Anda pernah dengar penyakit nyanyuk?
.
Penyakit ini selalu terjadi kepada mereka yang dah berumur.
.
Biasanya kita tengok pada mereka yang dah berumur 60 tahun dan keatas.
.
.
Apa sebenarnya nyanyuk ni?
.
Mesti ada punca dan jalan penyelesaiannya.
.
Ini kami sediakan penerangannya secara detail. Sila baca satu persatu sampai habis ye. Hihi
.
.
.
.
Baca Selepas Ini: Kolesterol Tinggi – Tips Cara Kurangkan Kolesterol Paling Mudah & Berkesan
.
.
.
Demensia
.
.
Dari segi saintifik, penyakit ini dipanggil sebagai demensia, atau orang kita panggil sebagai penyakit nyanyuk.
.
Agak kasar penggunaan istilah ini tetapi untuk pemahaman, min akan gunakan dengan lebih kerap.
.
Ia merupakan sejenis penyakit gangguan pada fungsi kognitif.
.
.
Ciri-ciri mereka yang mengalami masalah ini ialah seperti:
- Pelupa
- Susah untuk berfikir
- Masalah bertutur
- Sukar membezakan baik atau buruk
- Kelakuan yang berubah
.
Nyanyuk selalunya disebabkan oleh pelbagai penyakit dan kecederaan lain.
.
.
Dari segi mental boleh jadi ada yang mempunyai masalah yang agak sedikit dan agak teruk.
.
Ada juga yang mengalami perubahan kepada personaliti mereka.
.
Kebiasaan sesetengah pesakit nyanyuk berlaku secara progresif.
.
.
Ini bermakna keadaan mereka akan semakin merosot sedikit demi sedikit hari demi hari.
.
Ada sesetengah penyakit nyanyuk yang boleh dirawat atau dipulihkan.
.
.
.
Tanda – Tanda Nyanyuk
.
.
Untuk mereka yang risau tentang ayah atau ibu anda akan mengalami masalah seperti ini.
.
Ini min ada senaraikan beberapa tanda masalah nyanyuk.
.
Cuba anda perhatikan sama ada tanda-tanda ini pada orang terdekat anda, terutama sekali pada yang dah berumur.
.
.
1) Susah Buat Perubahan
.
.
Salah satu tanda nyanyuk ialah sukar untuk sesuaikan diri dengan perubahan baru.
.
Mereka yang nyanyuk akan mempunyai masalah untuk menukar rutin harian atau keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.
.
Jika tukar perkara yang biasa mereka lakukan mulalah naik angin dan tak tentu arah.
.
.
2) Masalah Ingatan
.
.
Tanda lain yang paling ketara ialah daya ingatan jangka masa pendek merudum.
.
Mereka akan ingat perkara yang berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.
.
Tetapi tak ingat perkara yang berlaku beberapa jam lepas, apa yang mereka buat waktu tengah hari tadi.
.
.
3) Kesukaran Bertutur
.
.
Tanda lain ialah mereka akan mengalami kesukaran apabila bercakap dengan orang sekeliling.
.
Ini kerena mereka yang nyanyuk sering lupa perkataan yang tepat untuk digunakan.
.
Mereka susah untuk ingat apa perkataan yang sesuai untuk situasi tersebut
.
Jadi percakapan mereka akan sedikit berterabur dan susah untuk difahami.
.
.
4) Ulang Perkara Yang Sama
.
.
Mereka akan bercakap perkara yang sama berulang-ulang kali.
.
Atau mereka akan buat kerja yang sama juga berkali-kali.
.
Ini berkait dengan masalah memori jangka masa pendek tadi, yang membuatkan mereka lupa apa perkara yang mereka dah lakukan sebentar tadi,
.
.
5) Janggal Dengan Tempat Disekeliling
.
.
Tempat-tempat yang mereka biasa pergi akan nampak asing bagi mereka.
.
Mereka juga akan ada masalah untuk memandu.
.
Ini kerana persekitaran yang mereka lalu tersebut terasa lain dan asing bagi mereka.
.
.
6) Susah Untuk Mendengar
.
.
Mereka turut mengalami kesukaran untuk mendengar perbualan serta apa yang dibualkan oleh orang sekeliling.
.
Ini kerana apa yang dibualkan menjadi agak susah untuk difahami oleh mereka.
.
Ia juga berkait dengan masalah memori jangka masa pendek mereka.
.
.
7) Perubahan Mood
.
.
Individu yang mempunyi masalah ini sering mengalami perubahan dari segi mood dan keadaan mental mereka.
.
Tekanan perasaan, rasa putus asa dan marah adalah perkara biasa yang akan terjadi pada mereka.
.
.
8) Hilang Minat
.
.
