Fraud Blocker Pornografi - Punca, Bahaya Ketagihan & Kesan Buruk

Pornografi – Punca, Bahaya Ketagihan & Kesan Buruk Yang Boleh Berlaku

Written By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Pernah tengok konten lucah?

Semua orang, tak kira usia,sangat mudah terdedah sekarang.

Dengan teknologi yang mudah diakses, kandungan lucah ada di hujung jari.

Lambakan video lucah ni mengubah cara kita berfikir tanpa kita sedar.

Akhlak pun boleh terjejas, terutama bila terlalu kerap tonton.

.  .Pornografi-beri-kesan-buruk-kepada-mental

Kajian dari American Psychological Association (APA), 2020 mendapati,

“70% individu yang terdedah dengan bahan lucah mengalami gangguan emosi dan hubungan sosial yang serius.”

Stress-kesan-melihat-pornografi-terlalu-kerap

Walaupun laman web lucah banyak yang disekat, tetap ada banyak cara untuk mengaksesnya.

Ramai yang tak sedar, menonton video lucah ni ada kesan buruk pada mental, fizikal, dan kesihatan kita.

Pornografi-punca-hubungan-suami-isteri-hambar

Terdapat data mengenai peratusan dewasa di Malaysia yang terlibat dengan pornografi.

Menurut kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

“Sebanyak 63% daripada 176 responden dewasa berusia antara 18 hingga 60 tahun mengaku melayari bahan lucah atau pornografi sekurang-kurangnya sekali seminggu.”

Pornography-Oh-My-God-Wow-GIF

Kajian ini juga mendapati bahawa responden lelaki lebih cenderung untuk mempunyai fantasi dan tingkah laku seksual devien berbanding wanita.

Boleh rujuk artikel ini : Malaysia tangga ke-4 paling ramai tonton filem lucah


Ketagihan Kepada Video Lucah

Banyak yang tengok video lucah, tapi tak hanya tengok, ada yang terjebak dengan onani.

Ini bukan perkara baru, ramai mula sejak sekolah menengah, malah ada yang dari sekolah rendah

. Remaja-terawal-terh=jebak-dengan-gejala-menonton-video-lucah .

Sekarang ni, bahan lucah mudah sangat didapati, bukan hanya di laman web, malah media sosial pun banyak yang percuma.

Susah nak sekat, dan makin lama makin berleluasa.

Kajian dari National Center on Sexual Exploitation (NCOSE), 2019 menunjukkan,

80% remaja lelaki dan 60% remaja perempuan terdedah kepada pornografi sebelum umur 18 tahun, memberi kesan pada mental dan hubungan sosial mereka.”

 

. Skrin-laptop-paparkan-sekatan-terhadap-video-lucah .

Laman sosial macam Tumblr dan Twitter penuh dengan video lucah, dari luar negara mahupun tempatan.

Tak hanya remaja, malah pasangan suami isteri pun terjebak dalam tabiat ni.

Pornografi bukan benda baru, sejak dahulu lagi ia wujud dalam pelbagai bentuk, macam DVD, gambar, lukisan, dan ukiran.

Cuma sekarang ia lebih mudah diakses dengan kemajuan teknologi. 

Lebih lagi dengan kedatangan AI (Artificial Intelligent) yang semakin maju.

Artificial-Intelligence-Robots-GIF-by-Kim's-Convenience

Pornografi dalam agama Islam juga hukumnya adalah haram kerana ia merosakkan akhlak dan mendekatkan kepada zina, yang dilarang keras oleh Allah SWT.

Ayat yang boleh dijadikan rujukan dalam isu pornografi adalah dari Surah Al-Nur (24:30), yang bermaksud:

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Porno-dont-look-at-me-calum-scott-GIF

Ayat ini menekankan pentingnya menjaga pandangan dan kehormatan diri, yang merupakan asas dalam menjaga kesucian diri.

Dalam konteks pornografi, menonton bahan lucah bertentangan dengan tuntutan untuk menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.

Ia bukan sahaja merosakkan diri, tetapi juga merosakkan hubungan dengan pasangan, keluarga, dan Tuhan.

