Hai anda yang bujang! Anda rasa penting atau tidak checklist kahwin ni? Ke benda mengarut?

.

Kami nak tanya pada yang nak melangsungkan perkahwinan, apa plan anda setakat ini? Ke tak plan apa-apa lagi?

.

Untuk adakan majlis perkahwinan, anda perlukan perancangan yang lengkap untuk memastikan majlis anda berlangsung dengan jayanya.

.

Ia bukan lah sesuatu yang boleh dipandang ringan, anda kena sedar yang ianya melibatkan maruah dan air muka kedua belah pihak.

.

Checklist Kahwin

.

Selaku satu-satunya platform kesihatan dan tips lelaki di Malaysia ini, kami terpanggil untuk kongsikan serba sedikit checklist persiapan kahwin untuk anda bakal pengantin lelaki. Lengkap bermula dari segi urusan,

  • Merisik
  • Meminang
  • Pernikahan
  • Majlis Sanding

.

Selain persiapan sebelum kahwin, persiapan selepas dah kahwin pun jangan lupa. Kami ada kongsikan juga tips-tips selepas kahwin untuk anda yang newbie belajar dengan lebih advance. Tak salah kan belajar. Hehe

.

Baca Juga : Malam Jumaat – Hukum Bersetubuh & Fadhilatnya buat Anda Suami Isteri.

.

checklist kahwin

.

Pentingnya checklist kahwin ni ialah, anda boleh selesaikan mengikut urutan yang sewajarnya dan akan pastikan anda tidak akan tertinggal perkara-perkara penting.

.

Ia akan membuatkan persiapan kahwin anda lebih tersusun, teratur, kemas, tak rushing dan lebih menjimatkan kos kerana anda tahu apa yang diperlukan dan apa yang tidak.

.

Jom baca!

**psst: Stay tune hingga ke akhir artikel ini, untuk dapatkan percuma PDF Checklist Kahwin!

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Checklis Kahwin – Merisik

.

Checklist Kahwin

.

Menurut Kamus Dewan, merisik membawa maksud menyelidik secara diam-diam.

.

Manakala dalam konteks yang sedang dibincangkan, ia lebih kepada seorang lelaki mengunjungi pihak wanita untuk bertanyakan lebih lanjut berkenaan wanita tersebut.

.

Jika mereka belum pernah berkenalan, maka waktu ini lah si lelaki akan merisik sama ada wanita tersebut masih lagi bujang atau sudah dipinang orang atau sudah bertunang.

.

Ada juga yang datang bersama wakil keluarga lelaki sebagai tanda perkenalan sebelum meneruskan dengan meminang.

.

.

Tips Merisik Untuk Si Lelaki

.
.

1. Cari Wakil Yang Sesuai

.

.

Anda boleh sahaja datang bersendirian tetapi lagi bagus datang bersama dengan keluarga dan pastikan wakil untuk bercakap adalah seorang yang petah berkata-kata dan berpantun (kalau boleh).

.

Hal ini penting untuk memastikan komunikasi adalah lancar.

.

.

2. Rombongan Sederhana

.

Checklist Kahwin

.

Jika datang bersama rombongan, janganlah terlalu ramai.

.

Rombongan ini hanyalah untuk merisik dan bukannya untuk meminang dan ada juga kemungkinan lamaran anda ditolak.

.

Jadi, elakkan menarik perhatian jiran-jiran dengan rombongan yang besar. Cukup lah ahli keluarga terdekat sahaja yang ada.

.

.

3. Menjaga Batas

.

Checklist Kahwin

.

Kedua-dua pihak perlu menjaga batas dan tingkah laku masing-masing.

.

Si wanita biasanya hanya akan keluar untuk menghidang air dan jamuan ringan sahaja.

.

Kemudiannya akan berada didalam bilik sepanjang proses merisik itu berlangsung.

.

.

4. Hormati Keputusan

.

Checklist Kahwin

.

Dalam proses merisik, akan ada masanya ia tidak akan berjalan seperti yang diharapkan dimana anda mungkin ditolak.

.

Jadi, cuba untuk hormati segala keputusan dan berlapang dada.

