Kisah isteri curang atau cerita isteri curang bukanlah satu cerita asing atau pelik dalam kalangan masyarakat sekarang.
.
Hukum isteri curang adalah berdosa besar.
.
Tidak kira samada suami atau isteri, masing-masing berpotensi untuk berlaku curang.
.
.
Apa silap dan apa caranya untuk kita elakkan perkara ini daripada berlaku?
.
Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda tanda-tanda dan apa yang perlu anda lakukan pada isteri yang curang.
.
Jom baca!
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Kenapa Isteri Curang?
.
.Tonton video di atas, panelis kami di SuamiSihat ada membicarakan tentang isu Isteri Curang & sebab-sebabnya Curang di channel YouTube SuamiSihat.
.
Ada banyak sebab dan faktor yang menyebabkan isteri curang pada suami seperti:
- Suami tidak memberikan tumpuan terhadap isteri
- Kurang kasih sayang daripada suami
- Diabaikan suami
- Kahwin paksa
.
Namun, bukanlah setiap masa dan kes isteri curang adalah disebabkan oleh kekurangan atau kesalahan suami.
.
Ada masanya juga memang isteri itu sendiri yang sukar untuk setia dan memilih untuk curang walaupun si suami telah memberikan yang terbaik dalam hubungan mereka.
.
Ia lebih kepada soal hati, perasaan dan juga kesetiaan.
.
.
Bila Isteri Curang?
.
.
Isteri curang dengan suami boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa perlu ada sebab yang munasabah untuk ia berlaku.
.
Jadi para suami, anda perlu perhatikan tanda-tanda berikut supaya anda dapat mengesan samada isteri anda sedang berlaku curang atau ada masalah lain.
.
.
Tanda-tanda Isteri Curang
.
.
Ada banyak tanda yang mampu menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada isteri anda.
.
Jadi para suami, cubalah untuk sentiasa memerhatikan sebarang perubahan yang berlaku terhadap isteri anda.
.
Hal ini kerana berkemungkinan besar isteri anda sudah tidak lagi mempunyai hati terhadap anda dan mungkin sedang berlaku curang.
.
Antara tandanya adalah:
.
.
1. Mudah Beremosi
.
.
Perkara kecil atau remeh pun dah boleh buat isteri anda berasa marah dan membawa kepada pergaduhan.
.
Hal ini mungkin kerana dia merasakan anda sebenarnya yang cuba membesarkan hal kecil tersebut.
.
Sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah dia merasakan anda tidak seperti pasangan barunya yang lebih memahami dan tenang.
.
Biasalah masa mula-mula bercinta mestilah semua indah belaka.
.
Mungkin dia dah lupa pada permulaan hubungan dengan anda semuanya pun indah dan sentiasa ada toleransi.
.
Jadi, cuba untuk buatkan dia kembali ingat segala sisi baik anda yang jenis mudah bawa berbincang dan cuba untuk tidak berlawan-lawan emosi dengannya.
.
Baca Juga : Cerai – Jika Isteri Minta Cerai, Ini Prosedur, Hukum, Borang & Proses Cerai Taklik
.
.
2. Membeli Pakaian Dalam Baru
.
.
Ada dua kemungkinan untuk hal ini.
.
Yang pertama, dia dah fedup anda tak belikan yang baru setelah sekian lama.
.
Yang kedua pula, dia sedang bergaya untuk pasangan barunya.
.
Jadi, anda perlu lihat sama pakaian tersebut untuk diperagakan kepada anda atau sebaliknya.
.
Jika dengan anda dia sedikit pun tiada niat untuk menggoda, jadi anda perlu berhati-hati dan cuba untuk selidik dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang sedang berlaku.
.
.
3. Dia Mendaftar Email Baru
.
.
Bunyi macam benda kecil kan tapi percayalah jika anda melihat dia membuka email baru dan tidak memberitahu anda, mungkin ada sesuatu yang disoroknya.
.
Bila anda dah hidup bersama, pastikan segala kata laluan untuk emai, media sosial dan juga telefon pintar dikongsi bersama.
.
Anda tidak berahsia dan begitu juga isteri anda.
.
Ia akan membantu anda dan pasangan anda untuk lebih saling percaya satu sama lain dan akan membuatkan masing-masing berfikir dua kali untuk berlaku curang.
.
Jangan biarkan ada peluang untuk isteri curang dengan membenarkan dia mempunyai akaun baru tanpa pengetahuan anda.
.
.
4. Keluar Bersama Rakan Wanita Terlalu Lama
.
.
Bayangkan apa alasan yang anda akan reka jika anda ingin berlaku curang terhadap isteri anda?
.
Mesti anda akan kata anda keluar dengan kawan kan?
.
Begitu juga alasan bagi isteri curang tapi bukanlah bermaksud setiap kali isteri anda berkata ingin keluar dengan kawan-kawan perempuan, anda terus syak dia curang.
.
Bukan setiap masa namun jika terlalu kerap dilakukan, tidak salah untuk anda syak sesuatu dan anda boleh tanyakan dengan siapa dia keluar dan minta izin untuk ikut bersama.
.
Ia akan membuatkan hati anda lebih tenteram kerana tidak adil jika isteri anda benar-benar keluar dengan kawan-kawan perempuan tapi anda pula dengan berprasangka terhadapnya.
.
Jika benar isteri curang, pasti dia akan gelabah jika anda minta sedemikian.
.
.
5. Menggunakan Pil Perancang
.
.
Jika benar isteri curang, pasti dia akan menggunakan pil perancang tanpa pengetahuan anda.
.
Ada kemungkinan dia nak elakkan daripada hamil jika dia curang pada tahap yang lebih serius sehingga melakukan hubungan seksual.
.
Isteri anda walaupun berani untuk curang, dia juga tidak ingin menanggung risiko hamil dan ditinggalkan oleh pasangan barunya.
.
Jadi, langkah berjaga-jaga perlulah dilakukan.
.
Ada kemungkinan juga dia curang semata-mata ingin memenuhi nafsu yang tidak mampu dipenuhi oleh anda.
.
Baca Juga : Seks Oral – Cara Ajak & Ajar Isteri Anda Foreplay, Blowjob, Handjob & lain-lain
.
.
6. Cincin Hilang
.
.
Kalau tiba-tiba cincin perkahwinan isteri anda hilang, ada beberapa faktor yang mungkin berlaku.
.
Ia boleh jadi benar-benar hilang jadi anda boleh bertanyakan isteri anda terlebih dahulu dan lihat reaksinya.
.
Jika dia rasa bersalah, rasa terlalu sedih, dia memang tak sengaja hilangkannya.
.
Jika dia jawab acuh tak acuh dan kelihatan tak kisah hilang cincin tersebut, bermaksud cincin tersebut tidak membawa makna lagi kepadanya.
.
Ada juga kemungkinan pasangan barunya tidak tahu yang dia dah bersuami dan dia cuba sembunyikan perkara tersebut.
.
Jadi, dia perlu membuang cincin perkahwinan supaya pasangan barunya tidak mengesyaki apa-apa.
.
.
7. Mencurigai Anda
.
.
Macam pelik bunyinya kan?
.
Tapi percayalah jika dia melakukan sesuatu dibelakang anda, dia juga akan berasa curiga dengan anda.
.
Hal ini kerana isteri curang akan berasa risau jika anda melakukan perkara yang sama juga seperti mana yang dia lakukan dibelakang anda.
.
Jika situasinya begini, anda perlu bijak untuk membaca keadaan dan ajaklah isteri anda berbincang untuk menyelesaikan isu ini.
.
Cuba cari jalan penyelesaian terbaik samada teruskan hubungan atau lepaskan isteri curang anda.
.
Baca Juga : Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?
.
.
8. Tergesa-gesa Mengajak Anda Berasmara
.
