Tengah cari cara diet atkins?
.
Nak tahu lebih lanjut cara macam mana nak kurangkan berat badan?
.
Ini lah diet yang paling berkesan sekali untuk anda.
.
.
Tak perlu berhempas pulas berlapar, buat je diet atkins mesti jadi.
.
Anda wajib baca sampai habis untuk tahu macam mana cara yang betul.
.
.
.
.
Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan
.
.
.
Apa Itu Diet Atkins?
.
.
Diet atkins ialah sejenis diet khas untuk mereka yang nak jaga berat badan.
.
Ianya melibatkan pengambilan karbohidrat yang sedikit.
.
Konsep yang ada dalam diet ini mudah sahaja.
.
.
Anda makan lah seberapa banyak protien dan lemak yang anda mahukan.
.
Asalkan anda tak makan karbohidrat, confirm berat badan akan turun dengan mendadak.
.
Dalam beberapa dekat kebelakangan ini, lebih daripada 20 kajian terhadap diet atkins telahpun dijalankan.
.
.
Semua daripadanya mendapati diet karbohidrat yang sedikit sememangnya berkesan untuk mengurangkan berat badan.
.
Bukan itu sahaja, ianya juga boleh meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih baik.
.
Dari segi sejarah, diet atkins pada mulanya diperkenalkan oleh seorang ahli fizik, Dr. Robert C. Atkins.
.
.
Beliau telah pun menulis sebuah buku yang amat popular di tahun 1972 berkenaan diet atkins ini.
.
Akhirnya, diet atkins telah menjadi popular di serata dunia.
.
Ini menyebabkan banyak buku mengenai diet atkins telah pun dikeluarkan oleh pengkaji-pengkaji lain.
.
.
Berdasarkan pakar, diet atkins ada 4 jenis fasa yang boleh untuk anda ikuti.
.
Terutama sekali kalau anda jenis yang tak pernah cuba diet dan asyik gagal je nak turunkan berat badan.
.
Antara empat fasa tersebut ialah:
- Fasa 1: Makan maksimum 20 grams karbohidrat sehari selama 2 minggu. Makan makanan tinggi protein, tinggi lemak, dan sayur kurang karbohidrat
- Fasa 2: Perlahan-lahan ambil kekacang, dan buah-buahan sedikit demi sedikit dalam pemakanan harian anda.
- Fasa 3: Sebelum anda tiba pada berat badan ideal anda, tambahkan lagi sedikit karbohidrat maksimum per hari dalam makanan anda.
- Fasa 4: Disini, anda boleh makan sebanyak mana karbohidrat yang anda mahu tanpa berat badan meningkat dengan mendadak.
.
.
Walaubagimanapun, jika anda sudah terbiasa diet anda tak perlukan fasa-fasa diatas.
.
Anda boleh kurangkan berat badan selagi mana anda kekalkan pemakanan yang akan min terangkan dibawah sekejap lagi.
.
Sebagai contoh, ada sesetengah orang yang terus ambil buah dan sayuran waktu mereka mulakan diet atkins mereka.
.
.
Ini juga merupakan salah satu cara yang efektif dan sihat.
.
Ada juga sebahagian kecil yang kekal dalam fasa 1 sehingga mereka mencapai berat badan yang mereka mahukan.
.
Ini dinamakan sebagai ketogenic diet.
.
.
Tips Makan Diet Atkins
.
.
Untuk anda jadikan diet atkins anda efektif anda perlu rancang pemakanan anda.
.
Setiap makanan yang anda ambil perlu diperiksa dahulu kandungan karbohidrat yang anda didalamnya.
.
Ini supaya anda tahu seberapa banyak jumlah karbohidrat yang telah anda ambil pada hari tersebut.
.
.
Ada beberapa makanan yang perlu anda elak ketika anda buat diet atkins ni.
.
Antara makanan yang perlu anda elakkan ialah seperti:
- Gula: Air bikarbonat, jus buah-buahan, kek, aiskrim, & lain-lain makanan manis
- Bijirin & Serat: Nasi, tepung, barli, & bijian penuh
- Lemak Trans: Kebiasaannya ada dalam makanan yang diproses
- Sayur Tinggi Karbo: Lobak merah, labu & lain-lain
- Buah Tinggi Carbo: Pisang, epal, limau, & lain-lain
- Kanji: Kentang, ubi, & keledek
- Kekacang: Kacang tanah, kacang parang, kacang kuda & lain-lain.
.
.
Anda wajib elak daripada ambil makanan-makanan yang disenaraikan diatas.
.
Ini supaya diet atkins yang anda buat boleh berhasil dengan efektif.
.
Kalau anda slack salah satu, sangat susah untuk anda turunkan berat badan.
.
.
Sudah tentu, ada makanan yang anda boleh makan semasa diet atkins.
.
Diet atkins bukan diet yang berlapar sahaja ya.
.
Anda boleh sahaja makan apa yang anda nak tetapi ada syarat-syaratnya.
.
.
Bergantung kepada kandungan karbo yang ada dalam makanan tersebut.
.
Ini min senaraikan makanan yang boleh anda makan:
- Protein: Daging lembu, daging kambing, ayam & lain-lain.
- Makanan Laut: Ikan salmon, ikan sardine & makanan laut lain.
- Telur: Telur yang paling sihat ialah yang kaya dengan omega-3.
- Sayur Rendah Karbohidrat: Bayam, brokoli, kobis & lain-lain
- Produk Tenusu: Keju, yogurt, mentega, & susu krim.
- Kekacang: Kacang Almonds, kacang walnut, & kuaci.
- Lemak sihat: Minyak kelapa, minyak zaitun, dan buah avokado.
.
Senang sahaja untuk turunkan berat badan kan?
.
.
Ada banyak lagi makanan sedap lain yang boleh anda makan.
.
Contoh makanan yang anda boleh makan untuk hilangkan rasa muak:
- Keju
- Coklat gelap
- Krim susu
.
.
Banyak daripada makanan ini yang boleh menggemukkan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang tinggi.
.
TETAPI kalau anda sedang lakukan diet atkins atau keto, tubuh badan anda akan menggunakan lemak sebagi tenaga lebih dari biasa.
.
Jadi dengan makan makanan sumber lemak ini, anda akan rasa lebih kenyang, dan mengelakkan anda daripada terlebih makan dan tambah berat badan.
.
.
Selagi mana anda amalkan makan protein, lemak sihat, dan banyakkan makan sayuran dan kekacang.
.
Sudah tentu anda boleh kurangkan berat badan anda.
.
.
Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh
.
.
.
Macam mana dengan minuman pula?
.
.
Okay untuk minuman pun senang je.
.
Anda hanya perlu elakkan minum minuman yang manis sahaja.
.
Tak ada yang terkecuali, selagi mana minuman tersebut manis mesti ada gula didalamnya.
.
.
Ini termasuk jus buah-buahan walaupun ianya tinggi dengan nutrien penting.
.
Antara minuman yang anda boleh minum ialah:
- Air: Macam biasa, air mineral/kosong ialah syarat untuk memperoleh tubuh badan yang sihat.
- Kopi: Banyak kajian menunjukkan kopi sangat tinggi dengan kandungan antioksidan dan sangat berkhasiat.
- Teh: Semua jenis teh terutama sekali teh hijau asalkan tidak ada jumlah gula yang tinggi.
.
Kami sarankan anda cuba pelbagai jenis minuman yang anda boleh jumpa yang tiada gula.
.
.
Sebabnya kalau hari-hari minum benda sama je mesti kita jadi jemu atau bosan kan.
.
Selepas anda dah amalkan makanan rendah karbohidrat selama dua minggu.
.
Sekarang anda dah boleh makan semula karbohidrat sihat yang anda dah makan sebelum ini.
.
.
Contohnya macam sayuran, buah-buahan, kekacang, kentang dan nasi.
.
Walaupun dah tak perlu hadkan makan karbohidrat, tetapi anda kena pastikan anda tak terlebih makan untuk kekalkan berat badan yang sama.
.
Kalau anda kembali makan macam sebelum ini, kemungkinan besar berat badan anda akan kembali meningkat itu sangat lah tinggi.