Isteri-tutup-mata-suami-yang-sedang-tonton-porno

Baca Selepas Ini:  Nafsu Seks – Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya . .

Punca ketagihan pornografi

. .boleh

1- Pendedahan Awal

Zaman remaja memang masa ingin tahu.

Rakan-rakan dan internet mudah sangat nak akses benda-benda macam ni.

Sekali cuba, terus rasa lain macam. Dan akhirnya, jadi satu kebiasaan yang susah nak lepaskan.

watching-you-warning-no-pornography

2- Mengisi Masa Lapang

Lepas tu, bila ada waktu lapang, mulalah cari video lucah.

Habis masa lapang dihabiskan dengan benda ni.

Lama-lama, jadi macam satu cara nak hilangkan bosan, walaupun tahu ianya tak sihat.

too-love-porn-gif

3- Rutin Harian

Dari sekadar “sekali-sekala”, jadi rutin harian.

Malam pun mesti ada video lucah, kalau tak, rasa tak lengkap.

Semua ni jadi kebiasaan, sampai tak sedar dah terjebak dalam perangkap ketagihan.

ketagihan-kepada-porno

4- Ketagihan

Bila dah sampai tahap ketagihan, menonton pornografi jadi satu keperluan.

Kalau sehari tak tengok, rasa macam tak tenang.

Fikiran mula dikuasai dan tak boleh nak berhenti.

stop-porno-jared-dines

Menurut kajian oleh seorang pakar dalam bidang ketagihan,

“Pornografi bukan sekadar hiburan, ia boleh mengubah otak kita, sama seperti ketagihan dadah. Mereka yang terdedah kepadanya akan lebih sukar mengawal diri dan menghadapi masalah dalam hubungan sosial mereka.”

(Dr. Patrick Carnes, 2019)

Kesan ketagihan pornografi

. .

Pornografi ni ada banyak keburukan yang ramai orang tak sedar.

Kesan buruknya boleh ganggu aktiviti harian kita – kerja, belajar, malah cara kita bersosial.

Jangan terkejut, ia juga boleh meruntuhkan institusi rumahtangga.

1. Emosi Tidak Stabil

. .

Orang yang ketagih pornografi ni, otaknya bertindak macam penagih dadah.

Setiap kali tengok video lucah, otak ‘banjir’ dengan hormon dopamine – hormon yang buat rasa puas.

Tapi bila dopamine terhasil secara berlebihan, ia ganggu keseimbangan otak dan jadi tak sihat.

.

Bila tak dapat tengok video lucah macam biasa, emosi mula jadi tak stabil.

Mereka jadi cepat marah, mudah resah — macam ada benda tak kena dalam diri.

Ini bukan hal main-main, ini tanda otak dah ‘bergantung’.

. .

2. Urusan harian terganggu

. .

Ketagih pornografi boleh buat seseorang hilang keyakinan diri.

Kerja makin lembap, prestasi jatuh… otak asyik serabut.

Nak bergaul pun susah, sebab rasa malu dengan ‘rahsia gelap’ sendiri.

. .


Otak yang kerap dilayan dengan pornografi jadi lemah dan lambat tangkap.

Ilmu baru susah nak masuk, sebab minda dah terbiasa dengan rangsangan kosong.

Lama-lama, makin sukar nak fokus dan faham perkara penting dalam hidup.. . .

3. Tidak berminat dengan pasangan

. .

Bila dah kahwin pun, ketagih pornografi tetap beri kesan.


Ramai suami rasa isteri tak mampu “puaskan” apa yang mereka bayangkan hasil dari video lucah yang melampau.

Kat internet, semua jenis fantasi boleh pilih—ganas, songsang, sampai ke tahap melibatkan kanak-kanak. Satu klik je, semua ada.

Ini bukan lagi soal nafsu… tapi soal moral dan akal yang makin rosak perlahan-lahan.

.

Realitinya… isteri kita ni manusia sebenar, bukan pelakon skrip macam dalam video lucah.

Rupa dia, gaya dia, itu je lah sampai bila-bila.

Tapi bila dah selalu layan pornografi, mula muncul satu perasaan pelik—macam pasangan kita tak cukup.

