Cara Kempiskan Perut – Tips Wajib, Selamat, & Betul-Betul Berkesan

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Cara Kempiskan Perut SuamiSihat

Anda tengah cari cara kempiskan perut?

.

Sudah tentu lah kan, kalau tidak macam mana anda boleh sampai ke artikel ini. Hihi

.

Anda bernasib baik sebab apa yang akan kami jelaskan ini ialah cara dan tips paling penting serta mustahak untuk anda cuba, yang penting bukan mitos pelik-pelik & mengarut.

.

.

Masalah lemak yang berlebihan di perut ni merupakan antara masalah yang selalu sangat berlaku dalam masyarakat kita.

.

Terutama sekali kepada mereka yang telah berkahwin dan berumur.

.

Kalau anda tak cari bagaimana nak kempiskan perut dari sekarang, masalah yang lebih besar boleh timbul.

.

.

Lemak dibahagian perut bukan sahaja buat anda terfikir dua kali untuk beli pakaian yang anda nak pakai tersebut.

.

Malah masalah lemak di perut ni boleh menyebabkan anda mendapat penyakit kencing manis tahap 2, penyakit jantung koronari, dan pelbagai lagi penyakit serius yang boleh berlaku.

.

Kebiasaannya, pusat-pusat kesihatan di negara kita menggunakan pengiraan BMI untuk mengklasifikasi berat dan menganggarkan risiko penyakit berkaitan pemakanan.

 

Tapi cara ini tak tepat untuk menentukan risiko penyakit seseorang.

.

Orang yang ada lemak di perut lagi tinggi risiko untuk dapat penyakit merbahaya, walaupun BMI normal dan badan nampak kurus.

.

.

.

.

Baca Juga: Masalah Rumah Tangga – Punca Konflik Berlaku. Tips & Solusinya

.

.

**PSST: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Cara Kempiskan Lemak Di Perut

.

.

Walaupun untuk hilangkan lemak dibahagian ini agak susah, tapi ada beberapa cara kempiskan perut yang anda boleh cuba.

.

Tips yang kami sediakan ini perlu diamalkan dengan konsisten untuk mendapat hasil yang diinginkan.

.

1. Elak Makanan Berlemak

.

.

Umumnya rakyat Malaysia memang tak sah kalau sehari tak makan nasi. Tak kira Melayu, Cina atau India sekali pun, nasi lah makanan ruji untuk kita semua.

.

Tapi anda tahu tak kebanyakkan sumber lemak yang kita ambil datang daripada nasi?

.

Senang cerita semua jenis makanan yang berunsur karbohidrat seperti nasi, mee, roti, dan lain-lain adalah sumber lemak yang paling banyak kita ambil.

.

.

Bukan itu sahaja, lauk yang kita ambil bersama dengan nasi juga mengandungi banyak lemak dan kalori yang tinggi.

.

Semua makanan yang bergoreng juga mempunyai jumlah lemak dan kolesterol yang sangat tinggi. Pisang goreng, keropok lekor, ayam goreng, ini semua banyak lemak tepu yang mana boleh menyebabkan perut anda buncit dan tak kempis-kempis.

.

Tak hairan lah kalau penyakit kronik yang banyak menyumbang kepada kematian di Malaysia merupakan penyakit jantung.

.

.

Untuk membantu kempiskan perut dan menjaga kesihatan anda, anda perlu hati-hati dalam memilih makanan dan diet harian anda terutama sekali makanan yang penuh dengan karbohidrat, dan kolesterol.

.

Macam-macam penyakit boleh terjadi berpunca daripada kandungan lemak berlebihan seperti, penyakit jantung koronari, diabetes, gout, dan masalah penglihatan.

.

Mungkin anda boleh mula hadkan pengambilan nasi dalam makanan dan lebihkan sayur-sayuran. Boleh juga cuba guna beras perang yang mana bagus untuk anda yang nak kempiskan perut.

.

.

Anda juga boleh amalkan makan ikan dan makanan laut yang kaya dengan omega 3, yang mana boleh mencegah pengumpulan plak pada saluran darah dan ia mengandungi kolesterol baik.

  • Ikan salmon
  • Ikan sardin
  • Ikan tenggiri
  • Ikan bilis

.

.

2. Kurangkan gula

.

.

Pengambilan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi merupakan punca kepada pelbagai penyakit kronik.

.

Antaranya penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti dan macam-macam lagi penyakit kronik lain.

.

Berdasarkan pemerhatian pakar, individu yang gemar mengambil makanan-makanan manis lebih mudah untuk memiliki perut yang buncit & boroi.

.

.

Sekarang ini tular dengan macam-macam jenis dengan makanan dan minuman manis contohnya Tealive, Starbucks, Coolblog, dan macam-macam jenis minuman lagi yang mengandungi gula yang sangat tinggi.

.