.
.
.
.
Punca Berat Badan Tak Menurun
.
.
Ada orang yang rasa diet seperti ini tak berhasil pada mereka.
.
Mungkin anda juga tergolong dari salah seorang dari mereka?
.
Jika anda dah amalkan diet atkins selama berminggu-minggu tetapi berat badan anda sama sahaja tiada perubahan.
.
.
Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku.
.
Mari min terangkan apa alasan-alasan yang biasa terjadi.
.
.
1. Lemak hilang tanpa sedar
.
.
Jika anda lakukan diet atkins, ada hari-hari yang berat badan anda naik dan ada hari yang turun.
.
Ini bergantung kepada waktu makan anda dan cecair yang ada dalam tubuh badan anda.
.
Mungkin juga berat berlebihan itu datang daripada air yang anda minum dan sebenarnya lemak anda dah lama mengecil.
.
.
2. Terlebih karbohidrat
.
.
Mungkin juga portion yang anda makan selama ini agak terlebih dari segi karbohidratnya.
.
Cuba kurangkan jumlah karbohidrat tadi dan lebihkan makan protein dan sayuran.
.
Kadang-kala kita rasa portion yang kita makan itu sudah cukup sikit berbanding biasa.
.
Tetapi sebenarnya untuk kurangkan berat badan, anda perlu kurangkan lagi portion tersebut.
.
.
3. Kurang bersenam
.
.
Untuk turunkan berat badan, aktiviti senaman tidak boleh diabaikan.
.
Bila anda aktif, lebih banyak lemak yang boleh dibakar oleh badan.
.
Jadi pastikan anda kira kalori makanan yang anda makan tadi.
.
Kemudian bersenam mengikut berapa lama jumlah kalori tadi untuk dibakar oleh badan.
.
.
4. Makanan Tidak Sihat
.
.
Untuk mereka yang baru belajar diet atkins, ‘cheat day’ mungkin boleh menghalang berat badan daripada menurun.
.
Ini boleh jadi kerana anda banyak makan makanan yang tidak sihat, seperti lemak.
.
Jika anda makan makanan berlemak lebih daripada apa yang tubuh badan akan gunakan sebagai tenaga.
.
Sudah tentu lebihan lemak tadi akan tersimpan dan menyebabkan pertambahan berat badan
.
.
5. Tak Cukup Rehat & Stress
.
.
Kurang tidur dan tekanan boleh mengganggu sistem badan anda.
.
Jika anda tak cukup rehat dan stress, tubuh badan anda akan merembeskan hormon cortisol yang mana meningkatkan nafsu makan anda.
.
Ini menyebabkan tubuh anda tak dapat berfungsi dengan baik.
.
Jumlah metabolism juga akan menjadi rendah menyebabkan badan sukar untuk membakar lemak.
.
.
Konklusi
.
.
Jika anda serius nak buat diet atkins, anda perlu mulakan dengan segera.
.
Apa yang disenaraikan dalam artikel ini cukup untuk anda faham apa itu diet atkins dan macam mana nak mula.
.
Jangan risau, diet atkins selamat dan sihat.
.
.
Ia juga antara cara paling cepat untuk anda turunkan berat badan anda ke tahap yang lebih ideal.
.
Min yakin, anda tak akan kecewa tengok hasilnya nanti.
.
Apa yang anda perlu lakukan ialah makan makanan yang kaya dengan protien dan lemak sihat seperti daging dan sayur-sayuran.
.
.
Elakkan makan makanan yang memberi kesan negatif kepada diet atkins anda seperti karbohidrat dan lemak yang berlebihan.
.
Mulakan amalan bersenam setiap hari untuk kekal aktif membakar lemak dan kalori harian anda.
.
Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat boleh membantu mengurangkan berat badan anda.
.
.
Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.
.
Buat perubahan dalam hidup anda, semoga sekecil-kecil perubahan ini dapat membawa anda kepada impak positif yang lebih besar.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang:Cara Jaga Penampilan – Tips Lelaki Untuk Nampak Kemas & Yakin
.
.