Fraud Blocker Nyanyuk - Tanda, Punca & Cara Merawat. Ini Semua Yang Wajib Tahu!

Nyanyuk – Tanda, Punca, & Cara Merawat. Ini Semua Yang Wajib Tahu!

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Anda pernah dengar penyakit nyanyuk?

.

Penyakit ini selalu terjadi kepada mereka yang dah berumur.

.

Biasanya kita tengok pada mereka yang dah berumur 60 tahun dan keatas.

.

.

Apa sebenarnya nyanyuk ni?

.

Mesti ada punca dan jalan penyelesaiannya.

.

Ini kami sediakan penerangannya secara detail. Sila baca satu persatu sampai habis ye. Hihi

.

.

.

.

Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan

.

.

.

Demensia

.

.

Dari segi saintifik, penyakit ini dipanggil sebagai demensia, atau orang kita panggil sebagai penyakit nyanyuk.

.

Agak kasar penggunaan istilah ini tetapi untuk pemahaman, min akan gunakan dengan lebih kerap.

.

Ia merupakan sejenis penyakit gangguan pada fungsi kognitif.

.

.

Ciri-ciri mereka yang mengalami masalah ini ialah seperti:

  • Pelupa
  • Susah untuk berfikir
  • Masalah bertutur
  • Sukar membezakan baik atau buruk
  • Kelakuan yang berubah

.

Nyanyuk selalunya disebabkan oleh pelbagai penyakit dan kecederaan lain.

.

.

Dari segi mental boleh jadi ada yang mempunyai masalah yang agak sedikit dan agak teruk.

.

Ada juga yang mengalami perubahan kepada personaliti mereka.

.

Kebiasaan sesetengah pesakit nyanyuk berlaku secara progresif.

.

.

Ini bermakna keadaan mereka akan semakin merosot sedikit demi sedikit hari demi hari.

.

Ada sesetengah penyakit nyanyuk yang boleh dirawat atau dipulihkan.

.

.

.

Tanda – Tanda Nyanyuk

.

.

Untuk mereka yang risau tentang ayah atau ibu anda akan mengalami masalah seperti ini.

.

Ini min ada senaraikan beberapa tanda masalah nyanyuk.

.

Cuba anda perhatikan sama ada tanda-tanda ini pada orang terdekat anda, terutama sekali pada yang dah berumur.

.

.

1) Susah Buat Perubahan

.

.

Salah satu tanda nyanyuk ialah sukar untuk sesuaikan diri dengan perubahan baru.

.

Mereka yang nyanyuk akan mempunyai masalah untuk menukar rutin harian atau keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

.

Jika tukar perkara yang biasa mereka lakukan mulalah naik angin dan tak tentu arah.

.

.

2) Masalah Ingatan

.

.

Tanda lain yang paling ketara ialah daya ingatan jangka masa pendek merudum.

.

Mereka akan ingat perkara yang berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.

.

Tetapi tak ingat perkara yang berlaku beberapa jam lepas, apa yang mereka buat waktu tengah hari tadi.

.

.

3) Kesukaran Bertutur

.

.

Tanda lain ialah mereka akan mengalami kesukaran apabila bercakap dengan orang sekeliling.

.

Ini kerena mereka yang nyanyuk sering lupa perkataan yang tepat untuk digunakan.

.

Mereka susah untuk ingat apa perkataan yang sesuai untuk situasi tersebut

.

Jadi percakapan mereka akan sedikit berterabur dan susah untuk difahami.

.

.

4) Ulang Perkara Yang Sama

.

.

Mereka akan bercakap perkara yang sama berulang-ulang kali.

.

Atau mereka akan buat kerja yang sama juga berkali-kali.

.

Ini berkait dengan masalah memori jangka masa pendek tadi, yang membuatkan mereka lupa apa perkara yang mereka dah lakukan sebentar tadi,

.

.

5) Janggal Dengan Tempat Disekeliling

.

.

Tempat-tempat yang mereka biasa pergi akan nampak asing bagi mereka.

.

Mereka juga akan ada masalah untuk memandu.

.

Ini kerana persekitaran yang mereka lalu tersebut terasa lain dan asing bagi mereka.

.

.

6) Susah Untuk Mendengar

.

.

Mereka turut mengalami kesukaran untuk mendengar perbualan serta apa yang dibualkan oleh orang sekeliling.

.

Ini kerana apa yang dibualkan menjadi agak susah untuk difahami oleh mereka.

.

Ia juga berkait dengan masalah memori jangka masa pendek mereka.

.

.

7) Perubahan Mood

.

.

Individu yang mempunyi masalah ini sering mengalami perubahan dari segi mood dan keadaan mental mereka.

.

