Kesihatan Zakar: Cara Jaga Zakar yang Betul Supaya Elakkan Mati Pucuk, HIV & Pancut Awal.

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

lelaki-menyorok-kerana-malu-dengan-isteri-yang-mahukan-zakar-yang-lebih-sihat

 

Topik kesihatan zakar ni ramai lelaki yang terlepas pandang.

Kalau kita tengok statistik dan kajian daripada Malaysia Urological Association, menjelang masuk umur 40-an,4 daripada 10 lelaki alami masalah Mati Pucuk.

Dan orang yang paling mudah hidapi Mati Pucuk adalah mereka yang mempunyai penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolestrol tinggi,kegemukan dan juga merokok.

satu per tiga lelaki

Lagi menakutkan bila umur menjangkau masuk umur 50 tahun tahun zakar sudah hilang fungsi sebagai ‘senjata’ bagi Kaum Adam.

Sebab itu hal jaga kesihatan zakar ini bukan topik yang main-main.

Gif-seorang-lelaki-yang-sepertinya-sedang-nazak-dia-atas-katil

 

Sebab itu bermula dari umur muda 20 ke 30 tahun, kesihatan zakar perlu dianggap sebagai topik penting.

Bukan lagi hal taboo yang perlu dirahsiakan.

Kesudahannya bila dah berlaku zakar lembik, zakar sudah tidak lagi boleh ‘naik’,

Ketika itu barulah menyesal dan barulah tercari-cari jalan yang pada masa itu sudah pun mati.

Zakar-alami-sakit-mati-pucuk

 

Setuju tak kalau saya kata jaga zakar ni lebih kurang macam jaga kereta?

Sampai masa kereta akan “Mogok” dan mesti di “Servis”
supaya kembali “Pick Up” macam masa mula-mula pakai.

 

perempuan-cantik-atas-kereta-yang-dijaga-baik-seperti-jaga-kesihatan-zakar

 

 

 

 

Artikel kali ini penulis nak berikan gambaran mudah berkaitan masalah, tanda & tips menjaga kesihatan zakar !

Jadi dengar sini baik-baik wahai semua Lelaki!

Biasa lalu highway kan? Biasa nampak kereta mewah berhenti tepi jalan,
sambil lampu signal kecemasan berkelip-kelip?


Kemudian nampaklah driver keluar dari kereta dengan muka yang berkerut
dan pergi ke depan buka bonet kereta yang sedang berasap..


Sambil menggaru-garukan kepala walaupun kepala tak gatal masa tu..

 

Kereta-rosak-seperti-zakar-yang tak-dijaga

 

Kita yang lalu sebelah pun perlahankan kereta sambil bercakap dalam hati..

“Ni mesti tak pergi hantar servis ikut time.. Kereta dah mahal dah..
Baik naik Kancil macam aku.. Kecik tapi senang jaga.. Kesian.”

 

Wanita-cantik-gembira-bila-kesihatan-zakar-dijaga

 

Ha! Sebab tu pentingnya servis kereta supaya tak tersadai di tepi jalan.

Tapi pernah tak anda terfikir, zakar juga perlukan servis berkala supaya tak “rosak” sebelum waktunya?

Kalau abaikan penjagaan kesihatan zakar, anda mungkin berdepan masalah
seperti mati pucuk, ejakulasi pramatang, atau lebih serius – kanser testis!

Hari ini, kita bincang topik yang santai tapi penting
– bagaimana memastikan zakar kekal sihat, kuat, dan berfungsi dengan baik. Jom mula!

Baca juga : Micropenis – simptom, Rawatan dan kesan

Kenapa Zakar Perlu Dijaga Seperti Kereta?

 

kereta-rosak-tak-diservis-sama-seperti-zakar-tak-dijaga

 

Bayangkan menjaga kesihatan zakar seperti menjaga performance enjin kereta idaman anda.

Kalau enjin tak dijaga dengan baik ini jadinya sama macam zakar tak dijaga dengan baik :

Boleh panas & tersangkut – sama seperti aliran darah ke zakar yang terganggu!

Minyak tak cukup, enjin haus – sama seperti hormon testosteron rendah yang sebabkan tenaga berkurang!

Komponen dalaman rosak – risiko jangkitan atau penyakit serius yang boleh menjejaskan kesihatan zakar!

Kalau tak jaga sekarang, anda mungkin alami masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Jadi, jangan ambil ringan!

 

lelaki-berpeluh-sebab-alami-masalah-kesihatan-zakar

4 Masalah Kesihatan Zakar yang Sering Dialami Lelaki Malaysia

1) Ejakulasi Pramatang (Cepat Pancut)

Ibarat brek basikal yang rosak – dah cuba tahan, tapi tetap tak dapat nak kawal!

Lelaki yang alami ejakulasi pramatang akan mencapai klimaks terlalu cepat,

Menyebabkan hubungan menjadi kurang puas untuk pasangan.

Purata normal jangka masa penetrasi hingga mencapai ejakulasi adalah antara 2 hingga 6 minit (Waldinger MD, Quinn P, Dilleen M, et al:2005).

Ejakulasi Pramatang di kalangan lelaki di Malaysia adalah sebanyak  31.7%

Bangsa Melayu (31.6%), India (50%), Cina (23.8%) dan bangsa-bangsa lain (22.2%)

Baca juga : Ejakulasi Pramatang

 

ejakulasi-yang-padu-tapi-terlalu-awal

 

2) Mati Pucuk (Tak Boleh Naik atau Lemah dan Lembik)

Macam kereta tengah mogok depan lampu merah – dah bersedia nak berjalan, tapi enjin tak mahu hidup!

