HIV test kahwin? Apa tu?
.
Di Malaysia, terdapat satu prosedur wajib yang perlu dijalani oleh setiap pasangan Muslim yang ingin melangsungkan perkahwinan.
.
Prosedur wajib ini antara yang paling penting ialah saringan HIV pra-perkahwinan atau HIV test kahwin.
.
.
Sekiranya terdapat individu yang gagal mengemukakan bukti ujian saringan HIV test kahwin tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk berkahwin.
.
Ini sehinggalah mengemukakan bukti bahawa mereka telah menjalani HIV test kahwin.
.
Saringan HIV test kahwin ini hanya boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.
.
.
Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing.
.
Golongan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dapat dikesan dan tindakan yang wajar dapat diambil bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.
.
Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.
.
.
.
Human Immunodeficiency Virus (HIV)
.
.
.
.
Bagi yang tertanya-tanya tentang relevansi atau kewajaran menjalani saringan HIV ini, pasti anda pernah mendengar atau terbaca tentang virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Human Immunodeficiency Virus (HIV).
.
Menurut kajian, virus ini ternyata sangat berbahaya kerana ia dipercayai dapat memusnahkan sistem imunisasi badan manusia.
.
Kesannya, penghidap virus ini akan terdedah kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, AIDS dan sebagainya.
.
GAMBAR1
.
Melihat pada kesan-kesan HIV inilah kerajaan Malaysia mengambil langkah selamat dengan mewajibkan pasangan Islam menjalani saringan HIV ini bagi menjaga kemaslahatan anda dan pasangan di kemudian hari.
.
Hal ini kerana, umum sudah maklum bahawa virus HIV ini boleh merebak kepada orang lain melalui beberapa cara.
.
.
Antaranya adalah melalui persetubuhan, perkongsian jarum suntikan, penerimaan darah yang dijangkiti virus HIV dan sebagainya.
.
Justeru, kerajaan Malaysia mengambil langkah yang bijak dengan mewajibkan para pasangan yang ingin bercadang untuk berkahwin untuk menjalani saringan HIV ini.
.
Melalui saringan HIV ini, kerajaan melalui pasukan perubatan dapat mengekang penularan virus ini dalam kalangan rakyat Malaysia.
.
Individu yang telah dijangkiti juga boleh mengetahui status kesihatan diri masing-masing melalui saringan ini.
.
GAMBAR2
.
Langkah pencegahan dan rawatan juga dapat diambil bagi mengekang penularan virus ini.
.
Individu yang dijangkiti juga boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun telah dijangkiti sekiranya rawatan awal diambil.
.
.
Prosedur HIV Test Kahwin di Klinik Kesihatan Kerajaan
.
.
.
.
Prosedur saringan HIV test kahwin ini hanya boleh dilakukan di premis kesihatan kerajaan sahaja.
.
Hal ini bagi mencegah sebarang penipuan sekiranya keputusan ujian ini boleh dibeli di premis luar.
.
Umumnya, prosedur saringan HIV yang terlibat adalah sama di seluruh Malaysia.
.
Tidak kiralah sama ada anda berada di Johor, Selangor, Kelantan, Kedah atau di Sarawak sekalipun, langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjalani saringan HIV ini adalah tetap sama.
.
.
.
.
Berikut merupakan prosedur-prosedur bagi menjalani saringan HIV test kahwin:
- Bakal pengantin perlu mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta melengkapkan borang permohonan ujian saringan HIV test kahwin yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
- Dokumen seperti kad pengenalan bagi warganegara serta passport bagi warga asing perlu dikemukan ketika sesi pendaftaran.
- Saringan HIV test kahwin ini menggunakan kaedah ujian pantas (rapid test) yang akan dilakukan oleh anggota klinik.
- Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit bergantung kepada jenis ujian yang digunakan.
- Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.
.
.
Bagi keputusan saringan HIV test kahwin (rapid test) TIDAK REAKTIF:
- Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
- Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
- Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3-6 bulan.
.
.
GAMBAR3
.
Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:
- Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
- Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
- Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.
.
Baca Juga : Rukun Nikah – Ini 5 Senarainya. Anda Perlu Tahu & Faham Sebelum Kahwin
.
Tempoh Sah Laku Saringan HIV Test Kahwin
.
.
.
.
Untuk makluman semua, keputusan saringan HIV ini mempunyai tempoh sah laku iaitu selama 6 bulan bermula dari tarikh ujian tersebut dilakukan.
.
Ini bermakna, sekiranya anda berkahwin dalam tempoh 6 bulan setelah melakukan ujian HIV test kahwin, anda tidak perlu lagi mengulangi ujian tersebut.
.
Sebaliknya, sekiranya terdapat penundaan kepada majlis perkahwinan anda, jadi anda perlu mengulangi saringan HIV ini sekiranya telah melepasi tempoh 6 bulan dari tarikh akhir ujian HIV dilakukan.
.
.
Golongan yang Diwajibkan Menjalani Saringan HIV Test Kahwin
.
.
.
.
Seperti yang kita sedia maklum, mengikut undang-undang dan peraturan di Malaysia, hanya pasangan beragama Islam sahaja yang diwajibkan untuk menjalani ujian HIV.
.
Ini kerana perkahwinan pasangan Muslim tertakluk kepada undang-undang syariah negeri masing-masing.
.
Bagi pasangan non-Muslim, mereka berkahwin menggunakan undang-undang sivil yang berbeza dengan undang-undang syariah.
.
GAMBAR4
.
Jadi buat masa sekarang, tiada lagi sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan mereka mengambil Ujian Saringan HIV sebelum melangsungkan perkahwinan.
.
Tidak perlu gusar sekiranya anda ingin menjalani ujian saringan HIV test kahwin tersebut. Ini kerana, ujian HIV test kahwin dilakukan demi kebaikan sejagat.
.
Perkahwinan merupakan suatu langkah yang sangat besar dalam kehidupan seseorang.
.
GAMBAR5
.
Justeru, apabila melibatkan masa hadapan diri sendiri dan bakal keluarga, langkah ini adalah relevan bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan keluarga ini selamat dan sejahtera daripada sebarang masalah.
.
Ingin berkahwin? Silalah ke mana-mana premis kesihatan milik kerajaan yang berdekatan dengan anda sekarang untuk menjalani saringan HIV test kahwin.
.
Baca Juga : Checklist Kahwin (Lengkap 2022) – Buat Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding
.
Semoga anda dan bakal pasangan terhindar dari virus HIV yang menakutkan ini.
.
Selamat berkeluarga dan melayari bahtera perkahwinan!
.
.
Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu
.
.