.

Checklist kahwin untuk merisik yang anda boleh pertimbangkan adalah:

  • Cincin merisik
  • Jamuan kecil
  • Kos perjalanan pergi balik rombongan
  • Tempat penginapan rombongan

.

.

Checklist Kahwin – Meminang

.

.

Biasanya ada sesetengah keluarga yang terus skip bahagian merisik dan terus meminang.

.

Hal ini kerana kedua-dua lelaki dan perempuan sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua-dua belah keluarga juga sudah bersetuju untuk mereka disatukan.

.

Biasanya pada ketika ini pihak lelaki akan datang bersama dengan rombongan.

.

Apa Yang Perlu Disediakan?

.

.

Bergantung pada hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga.

.

Kebiasaannya sebentuk cincin belah rotan akan diberikan kepada si wanita sebagai tanda janji sudah diikat diantara kedua-dua belah pihak.

.

Checklist kahwin untuk meminang yang mungkin anda boleh pertimbangkan adalah:

  • Cincin belah rotan
  • Hantaran berupa makanan atau hadiah yang tidak terlalu mahal
  • Mini pelamin
  • Baju pertunangan
  • Jamuan kecil-kecilan
  • Kos perjalanan pergi balik rombongan
  • Tempat penginapan rombongan

.

.

Checklist Kahwin – Sebelum Pernikahan

.

Checklist Kahwin

.

Untuk persiapan sebelum kahwin, ada beberapa perkara yang anda perlu selesaikan terlebih dahulu.

.

Antara perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah menghadiri kursus pra perkahwinan daripada mana-mana agensi yang diiktiraf.

.

Kursus pra perkahwinan ini adalah sangat penting sebagai persedian buat anda dan pasangan sebelum anda bergelar suami isteri.

.

Segala topik penting berkaitan perkahwinan akan dibincangkan dan diterangkan dengan terperinci.

.

Setidak-tidaknya anda akan tahu jugalah apa tanggungjawab anda berdua sebagai suami isteri nanti.

.

Baca Juga : Kesihatan Suami – Sebagai Suami, Anda Perlu Ambil Tahu Fakta Ini

.

Kursus ini biasanya mengambil masa selama dua hari bermula daripada seawal 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

.

Checklist Kahwin

.

Anda akan menerima sijil sebagai tanda dan bukti anda pernah menghadiri kursus ini.

.

Sewaktu ini juga anda perlu fikirkan berapa ramai jumlah jemputan yang bakal anda jemput untuk majlis pernikahan anda nanti.

.

Anda juga perlu fikirkan design yang sesuai untuk kad perkahwinan anda.

.

Contoh kad kahwin:

.

.

.

Checklist Kahwin – Pernikahan

.

.

Untuk list persiapan kahwin atau senarai persiapan kahwin, anda perlu pastikan yang anda membuat perbincangan yang teliti diantara kedua-dua belah keluarga.

.

Biasanya anda boleh mula berbincang sewaktu proses meminang atau aturkan satu lagi pertemuan selepas itu.

.

Anda dan pasangan juga boleh menjadi wakil keluarga masing-masing untuk berbincang.

.

Antara perkara penting yang perlu dibincangkan adalah seperti berikut.

.

1. Wang Hantaran & Mas Kahwin

.

Checklist Kahwin

.

Biasanya wang hantaran ditetapkan oleh pihak perempuan dan ia akan digunakan samada untuk majlis atau disimpan keluarga.

.

Ada juga keluarga yang sekadar ingin menguji si lelaki dimana sebaik sahaja majlis selesai, wang tersebut diberikan semula kepada pasangan untuk mereka memulakan hidup baru.

.

Untuk mas kahwin, biasanya ada ditetapkan berapa untuk anak dara dan juga janda mengikut negeri masing-masing.

.

Anda masih lagi boleh tetapkan mengikut perbincangan kedua-dua belah keluarga, namun sebaiknya adalah yang rendah-rendah dan tidak melampaui batas untuk memperoleh keberkatan.

.

.

.

.

2. Tarikh Pernikahan

.

Checklist Kahwin

.