Bukan itu sahaja, choco jar, kek coklat moist, dan pelbagai lagi makanan penuh lemak yang viral di Instagram, Twitter dan Facebook, juga merupakan salah satu makanan manis yang tidak.

.

Ini kerana gula merupakan sejenis glukosa yang akan ditukarkan menjadi lemak apabila masuk kedalam badan.

.

.

Dan ini meningkatkan lagi pengambilan lemak harian kita melebihi tahap normal.

.

Jika anda ambil madu sebagai pengganti kepada gula, pengambilannya juga perlu dikurangkan walaupun ianya berkhasiat.

.

.

2. Makanan tinggi fibre

.

.

Susah nak jaga diet harian anda sebab asyik lapar, dan susah nak tahan nafsu makan?

.

Jangan risau, apa kata anda tambahkan sedikit makanan berlemak yang anda makan selalu itu, dengan makan makanan yang kaya dengan fiber.

.

Makanan yang mengandungi fiber boleh membuatkan anda rasa kenyang.

.

.

Fiber berfungsi menyerap partikel air dan membantu melambatkan sistem penghadaman, jadi akan anda berasa kenyang sepanjang hari.

.

Jika anda rasa kenyang, secara logiknya anda akan kurang makan, betul tak? Jadi pengambilan kalori harian anda akan semakin berkurangan.

.

Antara makanan yang kaya dengan sumber serat:

  • Pisang, Epal & Anggur
  • Biskut oat
  • Roti Wholemeal
  • Brokoli
  • Kekacang

.

.

3. Makanan tinggi protein

.

.

Untuk kempiskan perut anda perlu kurangkan makanan berlemak yang ada disekitar bahagian abdomen.

.

Selain daripada kurangkan makanan berlemak, anda juga boleh cuba ambil makanan yang berprotein tinggi.

.

Contoh makanan berprotein tinggi yang boleh anda cuba.

  • Daging
  • Kekacang
  • Susu Soya
  • Telur

.

.

Protein yang diambil akan membantu badan mengeluarkan hormon Peptide YY yang mana membuatkan kita berasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar.

.

Selain itu protein juga bagus dalam mengekalkan jisim otot terutama sekali dalam proses kempiskan perut. Protein juga berfungsi meningkatkan kadar metabolism.

.

.

Jom tengok video cara kempiskan perut buncit daripada Dr. Say Shazril.

.

.

.

.

4. Kurangkan stress

.

.

Anda perasan tak bila anda stress, nafsu makan anda jadi sangat membuak-buak?

.

Waktu anda stress, kelenjar adrenal akan merembeskan hormon yang mana akan membuatkan nafsu makan anda meningkat secara mendadak.

.

Kajian juga mendapati, individu yang mempunyai perut buncit lebih mudah untuk berasa lapar apabila stress.

.

.

Jadi anda perlu lakukan perkara yang boleh buat anda hilang stress seperti menonton televisyen, bermain permainan video, dan melakukan hobi kesukaan anda.

.

Tambahan pula, anda perlukan tidur yang cukup untuk melegakan stress anda. Bayangkan kalau anda tidur lambat dan bangun pula awal pagi untuk bersiap pergi kerja, akibatnya badan anda tak dapat berfungsi dengan baik.

.

Cuba anda jaga stress dan waktu rehat anda, kami yakin anda akan lebih termotivasi untuk melakukan kerja dan menjaga kesihatan anda.

.

.

6. Bersenam

.

.

Asyik-asyik bersenam, tak ada ke cara kempiskan perut buncit dan sihat tanpa penat kan badan?

.

Tak ada, ini antara perkara wajib yang anda perlu lakukan untuk kekal sihat dan perut kempis.

.

Senaman merupakan aktiviti yang boleh melegakan stress selain dapat meningkatkan stamina, meningkatkan metabolism, dan kekuatan otot.

.

.

Bukan itu sahaja, bersenam juga dapat menggunakan lemak sebagai tenaga dan membantu anda kempiskan perut.

.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah jogging, mengangkat berat, dan senam aerobic.

.

Ada juga senaman kempiskan perut yang anda boleh cuba, seperti planking & push up, lakukan setiap hari sebanyak 15 rep, 3 set.

.

Anda boleh juga lakukan aktiviti mendaki gunung. Selain dapat menyihatkan badan, anda juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan, serta dapat melihat keindahan alam.

.

.

Min yakin anda akan jatuh cinta dengan aktiviti ini.

.

Kesan lain daripada aktiviti senaman yang berkala ialah seperti mencerdaskan minda, dan mencergaskan badan.

.

Amalkan aktiviti ini selalu, tak ada lah baru naik 5 anak tangga dah mengah, sesak nafas tak tentu hala. Malu je kawan-kawan tengok.

.

.

Baca Selepas Ini: Nafkah Zahir Batin – Tanggungjawab Suami Sebagai Ketua Keluarga

.

