Tengah syok scroll Facebook, terlintas pula iklan minyak belacak.
.
Klik nak tahu benda apa , tapi terus sraight ke Whatsapp seller.
.
“Haih. Malas lah macam ni. Aku nak tahu info jer dulu.”
.
.
Terus cari kat Google tapi hampeh sebab semuanya menjual.
.
Susah nak cari info kan?
.
Kami faham perasaan anda sebab kami sendiri pun pernah melaluinya.
.
Sebab itulah kali ini kami nak kongsikan dengan anda berkenaan minyak belacak dan review ikhlas kami untuk 7 produk minyak belacak terbaik 2020.
.
Jom baca!
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Itu Minyak Belacak?
.
.
Minyak belacak merupakan minyak yang diproses menggunakan ikan belacak.
.
Khasiat dari minyak ikan belacak ini telah menjadi amalan kuno rantau Asia dan hampir seluruh dunia.
.
Amalan mengurut zakar dengan minyak ini untuk lelaki ini sama dengan amalan mengurut zakar dengan minyak yang diproses daripada binatang lain yang berbentuk seperti zakar. Antaranya seperti ular, belut, dan ikan linang.
.
Ia juga turut boleh dilakukan dengan binatang yang boleh mengembang seperti ikan belacak, biawak dhab, dan lintah.
.
.
Review 7 Produk Minyak Belacak Terbaik
.
Sebelum anda sambung membaca, kami nak remind kepada anda bahawa kami tidak mengesyorkan untuk anda guna produk ini, dan tujuan artikel ini ditulis juga bukan untuk menggalakkan anda untuk menggunakannya.
.
Apa yang ditulis merupakan pendapat peribadi penulis sendiri. Kami juga tak menghalang anda daripada menggunakannya,
.
Apa-apa pun anda nilai lah sendiri apa alternatif yang terbaik untuk anda dan kesihatan zakar anda.
.
Jom baca review 7 produk minyak belacak paling popular dalam pasaran.
.
1. Minyak Belacak Original Warisan
.
.
Bagi jenis minyak belacak Original warisan ini, khasiatnya dikatakan boleh dimanfaatkan oleh lelaki, mahupunwanita.
.
Biasanya kalau dengar minyak belacak, ramai yang anggap ianya hanya untuk lelaki sahaja, padahal sebenarnya wanita pun boleh guna.
.
Namun, khasiat yang ada pada produk ini boleh dijadikan sebagai alternatif tambahan kepada mereka yang mahukan keyakinan yang tinggi dan ingin menjadikan aset mereka lebih baik, sihat, dan mampu memberikan kepuasan seks yang lebih luar biasa.
.
Antara manfaat minyak belacak jenis ini untuk lelaki ialah:
- Dapat membesarkan dan memanjangkan zakar
- Membantu menguatkan urat zakar
- Boleh memulihkan dan menyegarkan kulit zakar
.
Manakala antara manfaat bagi wanita pula ialah:
- Boleh membesarkan payudara dan punggung
- Membantu memantapkan aset wanita
- Mampu menegangkan aset wanita
.
.
Berapa Titis Minyak Belacak Warisan?
.
.
Untuk mengetahui berapa titis, minyak yang diperlukan, ia bergantung kepada saiz aset anda.
.
Lagi besar lagi banyak lah titis yang diperlukan betul tak?
.
Cara nak guna minyak belacak original warisan ini senang sahaja, anda hanya perlu titis dua kali sehari sebaik sahaja selepas mandi pada sebelah pagi dan sebelah malam.
.
.
Baca Juga : Ubat Keraskan Zakar (Review 2023) – Brand Mana yang Anda Patut Beli?
.
.
2. Minyak Belacak Platinum Original
.
.
Produk minyak belacak yang seterusnya dalam senarai review kami ialah produk keluaran Platinum Original.
.
Pengeluar mendakwa ianya diproses menggunakan pati minyak ikan belacak 100% dan merupakan produk buatan homemade.
.
Harganya bukanlah dalam kategori termurah namun ia menjadi pilihan kerana kesannya yang didakwa lebih menyeluruh.
.
Antara manfaat yang ditawarkan oleh mereka bagi lelaki ialah:
- Boleh menambah saiz zakar
- Membantu mengatasi masalah ejakulasi pramatang
.