Perubahan kepada mental dan emosi mereka sering buat mereka hilang minat terhadap sesuatu.
.
Ini termasuk perkara yang mereka sering dan suka lakukan.
.
Contohnya mereka akan hilang minat terhadap hobi dan aktiviti yang mereka suka lakukan.
.
.
9) Kekeliruan
.
.
Mereka yang mempunyai masalah nyanyuk bukan sahaja berasa janggal dengan persekitaran mereka.
.
Mereka juga akan terasa janggal dengan orang yang mereka jumpa dan pernah kenal.
.
Dan risiko untuk mereka lupa tentang orang yang mereka pernah kenal.
.
.
10) Kesukaran Siapkan Tugasan
.
.
Individu yang mempunyai masalah nyanyuk sering mengalami kesukaran untuk siapkan kerja harian mereka.
.
Walaupun pekerjaan atau tugasan itu telah mereka lakukan selama berpuluh tahun.
.
.
Baca Selepas Ini: Gaya Hidup Sihat – 15 Tips Jaga Kesihatan Secara Menyeluruh
.
.
Fasa Penyakit Nyanyuk/Demensia
.
.
Antara kes-kes nyanyuk yang berlaku, kebanyakkan daripada mereka akan mengalami kemerosotan dari masa ke semasa.
.
Kadar kemerosotan ini berbeza mengikut individu.
.
Walaubagaimanapun secara umumnya, kebanyakkan daripada mereka akan mengalami simptom fasa demensia seperti dibawah:
.
.
Kesusutan Kognitif Ringan
.
.
Bagi mereka yang telah berumur, kebanyakkan daripada mereka akan mengalami kesusutan kognitif (MCI) secara ringan.
.
Walaupun begitu, mereka tidak akan mengalami masalah nyanyuk atau masalah kesusutan fungsi mental lain.
.
Mereka yang telah berumur akan mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah ini:
- Masalah lupa
- Kesukaran menyusun ayat
- Masalah memori jangka masa pendek
.
.
Demensia Ringan
.
.
Di fasa ini, mereka yang mengalami masalah nyanyuk yang ringan mungkin boleh meneruskan urusan harian secara berdikari.
.
Antara tanda mereka mengalami masalah nyanyuk fasa ini seperti:
- Masalah memori jangka masa pendek yang sementara
- Perubahan personaliti (Marah/Tekanan perasaan)
- Sering lupa
- Kesukaran untuk selesaikan tugasan rumit
- Susah untuk ungkapkan perasaan dan idea
.
.
Demensia Sederhana
.
.
Pada fasa demensia sederhana, pesakit sememangnya perlukan sokongan daripada ahli keluarga atau penjaga.
.
Ini kerana penyakit nyanyuk tersebut telahpun sampai ke fasa yang mengganggu tugasan dan aktiviti harian mereka.
.
Antara ciri-ciri masalah demensia sederhana:
- Keputusan yang tidak wajar
- Kekeliruan meningkat
- Banyak memori yang semakin hilang
- Memerlukan pertolongan seperti mandi dan pakai baju
- Perubahan personaliti secara mendadak.
.
.
Demensia Kronik
.
.
Pada fasa demensia kronik, perubahan dari segi mental dan fizikal pesakit nyanyuk akan semakin merudum.
.
Tanda-tanda mereka yang mencapai nyanyuk fasa ini ialah seperti:
- Tak dapat kawal fungsi badan seperti berjalan, makan dan buang air.
- Hilang kebolehan untuk bertutur dan berkomunikasi
- Memerlukan pertolongan secara menyeluruh
- Kesihatan semakin merosot
.
.
Mereka yang menghidap penyakit nyanyuk akan menjalani fasa-fasa ini dalam jangka masa yang berbeza-beza.
.
Fahami kesemua informasi tentang masalah nyanyuk, dapat membantu anda bersedia untuk perkara yang berlaku di masa hadapan
.
.
.
.
Punca Penyakit Nyanyuk
.
.
Ada banyak punca yang boleh menyebabkan penyakit nyanyuk/demensia.
.
Secara umumnya, ianya berpunca daripada masalah kemerosotan neuron otak yang mengganggu fungsi badan, mental dan fizikal.
.
Ada beberapa masalah yang boleh menjadi punca nyanyuk.
.
.
Kebanyakkannya adalah disebabkan penyakit berkenaan kesihatan otak seperti Alzheimer’s.
.
Kemerosotan neuron pada otak akan menurunkan dan menerukkan lagi fungsi otak.
.
Apabila ini berlaku, akhirnya tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan kematian.
.
.
Ini min ada senaraikan punca utama nyanyuk.
.
Penyakit Kemerosotan Neuron
.
.