Suami-isteri-bergaduh-kerana-porno
Rumahtangga pun mula nampak tak penting. Sebab apa?

Sebab dalam kepala dah tertanam, “aku boleh puas sendiri… bila-bila masa.”

Lebih merisaukan, ramai yang ketagih pornografi ni hilang keupayaan seksual.

Zakar jadi lembik, rangsangan sebenar dah tak jalan.

Otak dah terbiasa dengan rangsangan tiruan.


. Panjangkan Zakar .

Bila dah terbiasa layan video lucah, hubungan dengan isteri jadi hambar.

Nafsu dah terbiasa dengan aksi pelik, ganas, luar biasa—sampai isteri sendiri tak lagi menarik.

Isteri-rasa-sudah-tak-menarik-kerana-suami-terlalu-banyak-tonton-porno

Akhirnya zakar pun makin susah ‘bangun’, sebab otak dah tak terangsang dengan situasi yang sebenar.

Semuanya jadi tak cukup. Isteri pun kecewa. Rumah tangga mula retak. Minta simpang perkara ini berlaku kepada kita.

Dr. Patrick Carnes, pakar ketagihan seksual, tegaskan:

“Pornografi ubah struktur otak. Sama macam dadah, bila dah ketagih, kawal diri pun makin hilang.” (2019)

.

4. Wanita sebagai objek seksual

. .

Jika ketagihan ini dibiarkan berlarutan, ia akan merosakkan pandangan kita terhadap wanita.

Setiap wanita yang kita temui akan dilihat bukan sebagai individu, tetapi sebagai objek seksual semata-mata.

Kita akan mula melihat wanita dari segi fizikal semata-mata—punggung,buah dada, dan segala imaginasi kotor yang terbentuk dalam fikiran kita.

lelaki-suka-tonton-porno-akan-pandang-wanita-seperti-alat-seks
Semua itu menjadikan kita lupa akan maruah dan nilai sebenar seorang wanita.

Pakar psikologi, Dr. David Ley, menegaskan bahawa

“Pornografi boleh merosakkan cara kita melihat hubungan sebenar. Ia menjadikan seseorang lebih terasing dan menganggap wanita hanya sebagai objek untuk memuaskan nafsu.” (2015)

. .


Ini adalah tanda jelas bahawa hati kita telah tercemar, dan minda kita telah dipenuhi dengan kekotoran.

Jika anda mula merasai atau melihat tanda-tanda seperti ini dalam diri anda, berhenti sekarang juga.

You-need-to-stop-porn-activity
Jangan biarkan ia berlarutan, kerana kesan buruk yang akan datang jauh lebih berat daripada sebarang kepuasan sesaat.

Menurut Dr. Jennifer Guttman, seorang pakar psikologi,

“Ketagihan pornografi adalah salah satu bentuk pencemaran mental yang membawa kepada pemikiran negatif dan ketidakstabilan emosi yang berpanjangan.” (2017).

Baca Juga:  Pickupline – 50 Koleksi Ayat Mengorat Terbaik . .

5. Pornografi punca jenayah

. .

Pada tahun 1970-an, pembunuh bersiri Ted Bundy menggemparkan Amerika Syarikat.

Dengan penampilan kacak dan percakapan manis, dia berjaya mengelak perhatian ramai.

Namun, selepas penemuan mayat wanita dan keterangan saksi, pihak berkuasa berjaya menangkapnya.

Perbicaraan kes-kesnya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

. .

Pada tahun 1989, Ted Bundy mengaku merogol dan membunuh lebih 35 wanita muda.

Alasan dia mengejutkan ramai apabila dia berkata,

“Saya tinggal dalam penjara sudah lama, dan saya telah bertemu ramai orang yang memiliki keinginan jenayah yang sama. Setiap dari mereka telah terjebak dalam dunia pornografi, tanpa terkecuali.”

. Sebagai input tambahan untuk anda jom tonton video dibawah. .

Bukan hanya Ted Bundy, ramai lagi pembunuh bersiri yang berkongsi pandangan serupa.

Ini menunjukkan betapa besar kesan buruk pornografi terhadap kesihatan mental jika ia diamalkan secara berlebihan.