Tekanan perasaan, rasa putus asa dan marah adalah perkara biasa yang akan terjadi pada mereka.

.

.

8) Hilang Minat

.

.

Perubahan kepada mental dan emosi mereka sering buat mereka hilang minat terhadap sesuatu.

.

Ini termasuk perkara yang mereka sering dan suka lakukan.

.

Contohnya mereka akan hilang minat terhadap hobi dan aktiviti yang mereka suka lakukan.

.

.

9) Kekeliruan

.

.

Mereka yang mempunyai masalah nyanyuk bukan sahaja berasa janggal dengan persekitaran mereka.

.

Mereka juga akan terasa janggal dengan orang yang mereka jumpa dan pernah kenal.

.

Dan risiko untuk mereka lupa tentang orang yang mereka pernah kenal.

.

.

10) Kesukaran Siapkan Tugasan

.

.

Individu yang mempunyai masalah nyanyuk sering mengalami kesukaran untuk siapkan kerja harian mereka.

.

Walaupun pekerjaan atau tugasan itu telah mereka lakukan selama berpuluh tahun.

.

.

Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh

.

.

Fasa Penyakit Nyanyuk/Demensia

.

.

Antara kes-kes nyanyuk yang berlaku, kebanyakkan daripada mereka akan mengalami kemerosotan dari masa ke semasa.

.

Kadar kemerosotan ini berbeza mengikut individu.

.

Walaubagaimanapun secara umumnya, kebanyakkan daripada mereka akan mengalami simptom fasa demensia seperti dibawah:

.

.

Kesusutan Kognitif Ringan

.

.

Bagi mereka yang telah berumur, kebanyakkan daripada mereka akan mengalami kesusutan kognitif (MCI) secara ringan.

.

Walaupun begitu, mereka tidak akan mengalami masalah nyanyuk atau masalah kesusutan fungsi mental lain.

.

Mereka yang telah berumur akan mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah ini:

  • Masalah lupa
  • Kesukaran menyusun ayat
  • Masalah memori jangka masa pendek

.

.

Demensia Ringan

.

.

Di fasa ini, mereka yang mengalami masalah nyanyuk yang ringan mungkin boleh meneruskan urusan harian secara berdikari.

.

Antara tanda mereka mengalami masalah nyanyuk fasa ini seperti:

  • Masalah memori jangka masa pendek yang sementara
  • Perubahan personaliti (Marah/Tekanan perasaan)
  • Sering lupa
  • Kesukaran untuk selesaikan tugasan rumit
  • Susah untuk ungkapkan perasaan dan idea

.

.

Demensia Sederhana

.

.

Pada fasa demensia sederhana, pesakit sememangnya perlukan sokongan daripada ahli keluarga atau penjaga.

.

Ini kerana penyakit nyanyuk tersebut telahpun sampai ke fasa yang mengganggu tugasan dan aktiviti harian mereka.

.

Antara ciri-ciri masalah demensia sederhana:

  • Keputusan yang tidak wajar
  • Kekeliruan meningkat
  • Banyak memori yang semakin hilang
  • Memerlukan pertolongan seperti mandi dan pakai baju
  • Perubahan personaliti secara mendadak.

.

.

Demensia Kronik

.

.

Pada fasa demensia kronik, perubahan dari segi mental dan fizikal pesakit nyanyuk akan semakin merudum.

.

Tanda-tanda mereka yang mencapai nyanyuk fasa ini ialah seperti:

  • Tak dapat kawal fungsi badan seperti berjalan, makan dan buang air.
  • Hilang kebolehan untuk bertutur dan berkomunikasi
  • Memerlukan pertolongan secara menyeluruh
  • Kesihatan semakin merosot

.

.

Mereka yang menghidap penyakit nyanyuk akan menjalani fasa-fasa ini dalam jangka masa yang berbeza-beza.

.

Fahami kesemua informasi tentang masalah nyanyuk, dapat membantu anda bersedia untuk perkara yang berlaku di masa hadapan

.

.

.

.

Punca Penyakit Nyanyuk

.

.

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan penyakit nyanyuk/demensia.

.

Secara umumnya, ianya berpunca daripada masalah kemerosotan neuron otak yang mengganggu fungsi badan, mental dan fizikal.

.

Ada beberapa masalah yang boleh menjadi punca nyanyuk.

.

.

Kebanyakkannya adalah disebabkan penyakit berkenaan kesihatan otak seperti Alzheimer’s.

.

Kemerosotan neuron pada otak akan menurunkan dan menerukkan lagi fungsi otak.

.

Apabila ini berlaku, akhirnya tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan kematian.

.

.

Ini min ada senaraikan punca utama nyanyuk.

.

Penyakit Kemerosotan Neuron

.

.