.

7. Puasa

.

.

Ingat, puasa bulan ramadhan je ke? Hari biasa pun boleh berpuasa tau, especially hari isnin dan khamis (sunnah nabi).

.

Kalau anda nak puasa 5 hari seminggu pun tak ada masalah, tapi pastikan anda periksa hari2 yang diharamkan berpuasa seperti 1 Syawal 10 – 13 Zulhijjah dan hari-hari syak. (Sumber Rujukan JAWI)

.

Banyak manfaat kepada orang yang berpuasa antaranya dapat menurunkan kadar gula dalam darah, tekanan darah sistolik, dan kandungan kolesterol.

.

.

Selain itu, berpuasa boleh melatih diri kita untuk mengawal nafsu makan dan membantu kita untuk sentiasa in control dalam melakukan apa-apa urusan.

.

Anda juga boleh cuba intermittent fasting yang popular sekarang ini untuk kempiskan perut.

.

Intermittent fasting dilakukan dengan berpuasa tanpa makan dalam tempoh 24 jam atau pun 16 jam. Bezanya kita boleh minum air kosong sahaja.

.

.

Kajian mendapati individu yang rajin berpuasa (atau intermittent fasting) boleh kempiskan perut sebanyak 5-15% peratus dalam masa 6 – 24 minggu.

.

Jangan lakukan cara puasa yang tidak sihat, jika ada sebarang kesan-kesan negatif seperti gastrik, atau dihidrasi, sila jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

.

.

8. Kira Kalori

.

.

Sudah tentu untuk anda kurangkan pengambilan kalori harian anda, anda perlu kira berapa kalori yang anda dah ambil hari tersebut.

.

Anda boleh search di carian Google tentang berapakah jumlah kalori untuk makanan yang anda makan tersebut.

.

Kemudian anda tambahkan semua sekali dan kira berapa kalori yang anda sudah ambil hari ini. Ini contoh kalori nasi kandar yang kita makan waktu lunch.

  1. Sepinggan Nasi: 400
  2. Ayam Goreng Berempah: 250
  3. Kuah Kari: 80
  4. Sayur Kobis: 50

Total: 780 Kalori

.

Kalau kalori maksimum harian anda ialah 1000, ini bermakna anda hanya tinggal 120 kalori sahaja lagi untuk diambil sebelum anda masuk tidur dan mula kira balik kalori anda keesokkan harinya.

.

.

Dengan cara ini lebih mudah untuk anda tahu bila waktu untuk anda berhenti makan, atau adakah kalori harian anda sudah terlebih atau belum untuk anda ambil makanan-makanan yang berat.

.

Ada satu aplikasi yang min selalu guna untuk keep track kalori harian min iaitu, MyFitnessPal. Anda boleh dapatkannya di Playstore/Appstore.

.

.

Aplikasi ini bagus, anda boleh masukkan apa makanan yang anda makan bersama kuantitinya, jumlah kalori akan dikira secara automatik.

.

Bukan itu sahaja anda juga boleh letak target berat badan yang anda inginkan, dan aplikasi tersebut akan kirakan sekali berapa kalori harian maksimum yang perlu anda ambil, untuk mencapai target anda.

.

.

Kiraan kalori penting untuk anda kempiskan perut, anda mesti turunkan overall jumlah lemak yang ada pada tubuh badan anda sekarang ini.

.

.

.

.

Amalkan Semua tips

.

.

Untuk anda dapat hasil yang lebih memberangsangkan, anda perlu amalkan kesemua tips & cara yang kami senaraikan ini.

.

Anda tak boleh amalkan salah satu sahaja, dan mengharap yang ianya akan membuahkan hasil.

.

Tips kempiskan perut yang kami terangkan tadi telah terbukti mempunyai kesan terhadap penurunan kadar lemak dalam badan.

.

.

Gaya pemakanan yang tidak sihat seperti makanan tinggi lemak dan kolesterol perlu diubah dengan cara mengira setiap kalori dan nutrien yang anda terima melalui pemakanan anda.

.

Jika anda berjaya amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, lemak yang terkumpul pada perut anda akan berkurang secara beransur-ansur.

.

Tak ada ubat atau tips ajaib atau senaman kempiskan perut yang cepat yang dapat kempiskan perut melainkan dengan cara amalkan gaya hidup yang sihat. Ianya memerlukan komitment dan usaha yang tinggi.

.

.

Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi baca tips yang kami sediakan ini.

.

Diharap apa yang kami kongsikan ini dapat membantu anda diluar sana untuk kempiskan perut.

.

Baca juga perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat.

.

Assalamualaikum

.

.

Baca Sekarang: Angin Pasang (Hernia) – Simptom, Punca, & Rawatan

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?

Tahan Lama & Lebih Keras

Nak Belajar Cara

You have Successfully Subscribed!