Pengurusan Kewangan Keluarga (Panduan Lengkap 2024) – Formula Mudah untuk Anda

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Pengurusan Kewangan keluarga

Antara ilmu dan skill yang paling penting sebagai ketua ialah ilmu kewangan, ilmu pengurusan keluarga, dan skill untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga.

.

Memang tak dapat nak dinafikan bahawa faktor ekonomi dan kewangan ialah antara faktor terpenting untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga yang dibina.

.

Jangan salah faham kerana kami bukan bermaksud yang kewangan (baca: gaji) yang besar dan banyak akan menjamin kebahagian sesebuah keluarga dan begitu pula sebaliknya.

.

Pengurusan Kewangan

.

Apa yang kami maksudkan ialah cara bagaimana anda menguruskan kewangan setiap bulan supaya anda tahu wang anda pergi kemana dan kenapa ianya kadangkala tidak mencukupi.

.

Gaji je banyak, tapi kalau anda tak ada ilmu nak menguruskan kewangan anda, duit anda akan sentiasa tak cukup setiap bulan.

.

Perkara macam ni bukan bergantung kepada berapa banyak gaji yang kita ada, tetapi berapa banyak ilmu berkenaan pengurusan kewangan yang kita amalkan dalam kehidupan kita.

.

Dah ready nak tahu cara yang tepat dan tips pengurusan kewangan yang terbaik? Jom baca!

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

1. Target / Matlamat

.

Pengurusan Kewangan

.

Pertama sekali, apa yang anda perlukan adalah mempunyai matlamat dalam pengurusan kewangan.

.

Tujuan anda adalah untuk menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk anda dan keluarga.

.

Anda juga perlu sedar yang setiap cahaya mata yang dikurniakan terhadap anda adalah tanggungjawab yang sangat besar untuk anda.

.

Jadi, anda perlukan matlamat yang jelas untuk mereka dan juga sebagai persediaan hari tua anda.

.

Matlamat Jangka Masa Pendek

.

Pengurusan Kewangan

.

Biasanya ia didalam tempoh 1-3 tahun dari sekarang. 

.

Ia boleh jadi anda ingin melancong bersama-sama isteri tercinta di luar negara, beli kereta yang lebih selesa atau sebagainya.

.

.

.

Matlamat Jangka Masa Sederhana

.

Pengurusan Kewangan

.

Biasanya diantara tempoh 3-10 tahun dari sekarang.

.

Antara matlamat yang boleh dimasukkan dalam kategori jangka masa sederhana adalah beli rumah.

.

.

Matlamat Jangka Masa Panjang

.

Pengurusan Kewangan

.

Matlamat jenis ini adalah matlamat dalam tempoh 10 tahun keatas dari sekarang.

.

Antara matlamat yang termasuk dalam kategori ini adalah perancangan persaraan, pendidikan anak-anak, dan lain-lain.

.

.

Sebenarnya untuk penetapan matlamat ini adalah bergantung kepada keupayaan dan kestabilan kewangan anda juga. 

.

Skil paling penting yang anda perlu ada untuk memastikan ia berjaya adalah:

  • Mengurus pergerakan duit
  • Memantau pergerakan duit
  • Mengambil tahu pergerakan duit
  • Menetapkan had jumlah yang boleh diguna
  • Merancang perbelanjaan
  • Mematuhi rancangan 

.

.

2. Simpan Dulu Atau Belanja Terus?

.

Pengurusan Kewangan

.

Perdebatan yang selalu berlaku, simpan dahulu dan lebihan buat belanja atau belanja dahulu dan lebihan baru simpan?

.

Cara urus gaji yang terbaik untuk pastikan anda berjaya dalam pengurusan kewangan anda adalah, simpan dahulu baru belanja.

.

Jadikan tabiat menyimpan anda ini satu contoh untuk buatkan anda turut menyemai sifat suka menabung sejak dari kecil.

.

Bila anda berjaya mengamalkan sifat ini dengan sebaiknya, anda akan dapat mengawal kadar perbelanjaan anda serta menyimpan untuk hal-hal kecemasan.

.

Cara urus gaji untuk menyimpan yang paling berkesan adalah membuat simpanan tetap setiap bulan.

.

Daripada gaji atau pendapatan bulanan anda, pecahkan ia kepada 70-30 peratus.

.

.

70% atau kurang diberikan kepada perbelanjaan bulanan.

.

Baki 30% daripada jumlah tersebut pula dipecahkan kepada:

  • Simpanan
  • Pelaburan 
  • Kecemasan

.

.

3. Tanggungjawab Ke Atas Cukai Dan Zakat

.

Pengurusan Kewangan

.

Jika anda ingin mengamalkan pengurusan kewangan keluarga menurut Islam, bab membayar zakat dan juga cukai janganlah diabaikan.

.

Bagaimana zakat dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan anda?

.

Antara jawapan standard dan penting untuk kita tahu:

  • Mensucikan harta
  • Mengawal dari sifat boros
  • Membersihkan jiwa
  • Membuatkan kita sentiasa bersyukur

.

Berdasarkan jawapan diatas, jelas untuk kita supaya membayar zakat kerana semua yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman daripada Allah S.W.T semata-mata.

.

Kita juga perlu berkongsi segala apa yang kita perolehi ini dengan mereka yang lebih memerlukan.

.

.

Jangan risau kerana tidak akan berkurang pun harta bila kita membayar zakar malah Allah S.W.T akan menggantikan dengan lebih baik lagi nanti.

.

Cukai pula adalah tanggungjawab kita kepada negara dan ianya aka menjadi sumber kewangan buat pentadbiran negara.

.

Duit cukai digunakan oleh kerajaan bagi berbagai-bagai urusan antaranya seperti:

  • Memberikan sistem pendidikan terbaik kepada anak kita sekolah
  • Caj rawatan yang murah di hospital
  • Jalan raya yang baik dan berfungsi

.

.

4. Bijak Berbelanja

.

Pengurusan Kewangan

.

Untuk memastikan pengurusan kewangan keluarga anda sentiasa stabil, anda perlu amalkan perbelanjaan secara berhemah dan bijak.

.

Kalau anda ada lebihan daripada simpanan untuk berbelanja lebih, tidak mengapa.

.

Jika tidak, tiada salahnya untuk anda lebih cermat dalam berbelanja untuk sementara waktu ini.

.

Tips Berbelanja Secara Bijak

.

.

Anda boleh amalkan tips dibawah ini sebelum anda membuat keputusan untuk berbelanja:

  • Bandingkan harga
  • Melihat risalah
  • Merancang pembelian
  • Mengira kos seunit
  • Gunakan bakul dan semak resit

.

Anda juga boleh mencatat perbelanjaan harian anda supaya anda setiap hari sehingga ke akhir bulan setiap bulan.

.

Dari sini, anda boleh jadikan ia sebagai panduan untuk merancang perbelanjaan anda dengan lebih berhemah pada bulan-bulan berikutnya.

.

Fokuskan perbelanjaan anda pada perjkara penting terlebih dahulu seperti:

  • Tempat tinggal
  • Makan minum
  • Pendidikan anak-anak
  • Kesihatan

.

.

.

.

5. Insurans Perlindungan

.

Pengurusan Kewangan

.

Insurans bukanlah sesuatu yang anda boleh gunakan pada bila-bila masa kerana ia adalah sebuah bentuk komitmen jangka panjang dan juga diwaktu kecemasan.

.

Bayangkan jika suatu hari nanti, anda atau ahli keluarga anda mendapat musibah seperti mengalami kemalangan dan sebagainya, jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini, tanpa perlindungan yang sewajarnya anda terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk rawatan.

.

.

6.Elakkan Hutang

.

.

Ramai yang lakukan kesilapan memikirkan dengan berhutang akan membantu masalah kewangan mereka, tetapi sebenarnya tidak.

.

Sudah menjadi kebiasaan ramai orang yang menguruskan hal berkaitan kewangan melakukan kesilapan seperti ini, mereka juga tak sedar sebenarnya berhutang mampu membawa padah.

.

Antara contoh hutang paling mudah yang paling kerap dilakukan adalah dengan menggunakan kad kredit.

.

Ramai yang suka membayar sesuatu dengan menggunakan kad kredit berbanding membayar secara tunai.

.

Katanya untuk memudahkan diri kerana tidak perlu membawa wang tunai terlalu banyak dan lebih selamat.

.

Namun, ramai yang tidak berdisplin dalam membayarnya semula dan berbelanjan melebihi kemampuan.

.

Pengurusan Kewangan

.

Jika anda ingin berhutang, pasti kan gaji bulanan tersebut cukup untuk bayar perkara-perkara asas berikut dahulu.

  • Bil air
  • Bil elektrik
  • Sewa rumah
  • Kereta 
  • Motor
  • Barang dapur

.

Lebih-lebih lagi di musim pendemik COVID 19 ini, anda perlu lebih berhati-hati dan berfikir lebih panjang tentang apa yang anda ingin lakukan dengan wang anda.

.

7. Melabur Dengan Bijak

.

Pengurusan Kewangan

.

Duit simpanan yang kita ada tersebut kalau kita simpan sahaja tidak akan berkembang dan bertambah.

.

So, cara yang paling bagus untuk tingkatkan lagi jumlah simpanan anda ialah dengan pelaburan.

.

Bagi anda yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan pelaburan, ia merupakan suatu proses meletakkan dana bagi satu tempoh untuk anda memperoleh kadar pulangan / dividen yang berlipat kali ganda.

.

Ia juga datang dengan risiko dan potensi yang sama ada merugikan atau menguntungkan.

.

Sekalipun kadar pulangan boleh dijangka, ia bukanlah satu jaminan dan perkara ini perlu anda ingat jika anda ingin melakukan pelaburan lebih-lebih lagi menggunakan duit simpanan anda yang anda usahakan bertahun-tahun.

.

Ada banyak jenis pelaburan yang anda boleh lakukan dan paling penting adalah setiap pelaburan itu adalah untuk membantu dalam pengurusan kewangan kita nanti.

.

.

Banyak tujuan anda melakukan pelaburan ini sebenarnya:

  • Menunaikan haji
  • Tabung percutian
  • Tabung persaraan
  • Tabung pendidikan anak-anak

.

Ia juga boleh menjadi sumber pendapatan keluarga dalam masa-masa tertentu.

.

.

Rasanya sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan pengurusan kewangan yang mudah untuk anda follow.

.

Apa yang penting, anda kena tahu bahawa hanya dengan pengurusan kewangan yang mantap sahaja anda akan berjaya untuk memastikan ekonomi keluarga anda terjamin.

.

Sementara itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah keluarga dan kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan lelaki dan para suami.

.

.

Kami ingin menyajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi suami yang prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap ahli keluarga.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

.

Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?