tahan apa rasa nak merokok tu, apakata kalau kali ni anda buat perkara lain yang boleh bantu anda lupakan rasa nak hisap rokok tu.

.

Contohnya anda boleh habiskan masa anda dengan main permainan video, tengok wayang, ataupun mendaki bukit.

.

.

Aktiviti yang min senaraikan ni kebanyakkannya memerlukan masa yang lama untuk anda habiskan.

.

Purata masa aktiviti seperti yang dinyatakan diatas:

  • Permainan Video – 3 jam
  • Tengok wayang – 2 jam
  • Mendaki bukit – 3 jam

.

.

6. Terapi Pengganti Nikotin

.

.

Bila anda berhenti merokok dengan serta merta, anda akan rasa sakit kepala, emosi tak menentu, atau pun tak ada tenaga nak buat kerja.

.

Ini merupakan salah satu sindrom withdrawal yang semua perokok akan rasai waktu nak berhenti hisap rokok.

.

Biasanya doktor akan cadangkan anda untuk buat terapi nikotin. 

.

Ini bagi menggantikan nikotin yang anda selalu dapat dalam setiap rokok yang anda hisap.

.

.

Jadi sikit demi sikit, anda dapat kurangkan rasa nak merokok tersebut tanpa perlu alami kesan withdrawal syndrome.

.

Jangan takut untuk berjumpa doktor tentang hasrat anda nak berhenti merokok. Mereka ni sudah tentu sedia membantu anda.

.

Doktor akan berikan sama ada gula-gula getah nikotin ataupun losenge sebagai alternatif.

.

.

7. Tak Perlu Terburu-buru

.

.

Takperlu risau, masih banyak lagi masa yang anda ada untuk berhenti merokok sedikit demi sedikit. Tapi jangan lambat-lambatkan, takut tak menjadi pula effort nak berhenti tu.

.

Jangan berhenti dengan tiba2 dan dengan cepat.

.

Kesannya, rasa nak merokok tu lebih kuat berbanding biasa.

.

Berhenti secara perlahan-lahan adalah lebih baik. Kalau sebelum ni anda hisap satu kotak rokok sehari, cuba hadkan kepada satu kotak dalam 3 hari.

.

.

Selepas itu anda dah boleh kurangkan kepada satu kotak seminggu, dan seterusnya.

.

Tapi seawal mana anda boleh berhenti, secepat itu lah anda boleh peroleh tubuh badan yang sihat.

.

Antara kesan berhenti merokok yang positif yang bakal diperolehi.

  • Selepas 20 minit, kadar degupan jantung anda akan kembali normal
  • Dalam 24 jam, jumlah karbon monoksida dalam darah anda juga akan hilang serta merta
  • Dalam 3 minggu, risiko anda untuk mendapat serangan jantung juga turun dengan mendadak
  • Untuk beberapa tahun akan datang, anda juga akan bebas dari risiko kanser paru-paru dan lain jenis kanser.

.

.

.

Konklusinya

.

.

Memang susah nak berhenti merokok, sama juga dengan jenis ketagihan lain macam rokok, onani, dan tonton video pornografi.

.

Tak ada ubat berhenti merokok yang dapat tolong kalau anda sendiri tak nak usaha sebaik yang mungkin.

.

Walau bagaimanapun, anda tetap perlu cuba dan cuba lagi, walaupun sudah berkali-kali cuba tapi tetap tak dapat juga.

.

Jangan putus asa begitu sahaja.

.

.

Cuba bergantung juga dengan ahli keluarga dan kawan-kawan, mesti mereka semua juga rasa seronok untuk membantu.

.

Merokok ada banyak kesan negatif yang boleh terjadi kepada tubuh badan, malah orang sekeliling juga terkena tempiasnya.

.

Oleh itu, inisiatif anda untuk berubah merupakan suatu yang sangat baik untuk dilakukan, malah sangat-sangat menjimatkan wang anda.

.

.

Pastikan anda sudah bersedia dengan semua ilmu dan tips berkenaan cara berhenti merokok, seperti kesan sampingan, kebaikan berhenti merokok, dan priskripsi yang doktor akan berikan.

.

Kami yakin, anda mesti boleh buat, sebab tiada apa yang mustahil.

.

Nak tak nak je.

.

.

Macam-macam kempen tak nak merokok yang menerangkan keburukan merokok, dan bahan dalam rokok yang merbahaya kan kesihatan.

.

Tapi kalau bukan kita yang nak tolong diri kita, siapa lagi kan?

Baiklah, itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi suami yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap ahli keluarga.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang: Cara Kempiskan Perut – Tips Wajib, Selamat, & Betul-Betul Berkesan

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?