.

Ada kes di mana menonton pornografi yang berunsur seks luar tabii boleh mendorong seseorang untuk terlibat dalam perbuatan sumbang mahram.

Ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes-kes sumbang mahram di negara kita.

Pengaruh pornografi ini amat merbahaya dan boleh merosakkan nilai moral serta hubungan kekeluargaan. . .

Macam mana nak berhenti tengok video lucah?

. .

Nak berhenti?

Bukan mudah lepas dah bertahun terjebak dengan pornografi ni.

Tapi tak susah pun kalau betul-betul nekad dan ikut cara yang betul dan berkesan dari yang pakar dan berpengalaman.
. .

1. Dapatkan bantuan Professional

. kaunseling bersemuka .

Cuba dapatkan khidmat kaunseling!

Dapatkan nasihat daripada pakar psikologi kalau rasa ketagihan ni mula mengganggu hidup.

Mereka memang dilatih untuk bantu kes-kes macam ni, termasuklah ketagihan pornografi yang makin meningkat.

Lelaki-malu-jumpa-pakar-nasihat-gejala-porno
Jangan takut atau malu!

Sebab mereka sentiasa ada untuk bantu dan beri panduan supaya anda boleh atasi masalah ni.

Boleh lihat senarai khidmat kaunseling disini, khidmat kaunseling. .

2. Berhenti secara beransur-beransur

. .

Pakar berpendapat- Dr. Patrick Carnes, pakar ketagihan seksual.

Kalau berhenti menonton video lucah secara tiba-tiba, tubuh badan kita mungkin akan mengalami ‘withdrawal syndrome’.

Ini bermakna, keinginan untuk tengok video porno jadi lebih kuat daripada biasa.

Perasaan gelisah dan resah akan datang, dan kadang-kadang buatkan kita rasa susah nak lawan ketagihan tu.

. .

Jika menonton video lucah sudah menjadi rutin harian, cubalah ubah sedikit demi sedikit.

Mulakan dengan menontonnya dua hari sekali.

Minggu seterusnya cuba tiga hari sekali, dan teruskan dengan langkah-langkah kecil hingga akhirnya dapat mengurangkan kebiasaan itu secara keseluruhan.

Ingat, perubahan besar bermula dengan langkah kecil! . 

  . .

3. Elakkan berseorangan

. .

Kadang-kadang, ketagihan pornografi timbul kerana rasa bosan ketika kita berseorangan.

Otak kita akan cari sesuatu yang seronok, dan jika menonton pornografi dah jadi kebiasaan, kita mudah terjerumus.

Jadi, elakkan duduk sorang-sorang di bilik dengan handphone atau laptop.

Cari aktiviti lain untuk penuhi masa lapang!

Tanggungjawab Isteri .
. .

Kami sarankan, hadkan bilik tidur hanya untuk tidur dan rehat.

Jika perlu guna gadget, buatlah di ruang tamu atau meja makan.

Selain itu, sibukkan diri dengan aktiviti luar yang boleh memenatkan supaya minda tidak terfikir perkara-perkara yang tidak elok.

4. Bina Rutin Positif


Gantikan tabiat lama dengan aktiviti produktif seperti bersenam, membaca, atau belajar kemahiran baru.

Aktiviti ini membantu minda anda fokus pada perkara positif dan mengurangkan keinginan untuk kembali kepada tabiat lama.

lelaki-bersenam-isi-masa-lapang-dari-kembali-aktiviti-porno

5. Sertai Komuniti Dan Aktiviti Bermanfaat

Selalulah bersosial dengan cara yang sihat.

Sertai mana-mana persatuan atau kelab yang memberi manfaat pada badan dan kesihatan mental.

Elak daripada komuniti yang boleh merangsang otak anda kembali kepada tabiat lama.

Jadikan aktiviti bersama komuniti membuatkan anda lupa dan terleka daripada mengingat semula gejala pornografi.

Sibukkan-diri-dengan-aktiviti-komuniti-untuk jauh-dari-porno

6. Kurangkan Masa Bersama Dengan Media Sosial

Media sosial antara faktor terbesar untuk bekas penagih pornografi untuk terjebak kembali kepada perangai lama.