Hal ini adalah penting kerana anda perlu ke pejabat agama terlebih dahulu untuk booking tarikh perkahwinan yang sesuai.

.

Ia juga sangat penting kerana anda perlu memastikan wang anda mencukupi untuk segala keperluan perkahwinan dan juga hidup selepas kahwin.

.

.

3. Tarikh Majlis

.

Checklist Kahwin

.

Tarikh ini penting kerana anda perlu mencetak kad kahwin beberapa bulan awal daripada majlis untuk memastikan ia sampai kepada jemputan anda.

.

Ada ketikanya ia sama dengan tarikh pernikahan atau tarikh akad nikah.

.

Ada sesetengah keluarga tidak kisah untuk buat majlis sebelah sahaja untuk mengurangkan kos dan belanja pasangan berkahwin.

.

Jadi, perbincangan seperti dimana majlis akan dilangsungkan, berapa jemputan dan sebagainya perlu diberikan perhatian.

.

.

4. Katering

.

Checklist Kahwin

.

Setelah tahu bila tarikh majlis dan berapa jumlah jemputan, anda boleh mula mencari katering yang sesuai untuk majlis anda.

.

Jika ibubapa anda ingin uruskan dengan bajet yang anda ada, tidak mengapa kerana ramai ibubapa yang turut ingin membantu meringankan beban anak mereka.

.

.

5. Hantaran Kahwin

.

Checklist Kahwin

.

Ini juga sangat penting sebagai checklist kahwin anda kerana sudah menjadi adat masyarakat kita untuk memberikan hantaran.

.

Kebiasaannya hantaran adalah 5 daripada pihak lelaki dan dibalas 7 oleh pihak wanita.

.

Apapun, ia bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga.

.

.

Idea Hantaran

.

Checklist Kahwin

.

Antara idea untuk hantaran lelaki:

  • Kasut
  • Jam tangan
  • Kemeja
  • Kain pelikat
  • Baju melayu

.

Checklist Kahwin

.

Antara idea hantaran untuk wanita:

  • Telekung solat
  • Al-Quran
  • Wangian
  • Set penjagaan diri
  • Kain pasang
  • Jam 
  • Kasut

.

Kalau anda dah pening sangat, bincang dengan pasangan dan tanya apa yang diinginkannya.

.

.

Checklist kahwin yang lain yang anda perlu ada dan boleh anda pertimbangkan:

  • Derma/Upah Tok Kadi
  • Jurugambar
  • Pelamin
  • Dewan/Khemah
  • Mak andam
  • Baju akad nikah
  • Baju bersanding
  • Kos perjalanan pergi balik rombongan
  • Tempat penginapan rombongan

.

.

Checklist Kahwin

.

Rasanya sekian sahaja untuk checklist kahwin lengkap yang anda boleh jadikan rujukan.

.

Jangan risau jika sekarang anda merasakan kos yang perlu anda tanggung adalah tinggi kerana pernikahan itu sendiri akan membuka pintu rezeki buat anda.

.

Jika anda ikhlas dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah S.W.T, pertolongan itu akan hadir dalam pelbagai bentuk dan ketika tanpa anda sangka.

.

Baca Juga : Kesihatan Lelaki – Anda Tak Jantan Kalau Tak Jaga Kesihatan Kelelakian

.

.

Kami di SuamiSihat banyak membincangkan topik berkenaan kesihatan lelaki, suami dan tips-tips perkahwinan khas untuk anda semua lebih-lebih lagi kaum lelaki.

.

Misi kami ialah untuk menyediakan portal untuk para suami prihatin di Malaysia mencari info dan ilmu mengenai isu kekeluargaan, perkahwinan, dan cara-cara menjadi suami yang prihatin, berpengetahuan dan bertanggungjawab.

.

Teruskan menyokong kami untuk perkongsian-perkongsian yang bermanfaat.

.

Oh ya,untuk dapatkan Checklist Kahwin PDF seperti yang dijanjikan pada awal tadi,

.

Boleh klik button ini ya:-

dapatkan-sekarang PDF Checklist Kahwin

Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Your Cart