.
Hal ini bagi kes yang agak kritikal dimana isteri curang dengan pasangan barunya telah melakukan hubungan seksual.
.
Sebagai contoh, sebaik sahaja mereka selesai berasmara, apabila isteri anda pulang ke rumah, dia akan mengajak anda untuk beraksi di ranjang.
.
Hal ini adalah bagi menutup segala kemungkinan yang bakal berlaku seperti hamil anak pasangan barunya.
.
.
.
.
Jadi, jika isteri anda hamil sekalipun sukar untuk anda mengesyaki apa-apa kerana dia memang pernah melakukan hubungan seksual dengan anda pada waktu-waktu tersebut.
.
Kiranya ia merupakan salah satu langkah untuk menutup segala ruang untuk anda mengesyakinya.
.
Jadi, anda boleh lihat apa responsnya ketika melakukan hubungan seksual samada dia dah terlalu letih atau apa-apa sahaja perubahan dari segi nafsu ketika bersama anda.
.
.
9. Anda Dilarang Melihat Tubuhnya
.
.
Masih lagi untuk kes yang dah sampai ke tahap isteri curang anda berzina dengan lelaki lain.
.
Kemungkinan besar isteri anda melarang anda daripada berbuat demikian adalah kerana dia ingin menutup sebarang kesan gigitan cinta (love bite) pada tubuhnya.
.
Ia boleh jadi beberapa hari atau berminggu bergantung kepada kekerapan dia berzina diluar sana.
.
Mungkin juga dia akan mengajak anda untuk memberikan love bite pada kawasan yang sama namun dalam keadaan yang gelap seperti menutup kesemua lampu sewaktu anda bersama dengannya.
.
Jadi, jika situasi pelik ini berlaku pastikan anda menjadi lebih peka.
.
Ada juga kemungkinan isteri anda malu kerana terdapat sesuatu seperti luka, parut, masalah kulit atau masalah kesihatan lain yang memberikan kesan pada tubuhnya.
.
.
10. Terlalu Kerap Meluangkan Masa Dengan Telefon Bimbit
.
.
Jika sebelum ini dia sentiasa kerap melakukannya, namun jika layanannya terhadap anda mulai dingin, anda perlu periksa apa sebenarnya yang dilakukan isteri anda.
.
Anda boleh cuba untuk memeriksa dengan siapa dia berhubung.
.
Biasanya mesej boleh dipadam, jadi anda perlu memilih masa yang sesuai atau masa yang berkemungkinan isteri curang belum sempat untuk memadamnya.
.
Contoh masa tersebut adalah ketika dia ke bilik air, pada awal pagi atau jika dia tertidur.
.
Gunakan masa tersebut untuk memeriksanya dan catat nombor yang paling kerap dia berhubung.
.
.
11. Kerap OTP (On The Phone)
.
.
Jika hal ini berlaku, anda jangan terus berprasangka kerana mungkin ada rakan-rakan yang sedang dalam masalah dan perlukan isteri anda sebagai tempat mencurah perasaan.
.
Tapi, periksa dengan siapa.
.
Jika dengan lelaki, jika terlalu kerap, anda boleh tegur isteri anda bahawa ia merupakan perkara yang tidak manis dan akan membawa kepada perkara yang lebih buruk lagi nanti jika dibiarkan berterusan.
.
Jika nama pemanggil adalah perempuan, perhatikan bagaimana nada dan reaksi isteri anda ketika bercakap.
.
Nada dan reaksi yang terlebih lembut, manis dan manja mungkin membawa tanda isteri curang yang perlu anda selesaikan segera.
.
Ada banyak lagi tanda-tanda isteri curang selain daripada apa yang kami kongsikan diatas.
.
Anda boleh jadikan tanda tersebut sebagai rujukan dan bandingkan dengan apa yang sedang berlaku diantara anda dan isteri anda.
.
Kemudian, pilihlah tindakan yang sewajarnya untuk anda lakukan.