Antara masalah kesihatan yang terdapat dalam jenis ini ialah seperti:
- Alzheimer’s
- Parkinson’s
- Demensia Vaskular
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Ketagihan alkohol
- Ketumbuhan atau jangkitan pada otak
- Demensia frontotemporal
- Penyakit pick
- Supranuclear palsu
- Kemerosotan Corticobasal
.
.
Selain dari yang disenaraikan diatas ada beberapa punca lain yang boleh menyebabkan penyakit ini.
.
Antara yang dimaksudkan ialah seperti:
- Masalah struktur otak – Hidrocefalus & subdural hematoma
- Masalah metabolik – Hipotiroid, kekurangan vitamin B-12, & masalah buah pinggang dah hati
- Jangkitan kuman dan toksin – Plumbum
.
Sesetengah peringkat penyakit nyanyuk boleh diselamatkan dan dielakkan daripada merosot.
.
.
Beberapa punca yang boleh dirawat boleh memulihkan kembali simptom nyanyuk jika dikenalpasti di peringkat awal.
.
Ini lah pentingnya kenapa anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
.
Terutama sekali jika anda telahpun berumur
.
Jika doktor dapat kenalpasti simptom-simptom awal penyakit, mungkin banyak masalah kesihatan yang dapat diselesaikan.
.
.
Rawatan Nyanyuk / Demensia
.
.
Kebiasaannya untuk merawat penyakit demensia, doktor akan berikan dua jenis ubat kepada pesakit.
- Cholinesterase inhibitor – Berfungsi meningkatkan daya ingatan dan daya memproses informasi.
- Memantine – Berfungsi memperlahankan simptom nyanyuk daripada merosot dan meningkatkan fungsi otak.
.
.
Rawatan Bukan Ubat
.
.
Rawatan ini boleh membantu menghilangkan simptom penyakit nyanyuk dan membantu mencegah komplikasi yang boleh berlaku.
.
Antara terapi yang biasa dilakukan kepada pesakit seperti:
- Menukar keadaan persekitaran – Bunyi-bunyi yang tidak diingini dan merimaskan boleh mengganggu fokus pesakit
- Mengubah tugas-tugas biasa – Doktor akan membantu pesakit untuk mencari jalan mudah supaya pesakit lebih mudah untuk melakukan urusan harian
- Pemulihan cara kerja – Pembantu perubatan akan membantu pesakit belajar cara untuk jaga keselamatan apabila berjalan, memasak, dan memandu
.
.
Cara Elakkan Penyakit Nyanyuk
.
.
Sejak berabat lamanya para pengkaji dan doktor percaya bahawa penyakit nyanyuk tak boleh dicegah dan dipulihkan.
.
Walaubagaimanapun, kajian baru telah dilakukan dan mitos tersebut akhirnya dipatahkan.
.
Pada tahun 2017, satu kajian telah dijalankan dan setelah selidik mendapati penyakit nyanyuk boleh juga disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.
.
.
Untuk lebih terperinci, pengkaji telah menyenaraikan sembilan faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan penyakit nyanyuk:
- Kekurangan ilmu pengetahuan
- Penyakit darah tinggi
- Menghidap obesiti
- Masalah pendengaran
- Kemurungan dilewat usia
- Kencing manis
- Malas bersenam
- Merokok
- Terasing dari interaksi sosial
.
Para pengkaji mempercayai bahawa langkah mengelakkan risiko-risiko ini boleh melambatkan malah boleh mencegah daripada penyakit nyanyuk berlaku.
.
.
Berdasarkan statistik, penyakit dementia atau nyanyuk dijangka akan meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2050.
.
Fakta Menarik: Amalan pengambilan tongkat ali dan minuman berkafein seperti kopi boleh meningkatkan fungsi otak seterusnya dapat menyihatkan otak, dan berkemungkinan boleh mencegah penyakit demensia daripada berlaku.
.
.
Konklusi
.
.
Demensia atau nyanyuk boleh berlaku kepada semua orang.
.
Amalan gaya hidup tidak sihat ialah punca utama kenapa penghidap penyakit ini semakin meningkat hari demi hari.
.
Kesedaran dan persediaan yang terperinci perlu dilakukan bagi mencegah daripada berlakunya impak yang lebih besar.
.
.
Penyakit nyanyuk boleh dirawat dan dielakkan, jika anda sedar akan tanda awal penyakit nyanyuk yang bakal berlaku kepada anda.
.
Oleh itu pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terutama sekali jika anda berumur 60 tahun dan keatas.
.
Yang mana lebih berisiko untuk menghidap penyakit nyanyuk.
.
Baiklah, itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Cara Tingkatkan Keyakinan – Tips Lelaki Untuk Nampak Alpha & Macho
.
.