Manakala manfaatnya bagi wanita pula ialah seperti dibawah:
- Membantu membesarkan payudara
- Boleh menjadikan payudara lebih anjal
- Membantu mengelakkan punggung daripada jatuh
.
Untuk guna minyak bel ini anda boleh guna sebanyak dua kali sehari selepas mandi pada waktu pagi dan waktu malam.
.
.
3. Minyak Belacak Tuan Syeikh
.
.
Minyak Tuan Syeikh merupakan diantara produk yang agak popular dipasaran sekarang ini kerana mereka tampil dengan banyak video marketing dan perkongsian yang menarik.
.
Perkara ini sedikit sebanyak meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka tersebut.
.
Dari segi customer support juga agak cepat dan segala pertanyaan akan dijawab dengan kadar segera jika anda mendapatkannya daripada website rasmi mereka.
.
Ditambah pula dengan harga kombo dan free gift yang berbagai. Ini menjadikan produk Minyak Lintah Tuan Syeikh lebih mendapat sambutan selain manfaatnya terhadap kesihatan seksual.
.
Antara manfaat yang anda akan perolehi menerusi produk ini adalah:
- Boleh menambah saiz zakar
- Membantu mengatasi masalah ejakulasi pramatang
- Mampu membantu membuang angin dari urat zakar
.
.
4. Minyak Belacak Plus
.
.
Bagi produk Minyak Belacak Plus ini, agak kurang info yang kami berjaya terima.
.
Namun ianya merupakan diantara minyak popular dalam pasaran.
.
Mungkin juga kerana harganya yang agak murah berbanding produk yang lain membuatkan ia menjadi pilihan para pengguna.
.
.
Kebanyakan seller yang menjual produk ini biasanya mendapat 100% positive feedback dan ia sekaligus meningkatkan lagi kepercayaan pengguna.
.
Produk ini digunakan untuk memulihkan kesihatan zakar dan meningkatkan prestasi seksual lelaki.
.
Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membantu melancarkan pembuangan air kecil.
.
.
5. Minyak Ekstrak Belacak Original
.
.
Minyak Ekstrak Belacak Original ini merupakan keluaran HerbHouse Johor dan sesuai digunakan buat lelaki mahupun juga wanita.
.
Produk ini boleh membantu mengatasi masalah punggung jatuh dan menggelebeh yang biasa berlaku kepada wanita.
.
Ia juga dikatakan mampu membantu mengatasi masalah pancut awal dan bersaiz kecil.
.
Bahan yang digunakan adalah seperti:
- Minyak pati ikan belacak
- Umbut kelapa
- Pinang muda
- Campuran pelbagai jenis bunga
- Campuran herba terpilih
.
Ia juga dikatakan boleh digunakan sebagai pelincir ketika bersama dengan pasangan.
.
Tetapi kami tidak menggalakkan anda untuk pakai minyak belacak sebagai pelincir ketika anda bersama pasangan anda
.
.
6. Minyak Belacak Tok Ki
.
.
Berkenaan produk Minyak Belacak Tok Ki, tak banyak juga yang kami jumpa untuk kami faham kelebihan produk mereka.
.
Tetapi dari pemerhatian kami dekat Shopee & Lazada, produk ini boleh tahan popular juga, ramai penggemar mereka, sehingga mencecah puluhan ribu pembeli dan testimoni.
.
Dengan menjanjikan kesan yang mujarab dan menggunakan lebeling yang menarik perhatian, tak hairan lah iklan mereka sangat terkenal di Shopee & Lazada.
.
Ini antara manfaat yang mereka janjikan kepada pembeli:
- Meningkatkan ketebalan zakar
- Menambah ukuran zakar
- Mengeras dan memantapkan zakar
- Elak pancut awal & cepat lembik
.
Cara penggunaan Minyak Belacak Tok Ki ini senang sangat, lumur cairan minyak pada seluruh zakar, dan urut dari arah dalam ke luar. Senang je.
.
Dari segi masa pula, pengeluar mencadangkan penggunaan dua kali sehari, selepas mandi untuk penyerapan maksimum.
.
.
7. Minyak Belacak Hang Padu
.
.