.
.
Apa Tindakan Suami Jika Isteri Curang?
.
.
1. Tanya Diri
.
.
Sebagai suami, anda perlu berani untuk berhadapan dengan isu ini dan tangani ia dengan sebaiknya.
.
Dapatkan jawapan yang sejujurnya daripada isteri anda samada dia benar-benar isteri curang atau sekadar prasangka anda semata-mata.
.
Cuba untuk ketepikan emosi dan bersikap rasional dengan berbincang apa sebenarnya yang menyebabkan ia berlaku.
.
Tanya diri anda samada anda masih mampu untuk menerimanya lagi atau tidak.
.
Tanya juga pasangan anda samada masih ada peluang untuk baiki hubungan ini atau tidak.
.
Berterus-terang adalah lebih baik daripada berterusan menipu satu sama lain.
.
.
2. Kaunseling
.
.
Jika diturutkan ego lelaki, mustahil untuk kita memaafkan isteri curang.
.
Namun, jika benar puncanya adalah daripada diri sendiri dan masih terdetik didalam hati untuk menyelamatkan hubungan yang telah terbina sekian lama, dapatkan khidmat kaunseling.
.
Pakar kaunseling akan memberikan anda pandangan dan jalan penyelesaian yang tidak biased kepada mana-mana pihak.
.
Menerusi kaunseling juga, anda boleh:
- Mengenalpasti dimana silap
- Mengelpasti dimana kelemahan
- Belajar menerima kelebihan dan kekurangan
- Mencari jalan penyelesaian terbaik
.
Biasanya punca utama adalah pegangan agama yang lemah dan kehidupan yang terlalu jauh daripada Tuhan sehingga menyebabkan tiada rasa bersalah untuk isteri curang.
.
Selain itu, punca lain adalah masalah berkaitan kesihatan seksual jika suami tidak dapat memenuhi nafsu si isteri.
.
.
3. Berbincang Dengan Ibu Bapa
.
.
Jika anda merasakan ia sudah diluar kawalan, anda boleh berbincang dengan mertua anda terlebih dahulu.
.
Beritahu perihal anak mereka yang membuatkan kehidupan rumahtangga anda bergolak.
.
Ibu bapa mertua anda pasti ada cara atau nasihat berguna yang mampu dilakukan mereka terhadap isteri anda.
.
Pasti lembut hati isteri anda jika ibu bapanya yang menegur namun jika tetap diluar kawalan, berbincang juga dengan ibu bapa anda dan bawalah berjumpa dengan keluarga mertua anda.
.
Bincang dengan baik supaya tiada yang saling menyalahkan diantara satu sama lain dan anda juga boleh minta doa ibu bapa supaya hubungan anda dan isteri akan tetap dapat diselamatkan.
.
.
4. Jangan Bertindak Melulu
.
.
Biasanya keputusan dalam masa emosi tidak stabil sangat merbahaya.
.
Hal ini kerana risiko untuk anda membuat keputusan yang silap adalah sangat tinggi.
.
Tenangkan diri anda terlebih dahulu dan kalau perlu untuk bercuti, bercutilah.
.
Biar emosi anda kembali stabil supaya bila anda berbincang dengan isteri curang anda nanti, anda mampu untuk berbincang dengan baik sehingga berjumpa jalan penyelesaian.
.
.
.
Sebenarnya, ada banyak sebab yang mampu membuatkan isteri curang baik dari kesilapan isteri atau anda sendiri.
.
Bergantung kepada tahap kecurangan juga, jika sampai tahap berzina, maka fikirlah apa tindakan yang paling sesuai untuk anda lakukan.
.
Memang benar ia sukar untuk dimaafkan namun jika masih ada jalan untuk memperbaiki hubungan tersebut, baikilah.
.
Jika tidak, berbincanglah untuk berpisah dengan cara yang baik.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda isteri curang dan cara untuk anda tanganinya.
.
Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?