Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Cium Mulut – Cara Ciuman yang Betul & Ghairah. Step by Step!

Rasanya, anda dah banyak kali lihat didalam movie adegan cium mulut ni kan?

.

Pernah terfikir tak macam mana sebenarnya langkah untuk cium mulut yang sebenarnya?

.

Nampak macam mudah tapi percayalah kalau anda tersalah langkah, ia akan merosakkan suasana yang sepatutnya anda pasangan boleh sama-sama nikmati!

.

So, dalam sharing kali ini kami akan kongsikan dengan anda cara ciuman yang betul dan ghairah.

.

Jom baca!

.

.

1. Pastikan Bibir Anda Lembut dan Lembap

.

.

Bibir yang lembut dan sedikit lembap adalah keadaan bibir yang paling ideal dan mampu meningkatkan keghairahan untuk bercium.

.

Sebelum anda mulakan langkah anda, pastikan bibir anda tidak terlalu kering supaya pasangan anda tidak akan berasa tidak selesa atau terganggu apabila anda mula cium mulut.

.

Kami ada beberapa tips untuk anda lembapkan bibir anda:

  • Minum air secukupnya kerana bibir yang kering adalah tanda bahawa anda mengalami dehydration. Minum 2 atau 3 gelas besar air dan dalam tempoh 20 ke 30 minit anda akan nampak bibir anda kembali seperti biasa.
  • Jilat bibir anda. Kalau anda memang dah kesuntukan masa, basahkan bibir anda dengan lidah. Cara ini mampu menjadikan bibir anda sedikit lembap.

.

.

2. Segarkan Nafas Anda

.

.

Anda pastinya tak nak nafas anda berbau sebelum anda cium mulut pasangan anda kan?

.

Tak kisahlah samada anda ingin cium mulut cara biasa atau ingin melakukan French Kiss.

.

Kalau anda nak buat French Kiss, lagilah anda kena pastikan nafas anda segar sebab anda perlu buka mulut anda sewaktu bercium.

.

Sentiasa amalkan penjagaan mulut yang baik sepanjang masa anda. Ada beberapa tips daripada kami untuk pastikan nafas anda sentiasa segar:

  • Selalu sediakan gula-gula berperisa pudina atau mint-flavored gum bersama anda. Kalau anda nampak macam ada kemungkinan untuk anda cium mulut, anda boleh terus mula mengunyah.
  • Elakkan makanan yang berbau atau meninggalkan bau yang tidak menyenangkan seperti bawang putih, kopi, susu dan juga jagung. Kalau anda ada dinner date sebelum tu, pastikan anda menghidang menu yang sesuai.

.

.

3. Cari Masa Yang Tepat

.

.

Cium mulut terbaik biasanya perlu dilakukan pada masa yang tepat. 

.

Kenapa ia penting? Masa yang tepat akan berikan anda dan pasangan anda peluang dan ruang untuk benar-benar “hanyut” dalam ciuman cinta anda berdua.

.

Ciuman ini sepatutnya dapat dilakukan bukan dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam keadaan romantik.

.

Bila masa yang sesuai ni?

  • Anda dan pasangan anda privasi penuh dimana anda tak risau akan ada orang lain yang akan mengganggu anda berdua.
  • Pasangan anda asyik berikan hints seperti melihat tepat kedalam mata anda, melihat bibir anda dan duduk berhampiran anda.
  • Ia rasa macam sangat sesuai dan anda rasa sangat-sangat teringin untuk cium mulut pasangan anda. Kalau dah rasa macam ni, jangan takut-takut dan teruskan jer.
  • Tanya. Kalau anda rasa tak yakin samada pasangan anda bersedia atau tidak, tanya jer atau mulakan topik yang berkaitan dengannya dan lihat respon pasangan anda.

.

.

4. Eye Contact

.

.

Pandang tepat kedalam mata pasangan anda. 

.

Jika anda ingin buatkan pasangan anda faham niat anda, pandang bibirnya dahulu kemudian kembali pandang ke matanya.

.

Ini akan menunjukkan bahawa anda sangat-sangat ingin cium mulut pasangan anda.

.

Baca Juga : Cara Goda Isteri – Buat Si Dia Tertarik & Dapatkan Seks

.

.

5. Senyum

.

.

Jika anda dah terlalu excited untuk cium mulut pasangan anda, tunjukkan ia. 

.