Kerana platform ini sukar dikawal dan mudah terdedah kepada mukaddimah zina dan buat anda terkenang kepada tabiat pornografi lalu.

Social-media-punca-ketagihan-porno

7. Banyakkan Masa Bersama Pasangan & Hargai Mereka

Kepada yang sudah berkahwin, ini sangat penting!

Kembalikan semula rasa cinta dan romantik bersama pasangan anda.

Ingat balik detik pertama kali anda jatuh cinta dan hubungan di malam pertama.

Perbaiki dan belajar cara baru yang lebih menyeronokkan untuk tingkatkan hubungan intim

Baca artikel 30 posisi seks : https://suamisihat.com.my/posisi-seks/30-posisi-seks/

Jauhi-pornografi-kembalikan-rasa-cinta-kepada-pasangan

Kesan Selepas Berjaya Keluar Dari Ketagihan Pornografi

1- Kesihatan Mental dan Fizikal yang Lebih Baik

Apabila berjaya berhenti daripada ketagihan pornografi, seseorang akan mengalami peningkatan kesihatan mental dan fizikal.

Rasa cemas, gelisah, dan rasa bersalah akan berkurang, dan ini memberi kesan positif kepada kesejahteraan secara keseluruhan.

Otak akan menjadi lebih jelas, bebas daripada ‘pencemaran’ dan lebih fokus kepada perkara positif dalam hidup.

Suami-jadi-lebih-fokus-kepada-isteri-setelah-tinggalkan-pornografi

2- Hubungan yang Lebih Erat dengan Pasangan

Apabila tidak lagi terikat dengan ketagihan pornografi, hubungan dengan pasangan akan menjadi lebih sihat dan erat.

Pasangan akan merasakan lebih banyak perhatian, kasih sayang, dan keintiman.

Komunikasi yang lebih terbuka dan kesediaan untuk memperbaiki hubungan seksual akan meningkatkan kesetiaan dan kepuasan dalam perkahwinan.

Boy And Girl Love GIF by DEEPSYSTEM (1)

3- Peningkatan Produktiviti dalam Kehidupan Seharian

Tanpa ketagihan terhadap pornografi, masa yang dahulunya dihabiskan dengan menonton video lucah boleh digunakan untuk perkara yang lebih produktif.

Kerja, pembelajaran, dan aktiviti-aktiviti lain akan dijalankan dengan lebih fokus, bersemangat, dan berdaya saing.

Ini memberikan peluang untuk mencapai matlamat dan kejayaan dalam hidup.

Pop Tv Yes GIF by One Day At A Time (1)

4- Rasa Kepuasan Diri dan Harga Diri yang Lebih Tinggi

Apabila berjaya mengatasi ketagihan, seseorang akan merasa bangga dengan diri sendiri.

Rasa kejayaan dalam mengawal nafsu dan kembali menguasai kehidupan memberikan rasa kepuasan yang mendalam.

Ini akan meningkatkan keyakinan diri, rasa harga diri yang lebih tinggi, dan memberi dorongan untuk menjadi individu yang lebih baik dalam pelbagai aspek kehidupan.

suami-isteri-lebih-intim-selepas-berhenti-dari-porno

5- Kehidupan Seksual yang Lebih Memuaskan

Menghentikan ketagihan pornografi akan membawa kepada hubungan seksual yang lebih sihat dan memuaskan.

Tanpa pengaruh luar, hubungan intim dengan pasangan akan lebih tulus dan penuh kehangatan.

Minda akan lebih fokus kepada pasangan, menjadikan kehidupan seks lebih memuaskan dan menggembirakan kedua-dua pihak.


.

Terima kasih kepada semua pembaca yang meluangkan masa untuk membaca perkongsian kami. Semoga bermanfaat!

Dah penat struggle sorang-sorang lawan ketagihan atau rasa nak rapat balik hubungan dengan isteri? Jom masuk Komuniti SuamiSihat dekat Telegram.

Macam-macam tip menarik, ilmu dari pakar dan idea luar biasa untuk eratkan hubungan — semua dalam satu tempat. Welcome to the club!


. .  

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.