Minyak Belacak Hang Padu diperbuat daripada ramuan nenek moyang yang mana dikatakan boleh memberi manfaat untuk prestasi batin lelaki,
.
Dengan menggunakan produk ini, dikata ia dapat membantu mengeratkan hubungan dengan pasangan dan menambah kenikmatan bersama.
.
Antara ramuan yang dimasukkan dalam produk Minyak Belacak Hang Padu seperti:
- Minyak ikan belacak
- Akar tongkat ali
- Minyak kelapa
- Akar rancang besi
- Akar rancang tembaga
.
Dengan campuran bahan-bahan ini, pengguna boleh mendapatkan manfaat seperti:
- Menguatkan zakat
- Memanjang dan menebalkan zakar
- Mengelak pancut awal
- Lebih tegap, pejal dan bertenaga
.
.
Cara nak guna produk ini senang, goncang dan lumurkan sahaja pada zakar. Kemudian urut dibahagian kiri dan kanan, serta atas dan bawah, dengan pergerakan keluar sehingga cecair kering.
.
Lakukan sesi ini sebanyak dua kali sehari untuk mendapat kesan yang mujarab,
.
.
Baca Juga : Urut Batin – Ini Cerita Pengalaman Saya, Review Jujur, Lokasi & Baik Buruknya
.
.
Review Kami Berkenaan Minyak & Pati Belacak
.
.
Kalau anda tanya pendapat jujur kami, kami akan katakan anda boleh untuk gunakan segala minyak yang disenaraikan atas risiko anda sendiri.
.
Ada beberapa alasan kenapa kami kata begitu dan anda perlu ambil serius perkara ini antaranya ialah:
.
.
A) Tiada bukti kajian klinikal
.
.
Setakat hari ini, belum ada lagi bukti kajian klinikal yang mengatakan bahan ini mampu untuk memberikan kesan terhadap zakar.
.
Kajian yang dilakukan setakat ini terhadap minyak belacak terbukti hanya mampu untuk:
- Menurunkan paras LDL-cholestrol
- Mengelakkan colorectal cancer
- Membantu tumbesaran kandungan bagi ibu hamil
.
Kajian lain pula menunjukkan hanya bahan berikut sahaja mampu memberikan kesan terhadap kesihatan seksual namun, tiada yang dibuktikan mampu untuk menambah saiz zakar:
- L-arginine
- Panax ginseng
- Citrulline
- L-carnitine
- Ginkgo biloba
- Tongkat ali
- PDE5 inhibitors (chemical).
.
Testimoni positif berkemungkinan besar daripada placebo effect.
.
Placebo effect merupakan kesan psikologi yang membuatkan seseorang merasakan sesebuah rawatan atau ubat-ubatan memberikan kesan positif terhadap mereka.
.
Baca Juga : Herba Kuat Untuk Lelaki – Senarai Lengkap Tumbuhan Terbaik Untuk Seks & Kesihatan
.
.
B) Kelulusan KKM
.
.
Kebanyakan produk mempunyai kelulusan KKM namun banyak juga yang tidak mempunyai kelulusan lagi.
.
Penting untuk anda mendapatkan produk yang mempunyai kelulusan kerana anda perlu tahu samada produk tersebut selamat atau tidak.
.
.
C) FAKE Products
.
.
Anda perlu tahu, untuk kenalpasti sama ada produk tersebut original atau tidak agak susah. Mustahil untuk kita kenal pasti jika tidak secara fizikal.
.
Jadi, apa cara yang paling selamat? Mesti lah beli daripada website official product tersebut.
.
Ada banyak beza diantara produk asli dan tiruan.
.
.
.
Kami ingin tegaskan bahawa kami tidak menghalang anda daripada mendapatkan mana-mana produk berasaskan minyak belacak.
.
Segala yang ditulis adalah pendapat penulis dan bukannya pendapat suamisihat.com.my secare menyeluruh.
.
Hasrat suamisihat ialah untuk fokus kepada memberikan pendidikan dan maklumat yang tepat kepada para lelaki diluar sana.
.
Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini dan jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga. Semoga bermanfaat!
.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DISCLAIMER / PENAFIAN
- Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
- Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
- Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta yang ditulis oleh penulis.
- Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke [email protected]. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
- Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.