Dengan senyuman, anda akan buatkan suasana tidak terlalu tegang dan lebih selesa untuk anda cium mulut pasangan anda.

.

Pastikan senyuman anda manis dan lembut serta ikhlas

.

Pastikan senyuman anda bukanlah berlebihan sehingga menampakkan gigi kerana bimbang yang anda akan dianggap mesra atau romantik semata-mata.

.

 

6. Sentuh 

.

.

Bila anda berdua-duaan dengan pasangan anda dan dah buat kesemua langkah diatas, anda boleh pilih samada anda ingin cium mulut tanpa menyentuhnya dahulu atau mulakan sentuhan.

.

Ada banyak cara untuk menyentuh seperti biarkan kaki anda berdua saling bersentuhan, meletakkan tangan anda di atas lutut si dia, menyentuh tangannya atau sekadar berikan tanda anda berminat terhadapnya.

.

Kalau anda dah pernah cium mulutnya, tidak terlalu susah untuk anda melakukannya. 

.

Penting untuk anda sentuh pasangan anda terlebih dahulu sebelum cium mulut untuk menjadikan keadaan lebih selesa buat anda berdua.

.

.

7. Tiba Masanya

.

.

Bila masa tersebut anda rasa tepat, terus hampiri pasangan anda dengan bergerak perlahan ke arah pasangan anda.

.

Jadi, jika pasangan anda menolak, tidaklah terlalu awkward nanti.

.

Bila anda rasa pasangan anda dah sedia untuk cium mulut, anda boleh terus menciumnya tanpa perlu bertangguh lagi. 

.

Pastikan kepala anda berada dalam posisi terbaik dan paling selesa untuk bercium.

.

Perlahan-lahan halakan bibir anda ke arah pasangan anda untuk mengelakkan bibir anda tersalah landing.

.

.

8. Condongkan Kepala Anda Ke Satu Sisi

.

.

Jika anda menghalakan kepala anda straight ke arah pasangan anda, pastinya anda akan berlaga hidung dengannya.

.

Memang tak dapatlah anda nak cium mulut pasangan anda kalau begini keadaannya.

.

Jika anda melihat pasangan anda condongkan kepalanya ke belah kanan, anda pula perlu pilih ke kiri dan begitulah sebaliknya.

.

Jangan terlalu tertekan untuk menjadikannya sempurna sampai berlanggar hidung atau kepala dengan pasangan anda

.

Cuba betulkan semula dan jangan jadikannya sebagai isu besar.

.

.

9.Pejam Mata 

.

.

Sebaik sahaja anda dan pasangan anda semakin hampir untuk cium mulut, pejam mata.

.

Bercium dalam keadaan mata terbuka biasanya dianggap sebagai tidak jujur atau tidak ikhlas. 

.

Sejujurnya, kalau anda pejam mata, ia akan membuatkan anda lebih mudah untuk fokus dan menikmati apa yang sedang berlaku pada bibir anda dan pasangan anda.

.

Memang tak dapat dinafikan bahawa anda masanya anda terasa seperti ingin membuka mata sewaktu cium mulut untuk melihat ekspresi pasangan anda.

.

Tapi, ada keadaannya dimana anda akan merasakan tidak lagi berada didalam mood untuk meneruskannya lagi.

.

Memejam mata juga akan membuatkan anda lebih fokus terhadap ciuman dan benar-benar menikmati suasana indah bersama pasangan anda. 

.

Anda boleh membuka mata tapi lakukannya perlahan-lahan sebaik sahaja anda selesai cium mulut pasangan anda.

.

.

10. Kekalkan Mulut Anda Untuk Dicium Lagi

.

.

Jangan buat macam anda dah tak nak bercium lagi sebaik sahaja anda selesai melakukannya dengan pasangan anda.

.

Ia bukan sahaja akan menghadirkan suasana yang tak berapa romantik malah ia juga akan terus merosakkan suasana.

.

Jadi, macam mana caranya untuk anda tunjukkan diri anda masih berminat?

.

Muncungkan sedikit mulut anda ke hadapan dan kemudian ketapkan bibir anda sedikit.

.

Seterusnya anda boleh buka mulut anda sedikit supaya cukup untuk lidah melaluinya.

.

Rasanya itu sahaja untuk cara cium mulut yang anda boleh lakukan bersama pasangan anda.

.

Nantikan sharing daripada kami berkenaan cara cium mulut yang lebih advance. Semoga bermanfaat!

 

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!