Masalah ini berpunca daripada aliran darah yang lemah, tekanan emosi, atau masalah hormon dalam badan.

Baca juga : Mati Pucuk – Tanda Awal , Simptom, Tahap & Rawatannya

 

Jangkitan-kuman-pada-zakar

3) Jangkitan Kuman pada Saluran Kencing (ISU)

Bayangkan minum kopi panas menggelegak – begitulah rasa pedih dan sakit bila kencing! Pernah rasa?

Jangkitan ini boleh berlaku jika kebersihan zakar tidak dijaga atau akibat hubungan seksual yang tidak selamat.

Jadi menjaga kebersihan zakar adalah salah satu cara menjaga kesihatan zakar anda terjamin.

 

benjol-tanda-kanser-testis

Gambar Rajah Skrotum

4) Kanser Testis – “Bom Waktu” yang Berbahaya

Ramai lelaki tak perasan tanda awal benjolan kecil atau sakit di testis. Bila dah terlambat, rawatan mungkin lebih rumit.

Secara umum menurut National Library Of Medicine kanser testis paling kerap berlaku di negara-negara Eropah Utara (8.0–9.0 kes per 100,000 orang)

Dan paling jarang di negara Asia dan Afrika (kurang dari 1 kes per 100,000 orang).

Tapi awas! Jangan tunggu simptom jadi teruk baru bertindak! Ingat kesihatan zakar ni bukan hal main-main!

 

GIF SuamiSihat Problems among adult Men

4 Tanda Zakar Anda Perlukan “Servis” Segera

Jika anda alami mana-mana tanda ini, jangan tunggu lama-lama:

Sakit atau ketidakselesaan pada zakar

✔ Pengeluaran cecair luar biasa dari zakar

Benjolan atau bengkak pada zakar atau testis

Ereksi lemah atau tidak berpanjangan

Dapatkan pemeriksaan doktor segera! Jangan biarkan masalah bertambah parah.

Nak mudah buat temu janji bersama pakar kami di SuamiSihat Clinic

 

Isteri-gembira-suami-pandai-jaga-kesihatan-zakar

5 Tips Jaga Kesihatan Zakar Seperti Jaga Kereta Impian

1) Makan Makanan yang sihat

Sama seperti enjin perlukan minyak berkualiti, nak menjaga kesihatan zakar, lelaki perlukan makanan yang baik!

Sayur & buah – akan bantu tingkatkan aliran darah ke zakar

Protein tanpa lemak – memberi sokongan dan menambah hormon lelaki dalam badan

Elak fast food & minuman manis – makanan ‘perosak’ ini boleh ganggu hormon testosteron terhasil

 

Makanan-Omega-3-cegah-mati-pucuk

2) Bersenam Secara Konsisten

Senaman ibarat pam minyak ditujah terus laju ke enjin – senaman bantu melancarkan peredaran darah ke zakar!

Squat & senaman Kegel – membantu untuk tingkatkan kekuatan otot lantai pada bahagian pelvis

Berlari atau berbasikal – baik untuk membina stamina seksual.

Dari sinilah kesihatan zakar anda lebih terjaga dan penyakit sukar nak berlaku.

Baca juga : Cara senaman kegel

 

senaman-setiap-hari-punca-kesihatan-zakar-terjaga

 

3) Elak Rokok & Alkohol

Rokok dan alkohol adalah musuh utama kesihatan zakar – boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan mati pucuk! Tapi ramai yang tak percaya! Dah kena baru tahu..

Baca juga : Cara berhenti rokok – Cara berkesan Apa yang boleh Dibuat

 

 

avoid-alcohol-and-smoking

 

4) Pemeriksaan Berkala dengan Doktor

Kereta pun kena servis,kesihatan zakar pun sama! Setahun sekali, buat pemeriksaan kesihatan zakar untuk elak risiko penyakit serius.

Kajian Global Sikap dan Tingkah Laku Seksual (GSSAB) mendapati 78% lelaki yang melaporkan masalah seksual tidak meminta bantuan atau nasihat profesional.

Semakin lama anda biarkan semakin teruk tahap kesihatan zakar akan terjadi.

Baca Juga : Senarai Klinik Pemeriksaan Sakit Tuan

 

Men's Health Clinic in malaysia

5) Rehat & Kawal Stres

Stres boleh jadi punca utama masalah kesihatan zakar. Cuba amalkan 3 perkara simple ni :

✅ Tidur yang cukup

✅ Meditasi atau zikir

✅ Luangkan masa dengan pasangan

 

hargai-isteri

Kesimpulan: Jaga Kesihatan Zakar, Jaga Kebahagiaan Rumah Tangga!

Wahai suami, jangan tunggu sampai “mogok” baru nak jaga kesihatan zakar!

Kalau anda jaga dengan baik, zakar akan berfungsi lancar dan buat hubungan rumah tangga lebih bahagia macam kereta yang bawa anda meluncur laju ke destinasi tak kira masa dan tak kira sejauh mana yang anda mahu!

 

 

Nak Tahu Lebih Banyak Tips Kesihatan Zakar?

Join Komuniti Suami Sihat di Telegram! Taip je Komuniti Suami Sihat. Dekat sana dah beribu sedang membincangkan hal masalah lelaki berkaitan kesihatan zakar ini!

Join Telegram Komuniti Suami Sihat

Di dalam komuniti ini, kita boleh berbincang secara gentleman, berkongsi ilmu, dan dapatkan nasihat pakar tentang kesihatan zakar dan topik-topik menarik dan updated.

Semoga artikel ini bantu anda jadi suami yang lebih sihat dan berilmu. Jumpa lagi dalam post seterusnya!

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?

Anda juga boleh baca: