Ramai individu yang mengalami mati pucuk buntuk macam mana nak selesaikan masalah mereka ini.
.
Dikalangan mereka juga ada yang sedang mencari klinik mati pucuk untuk menangani masalah tersebut.
.
Kami puji mereka yang ada kesedaran seperti ini, sebab tak ramai lelaki yang ambil berat perkara ini.
.
.
Tetapi sebelum itu mereka perlu tahu, terdapat beberapa rawatan yang boleh membantu untuk menyembuhkan mati pucuk seperti:
.
- ESWT (Terapi Gelombang Kejutan/Extracorporeal Shockwave Therapy)
- P-shot
- Perencat PDE5
.
Jom baca artikel ini untuk dapatkan info satu persatu untuk setiap rawatan yang ditawarkan.
.
.
.
Baca Juga : Mati pucuk – Tanda Awal, Simptom, Tahap & Rawatannya (Lengkap 2022)
.
.
.
Apa Itu Penyakit Mati pucuk?
.
.
.
.
Mati pucuk atau dikenali sebagai ED ialah ketidakupayaan untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi yang cukup tegang untuk hubungan seksual.
.
Kira-kira 1 dalam 10 lelaki dewasa akan mengalami mati pucuk sepanjang hayat mereka dan mengalami ED dalam jangka masa panjang.
.
.
Apakah Punca Mati Pucuk?
.
.
.
.
Punca mati pucuk mungkin berbeza-beza. Faktor-faktor ini termasuk:
.
- Penyakit vaskular: Bekalan darah ke zakar boleh menjadi tersumbat atau menyempit akibat penyakit vaskular seperti aterosklerosis iaitu pengerasan arteri.
- Gangguan neurologi seperti multiple sclerosis: Saraf yang menghantar impuls atau isyarat ke zakar boleh rosak akibat strok, diabetes atau sebab-sebab yang lain.
- Keadaan psikologi: Ini termasuk tekanan, kemurungan, kekurangan rangsangan dari otak dan penurunan prestasi.
- Trauma: Kecederaan boleh menyumbang kepada gejala ED. Pembedahan untuk kanser prostat, pundi kencing dan kolon juga mungkin menjadi faktor penyumbang.
.
Walaupun mati pucuk adalah akibat daripada punca-punca tersebut, seseorang individu dapat mengenalpasti sekiranya dia mengalami mimpi ngeri terburuk bagi lelaki dengan memeriksa gejala mati pucuk.
.
Apakah tanda-tanda mati pucuk? Mari kita ketahui tanda-tandanya.
.
.
Tanda Mati Pucuk
.
.
.
.
Jika anda mempunyai ED, anda mungkin mengalami:
.
- Masalah untuk mendapatkan ereksi walaupun dirangsang berulang-ulang kali.
- Masalah dalam mengekalkan ereksi untuk tempoh masa yang lebih lama.
- Kekurangan dorongan seks atau libido yang rendah.
- Perasaan malu atau rasa bersalah terutamanya terhadap pasangan seks.
- Kurang keyakinan diri.
- Ejakulasi pramatang iaitu pancutan yang terlalu cepat.
- Ketidakupayaan untuk mendapatkan orgasma selepas rangsangan yang mencukupi.
- Ejakulasi tertangguh atau apabila ejakulasi yakni pancutan mengambil masa terlalu lama untuk berlaku.
.
Jika kebanyakan simptom ada dalam senarai seseorang individu, maka adalah lebih baik untuk mendapatkan bantuan profesional untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ia menjejaskan individu tersebut secara keseluruhan.
.
Punca dan gejala telahpun ditakrifkan.
.
Apa pula yang seterusnya? Mari kita pergi ke bahagian penyelesaian rawatan ajaib klinik mati pucuk di Malaysia yang menjadi topik utama artikel ini.
.
.
.
Rawatan Mati Pucuk – Klinik Mati Pucuk di Malaysia
.
.
.
.
Mengalami igauan ngeri terburuk bagi lelaki adalah tidak menyeronokkan. Namun, setiap masalah datang dengan penyelesaiannya.
.
Oleh itu, terdapat pelbagai rawatan yang ditawarkan oleh klinik mati pucuk di Malaysia.
.
.
a. ESWT (Terapi Gelombang Kejutan Ekstrakorporeal/Extracorporeal Shockwave Therapy)
.
.
.
.
Semasa rawatan, peranti kecil seperti tongkat menggunakan gelombang bunyi yang disasarkan ke penis untuk merangsang tisu zakar dan menggalakkan aliran darah, yang juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan.
.
Gelombang kejutan berintensiti rendah ini juga telah terbukti dapat mengembangkan saluran darah baru dan meningkatkan aliran darah dalam zakar yang sangat penting untuk meningkatkan ereksi.
.
.
b. P-shot
.
.
.
.
Kaedah baru untuk merawat mati pucuk ini dipanggil P-shot atau Priapus shot, yang dinamakan sempena dewa kejantanan Yunani.
.
Secara ringkasnya, P-shot ialah suntikan plasma kaya platelet atau platelet-rich plasma (PRP) dalam zakar yang akan membantu masalah ED.
.
Plasma kaya platelet atau PRP ialah bahan yang menggalakkan penyembuhan zakar apabila disuntik kedalamnya.
.
Plasma adalah komponen darah yang mengandungi ciri khas iaitu sejenis protein yang membantu darah membeku.
.
Ia juga mengandungi protein yang menyokong pertumbuhan sel.
.
Dengan lonjakan pertumbuhan sel baharu ini, ia boleh meningkatkan kadar peremajaan sel secara mendadak dan mengurangkan kesan tekanan dan pengoksidaan pada tisu zakar.
.
Pada asasnya, dengan peningkatan khasiat terhadap sel ini, zakar sebagai organ akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana ia berubah menjadi lebih sihat selepas menjalani rawatan P-shot.
.
.
c. Perencat PDE5
.
.
.
.
Phosphodiesterase type 5 atau PDE5 ialah enzim dalam dinding salur darah. Ia mempengaruhi aliran darah dan cara sel memberi isyarat dalam tubuh.
.
Perencat PDE5 menyekat enzim PDE5 untuk menghalangnya daripada berfungsi.
.
Perencatan ini akan melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah.
.
Pesakit boleh mengambil perencat PDE5 untuk merawat mati pucuk atau hipertensi pulmonari.
.
Pada individu yang mengalami mati pucuk, perencat PDE5 meningkatkan aliran darah ke zakar dan dengan itu meningkatkan fungsi erektil.
.
.
d. EECP
.
.
.
.
EECP adalah singkatan kepada Enhanced External Counterpulsation. Rawatan ini bertujuan untuk merawat pesakit angina.
.
Penyelidikan menunjukkan bahawa pesakit yang dirawat dengan EECP yang juga mengalami disfungsi erektil menunjukkan peningkatan signifikan dalam aliran darah di dalam jantung dan juga dalam zakar.
.
Dengan semua rawatan yang ditawarkan, mereka yang didiagnosis dengan ED tidak perlu risau lagi.
.
Tetapi klinik mati pucuk manakah yang menawarkan rawatan ini di Malaysia?
.
Berikut adalah beberapa senarai klinik mati pucuk di Malaysia.
.
.
Baca Juga : Ejakulasi Pramatang – Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu (Lengkap 2022)
.
.
Klinik Mati Pucuk di Malaysia
.
.
.
.
- Klinik SS, SS Healthcare Sdn Bhd.
- Hospital Pantai Kuala Lumpur.
- Klinik Baiduri, Petaling Jaya, Selangor.
- Your Physio Spine, Sport, Stroke Rehab Specialist (Cheras), Cheras, Kuala Lumpur.
- Klinik Shatin, Ipoh, Perak.
- Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Ampang, Kuala Lumpur.
- Gleneagles Penang Hospital, Pulau Pinang.
- Klinik Liew, 10 Boulevard, Petaling Jaya, Selangor
- Poliklinik Wecare, Johor Bahru, Johor.
- Klinik MedicVac, Cheras, Kuala Lumpur.
- Gleneagles Hospital, Kota Kinabalu, Sabah.
.
Klinik mati pucuk ini adalah harapan baru bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
.
Semua rawatan yang dinyatakan dalam artikel ini boleh didapati di klinik-klinik tersebut.
.
Di Klinik SS, semua rawatan yang disenaraikan di atas tersedia di situ.
.
Klinik SS lebih menumpukan kepada masalah mati pucuk kerana masalah ED merupakan bidang kepakaran utama mereka.
.
Oleh itu, ia adalah pilihan terbaik untuk individu yang mengalami mati pucuk untuk mendapatkan campur tangan perubatan daripada Klinik SS.
.
Juga, Klinik SS menyediakan pemeriksaan kesihatan lelaki untuk individu yang memerlukan kepakaran mereka untuk menghadapi masalah ED.
.
Rawatan-rawatan yang ditawarkan mestilah datang bersama kos yang akan ditanggung oleh pesakit.
.
Jadi, sebelum mendaftar untuk rawatan, mari kita semak kos-kos rawatan terlebih dahulu supaya anda dapat bersedia dari segi kewangan.
.
.
Kos Rawatan Mati Pucuk – Klinik Mati Pucuk di Malaysia
.
.
- ESWT (Terapi Gelombang Kejutan) Lazimnya terdiri daripada enam rawatan berasingan. Setiap rawatan akan menelan kos sekitar RM1600-RM2000.
- P-shot Ia akan memerlukan kira-kira RM1500-RM6000 bagi kaedah ini bergantung kepada keadaan pesakit.
- Perencat PDE5 Ubat-ubatan ini akan menelan kos sekitar RM250-RM700 bergantung kepada jumlah pil atau dos yang diperlukan.
- EECP Rawatan ini berharga sekitar RM500 setiap sesi. EECP akan diberikan sekali sehari selama satu jam selama sekitar 30-35 hari. Jadi, ia akan menelan belanja RM15000 untuk rawatan ini dilakukan.
.
Untuk mengelakkan kos-kos sebegini, mungkin terdapat rawatan tanpa ubat-ubatan atau kaedah pencegahan yang perlu diambil supaya para lelaki dewasa tidak perlu mengalami episod traumatik ini dalam hidup mereka.
.
.
Pencegahan Mati Pucuk
.
.
.
.
- Berhenti merokok. Merokok adalah faktor utama bagi penyakit jantung dan penyakit vaskular yang menyumbang kepada ED.
- Amalkan pemakanan sihat. Diet yang sihat terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.
- Mengekalkan berat badan yang sihat untuk mengelakkan diabetes dan darah tinggi.
- Aktif secara fizikal. Senaman yang kerap meningkatkan aliran darah dalam badan termasuk dalam zakar.
- Elakkan penggunaan dadah terlarang. Sesetengah ubat juga menghalang pengguna daripada terangsang secara seksual.
.
Penting bagi para lelaki untuk mengambil serius kaedah pencegahan mati pucuk kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
.
Tetapi, jika anda merasakan terdapatnya keperluan untuk berunding dengan doktor, anda bebas untuk berbuat demikian.
.
Klinik mati pucuk di Malaysia adalah destinasi yang tepat untuk mendapatkan bantuan bagi masalah mati pucuk anda.
.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda!
.
Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini.
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Penyakit 3 Serangkai – Anda Perlu Tahu Tanda, Punca, & Cara Mencegahnya
.
.