Antara masalah kesihatan yang terdapat dalam jenis ini ialah seperti:

  • Alzheimer’s
  • Parkinson’s
  • Demensia Vaskular
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Ketagihan alkohol
  • Ketumbuhan atau jangkitan pada otak
  • Demensia frontotemporal
  • Penyakit pick
  • Supranuclear palsu
  • Kemerosotan Corticobasal

.

.

Selain dari yang disenaraikan diatas ada beberapa punca lain yang boleh menyebabkan penyakit ini.

.

Antara yang dimaksudkan ialah seperti:

  • Masalah struktur otak – Hidrocefalus & subdural hematoma
  • Masalah metabolik – Hipotiroid, kekurangan vitamin B-12, & masalah buah pinggang dah hati
  • Jangkitan kuman dan toksin – Plumbum

.

Sesetengah peringkat penyakit nyanyuk boleh diselamatkan dan dielakkan daripada merosot.

.

.

Beberapa punca yang boleh dirawat boleh memulihkan kembali simptom nyanyuk jika dikenalpasti di peringkat awal.

.

Ini lah pentingnya kenapa anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

.

Terutama sekali jika anda telahpun berumur

.

Jika doktor dapat kenalpasti simptom-simptom awal penyakit, mungkin banyak masalah kesihatan yang dapat diselesaikan.

.

.

Rawatan Nyanyuk / Demensia

.

.

Kebiasaannya untuk merawat penyakit demensia, doktor akan berikan dua jenis ubat kepada pesakit.

  • Cholinesterase inhibitor – Berfungsi meningkatkan daya ingatan dan daya memproses informasi.
  • Memantine – Berfungsi memperlahankan simptom nyanyuk daripada merosot dan meningkatkan fungsi otak.

.

.

Rawatan Bukan Ubat

.

.

Rawatan ini boleh membantu menghilangkan simptom penyakit nyanyuk dan membantu mencegah komplikasi yang boleh berlaku.

.

Antara terapi yang biasa dilakukan kepada pesakit seperti:

  • Menukar keadaan persekitaran – Bunyi-bunyi yang tidak diingini dan merimaskan boleh mengganggu fokus pesakit
  • Mengubah tugas-tugas biasa – Doktor akan membantu pesakit untuk mencari jalan mudah supaya pesakit lebih mudah untuk melakukan urusan harian
  • Pemulihan cara kerja – Pembantu perubatan akan membantu pesakit belajar cara untuk jaga keselamatan apabila berjalan, memasak, dan memandu

.

.

Cara Elakkan Penyakit Nyanyuk

.

.

Sejak berabat lamanya para pengkaji dan doktor percaya bahawa penyakit nyanyuk tak boleh dicegah dan dipulihkan.

.

Walaubagaimanapun, kajian baru telah dilakukan dan mitos tersebut akhirnya dipatahkan.

.

Pada tahun 2017, satu kajian telah dijalankan dan setelah selidik mendapati penyakit nyanyuk boleh juga disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.

.

.

Untuk lebih terperinci, pengkaji telah menyenaraikan sembilan faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan penyakit nyanyuk:

  • Kekurangan ilmu pengetahuan
  • Penyakit darah tinggi
  • Menghidap obesiti
  • Masalah pendengaran
  • Kemurungan dilewat usia
  • Kencing manis
  • Malas bersenam
  • Merokok
  • Terasing dari interaksi sosial

.

Para pengkaji mempercayai bahawa langkah mengelakkan risiko-risiko ini boleh melambatkan malah boleh mencegah daripada penyakit nyanyuk berlaku.

.

.

Berdasarkan statistik, penyakit dementia atau nyanyuk dijangka akan meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2050.

.

Fakta Menarik: Amalan pengambilan tongkat ali dan minuman berkafein seperti kopi boleh meningkatkan fungsi otak seterusnya dapat menyihatkan otak, dan berkemungkinan boleh mencegah penyakit demensia daripada berlaku.

.

.

Konklusi

.

.

Demensia atau nyanyuk boleh berlaku kepada semua orang.

.

Amalan gaya hidup tidak sihat ialah punca utama kenapa penghidap penyakit ini semakin meningkat hari demi hari.

.

Kesedaran dan persediaan yang terperinci perlu dilakukan bagi mencegah daripada berlakunya impak yang lebih besar.

.

.

Penyakit nyanyuk boleh dirawat dan dielakkan, jika anda sedar akan tanda awal penyakit nyanyuk yang bakal berlaku kepada anda.

.

Oleh itu pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terutama sekali jika anda berumur 60 tahun dan keatas.

.

Yang mana lebih berisiko untuk menghidap penyakit nyanyuk.

.

Baiklah, itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

.

Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca.

.

Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho

.

.

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.